Please Click Me

Kami Memang Tourist Oiy

Saturday, December 25, 2010 § 2


Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk kuar jenjalan ngan uncles, aunties dan kazen-kazen aku. Tempat tujuan adalah Serikin dan kawasan2 sekitarnya. Pagi2 lagi aku da siap. 5.45 pagi da mesej dorang, sebab kununnya nak gerak kol 6.30 pagi. Sekali nah hengkau, kol 7.30 pagi baru sampai depan umah. Pabenda la kan. Haha.


Owh, benda yang macam spaceship tu adalah bangunan DUN Sarawak. Building baru tuh. Dah macam landmark aku tengok. Kalau dongak mesti nampak benda alah tuh, termasuk la lam umah aku. Sebab ada gambar benda tuh kat umah nih. Haha.

Serikin dah dekat2 dah ngan sempadan antara Sarawak ngan Kalimantan. So kalau jalan2 kat area tuh, memang akan jumpak barangan dari Indonesia ngan banyaknya. Cuma apa yang frustrate aku adalah, harga sangat2 la mahal. Contoh, macam baju batik kan. Kat Bandung kan, dorang jual kat kedai yang proper pun sepasang baju batik, laki dan perempuan pun baru dalam RP. 150 ribu, bersamaan RM47 gtuh. Tapi kat Serikin, selai baju batik, selai jah okeyh, dorang jual sampai RM55. Memang dorang cekik betul2 la. Baju putih laki pun, aku beli untuk ayah aku baru 65 ribu, bersamaan RM20, tapi bila datang Malaysia, dorang jual balik sampai RM60. hamboiyh, memang berkali2 la untung korang.


Aku pun tak tau, dalam banyak2 benda yang dorang jual, objek nih jugak yang aku amek gambar. Aku lupa la apa nama makanan yang terhasil menerusi gadjet nih, tapi something something potato la. Kalau sapa tau, plis gtau aku.

Tempat dorang meniaga tu tak la seproper Batu Feringhi. Kebanyakkannya just kedai2 kayu dan berlantaikan tanah sahaja. Ada la kedai yang okeyh sikit, dorang hias dan buat elok2. Strategi pemasaran la gtuh. Barang lak, dorang jual dari variasi pakaian, beg, souvenir, benda2 antik, peralatan rumah, makanan dan sebagainya. Tapi Amit (ni pangkat okeyh, ala2 Mak Ngah, Pak Lang gtuh) aku pesan, kalo nak beli makanan, better jangan. Sebabnya kebersihan sangat la diragui. Ada jah yang beli, kalau jenis yang tak kisah. Kalau jenih hygene freak susah kit kowt. Lagi satuh, kalo nak berbeli barang kat sini, memang dan wajib pandai tawar menawar. Sembelih betul2 dorang, sebab nanti kita yang akan kena sembelih.

Ktorang kuar dari Serikin tuh dalam tengah hari gtuh, sebab da kepanasan. Ktorang tak gi makan lagi, sebabnya Amit aku da siapkan bekal makanan. Berbekas2 dia buat sebab takut ktorang kelaparan tengah jalan. Tu yang aku suka kuar ngan Amit nih. Handy sangat. Lokasi seterusnya, ktorang telah mempergi ke Tasik Biru. Tasik nih memang kaler biru okeyh. Asalnya tasik nih adalah bekas lombong. Nak dijadikan cerita adik aku pi tanya kat Amit aku, pasai apa tasik nih kaler biru. Amit aku ni plak cikgu sains kat sekolah. Dia kata lah maybe sebab ada chemical dalam nih. Terus aku cakap, tasik tuh polluted ngan arsenik. Amit aku pun tanya2 kat aku lagi. Bajet berpengetahuan am la kan anak buah dia sorang nih, tapi actually aku da baca signboard siap2 kata yang tasik nih bahaya sebab mengandungi kadar arsenik yang sangat tinggi. Haha.


Owh, nampak tak kebiruan tasik inih. Serious memang nampak biru kalau mai dekat. Sebenarnya aku saja nak iakan kebiruan tasik nih. Kadang tengok, kaler ijau pun ada jugak. Haha.

Kuar dari Tasik Biru tuh, ktorang gi Sematan plak, nak carik seafood. Humaigod, memang berjebah seafood kat sini. Aku tak tau la murah ka tak, sebab aku tak pernah nak membeli barang makanan basah. Tapi menurut kata Amit aku, harga tu murah (kowt). Aku pun tak pasti. Sematan nih dah dekat laut dah, tapi bestnya laut kat sini tak busuk macam kat Penang. Arituh aku pi melahap mee udang kat Teluk Kumbar, laut dia memang busuk. Tapi kat sini okeyh jah. Kat sini baru ktorang makan tengah hari. Aku pun memakan laksa sarawak. Dok Sarawak harusla makan laksa sarawak. Haha.




Owh, dalam gambar nih ada uncle dan kazen aku dari Brunei, kazen2 aku yang kecik2 dan twin dan juga adik aku. Cuba teka, siapakah mereka? Haha..


Owh, bestnya memancing. Sudah lama tidak memancing ikan sebenar atau anak ikan. Tapi dari pancing ikan sebenar, baek pancing anak ikan. Bosan2 leh makan. Haha. Tak luak punya. Haha.


Owh, kazen ku yang kembar. Besor dah. Dulu kecik jah, sekarang nak sama tinggi ngan aku dah. Baru nak naek darjah lima. Susu apa la yang dorang nih minum kecik2 dulu.


Owh, gambar laut. Serious aku tak pandai amek gambar dan takda minat pun nak amek gambar. Aku amek gambar just untuk hapdet blog jah pun. Tu pun guna henpon ku yang serba SeX1. So xda nilai estetika la gambar yang aku amek. Haha.

Then kami pun jenjalan kat area2 sekitar untuk membeli kuih perusahaan orang2 kampung. Macam2 bentuk dan rupa, sampai aku da tak larat da nak menelan. Lewat petang tuh, baru la kami balik semula ke rumah.

Begitulah perjalanan kami tourist. Tapi memang kami tourist pun oiy. Pasainya, ari tuh Amit aku bawak uncle, auntie dan kazen aku yang baru sampai dari Brunei. Nak dijadikan cerita, waktu kat Serikin tuh, berjebah orang2 Brunei. Sebab dorang buat rombongan ke Kuching. Berbas2 la jugak yang ktorang nampak. Haha.

Okeyh setakat nih dulu. Buh Bye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kami Memang Tourist Oiy at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Kami Memang Tourist Oiy”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...