Please Click Me

Kirimaru Idolaku

Thursday, December 2, 2010 § 6

Aku kan, dulu time kecik2 sumer member nak jadikkan Shahrukh Khan laa, Brad Pitt laa, Ziana Zain laa idola dorang. Tapi kan aku telah mengidolakan Kirimaru dari siri Ninja Boy sebagai Idola aku. Haa.. Ingat tak lagi kat kartus nih? Ingat tak? Kartun tiga orang budak sengal bercita-cita besaq katanya nak menjadi ninja kat sekolah ninja Nintama.


Nintama: Rantaro, Kirimaru, Shinbei


Aku sangatlah mensukai Kirimaru nih. Aku rasa Kirimaru la yang paling cool, sebabnya dia sangat kedekut dan sangat suka duit. Pantang dengar bunyik syiling jatuh, mula la mata dia terkuar syiling. Pastuh mula la taring dia kuar macam kat gamak kat bawah nih.


Aku selalu la mengidam nak ada taring camnih kalau nampak duit


Sebenarnya masa kecik dulu-dulu aku sangat suka duit. Dulu waktu sekolah rendah, aku buat bisnes jual sticker. Ko bayangkanlah, budak darjah dua lak tuh. Aku kalau gi kedai, aku akan minta mak aku belikan aku sticker kartun ka, apa ka. Lepas tuh aku potong2, aku jual balik setiap keping. Dalam sekeping sebesaq A4 tuh, mak aku belikan kat aku RM2.00 gtu ja kowt. Dalam tuh ada la lebih daripada 10 keping sticker pelbagai size. Sekeping lak aku jual harga dia various. Paling murah aku jual 2 kupang, paling mahal RM1. Pastu berebut budak2 kelas aku beli. Bila da macam laku n banyak untung, aku beli la makin banyak sticker yang lagi pelbagai. Tapi aku minta mak aku yang beli. Aku tak yah kuar modal. Hehe. Then aku luaskan lak market aku kepada budak2 kelas sebelah. Aku dulu darjah dua ada 3 kelas, so market agak besar gak.

Bila dah darjah tiga, aku da tak mintak mak aku belikan, aku da mampu buat sendiri bisnes sticker aku. Aku seberang kedai kat depan sekolah ktorang, beli sticker dari cina yang jual kat seberang tuh. Sticker tu besaq2, tapi aku beli tak sampai seringgit. Aku jual balik pulak untung semestinya berkali-kali ganda. Bisnes sticker aku cepat untung sebab biasaknya hanya aku yang berani nak beli benda tuh dari seberang. Budak lain tak terfikir pun tentang benda2 tuh boleh generate duit.


Antara sample sticker yang aku jual. Pelbagai lagi kowt. Bukan yang kiut sahaja, yang ganas pun melambak aku jual..


Tapi biasakla, kalau dah berjaya, ada saja yang jeles kan. Bila aku da untung, mula la mulut celaka kata, "Korang tau tak dia beli sticker tu murah ja, tapi jual mahal kat korang". Memang la aku jual mahal, hengat senang ka nak menyelinap kuar gi kedai kat seberang tuh semata2 nak beli benda tuh. Dah tu sebelum tu jugak korang kan tak main sticker2 ni bagai. Aku sorang ja kowt yang suka tenyeh sticker kat buku latihan aku. Pernah satu ketika mak aku hangin sebab aku tempek sticker Power Rangers kat buku latihan aku. Dicabutnya suma sticker2 aku tuh. Aku rasa sangat rugi beli, pastu mak aku cabut balik. Sebab tu aku sangat berhati-hati nak tempek kat mana2 sticker tu suma. Sebab tu kalau mak aku beli, aku tak tempek, tapi aku jual balik. Haa.. Aku pun tak sure nape mak aku belikan aku sticker. Cikgu2 pun tak amek tindakan. Maybe dorang suka tengok ada murid yang mempunyai inisiatif berfikir macam aku nih. Haa.. Tak kan Cikgu nak patahkan benda baek dari diri murid. Budak darjah dua buat bisnes, mestilah dorang akan jaga aku punya.

Kalau kat umah, jangan harap la nak dapat service aku secara percuma. Mak aku la yang biasanya akan kena bayar aku. Bapak aku kedekut sikit nak gaji aku. Setakat suruh cabut uban jeh. Tu pun 10 helai baru dapat seposen. Uban mak aku lagi mahal. Selai harga dia seposen. Pastu kalau mak aku beli tauge ka, ikan bilis ka aku buat2 la rajin pi dapur. Kunun nak tolong, tapi kena ada upah. Kalau mak aku beli tauge 50sen, aku akan minta 50sen lak upah untuk buang akar. Pastu ikan bilis, lain2 harga. Kalau buang kepala sahaja harga laen. Buang sekali ngan perut yang itam tu lak harga laen. Gila cekik la aku. Bila da besar, aku minta upah iron uniform mak aku. Iron nih, aku lupa berapa aku caj, tapi mak aku biasa bagi duit kertas dah. Tak main dah syiling2 nih. Kadang dapat dekat RM10 kowt jugak. Tak ingat laa..


Kalau nak suruh buat kerja rumah, sila bagi upah okey. Sapu rumah pun aku caj. Xda yang percuma melainkan kalau kena marah dan kena denda atau melaksanakan perjanjian. Selian itu, semua kena bayar


Antara hobi aku adalah apdet status kewangan aku. Kira berapa banyak syiling dan notes yang aku ada. Pastu compare ngan adik beradik aku. Dan kalau tiap2 kali pas dapat result exam, aku akan menuntut dari mak aku hadiah. Kalau adik beradik lain, dorang senang kalau dapat hadiah berupa barangan, tapi aku lagi senang kalau dapat duit. Siap ada rate sendiri kowt.

Sem 1
No. 1 = RM 30
No. 2 = RM 20
No. 3 = RM 10
Markah tertinggi untuk subjek pun ada hadiah gak, tapi lupa berapa nilai.


Sem 2
No. 1 = RM 50
No. 2 = RM 40
No. 3 = RM 30
Pastu ada gak beberapa kategori lain yang aku saja cipta. Markah tertinggi la, A terbanyak la. macam2 la. Rate ni untuk darjah 3 dan ke bawah sahaja. Bila dah masuk darjah 4 dan ke atas, rate dah naik. Bila masuk sekolah menengah lagi la aku tekan kan.. Haha.
.

Kalau peperiksaan besar lak, harga pun jadik berbeza. UPSR, satu A = RM 50. PMR Satu A = RM 100 ... Dulu pun ada gak mulut2 celaka yang cemburu ngan aku. Iya la, aku tiap2 kali pas exam, mesti kaya. Mak aku akan bagi duit sebagai ganjaran. Banyak lak tuh. Paling kurang aku leh kumpul koman2 dekat RM100. Adalah member sekelas yang persoalkan aku nih tak ikhlas belajar. Dapat nombor satu tapi minta rasuah sebagai ganjaran. Hamboiy, time tu memang down gila. Aku report kat ayah aku. Ayah aku bagi aku dengar talks dari Dr. Fadzillah Kamsah, then aku fire balik member aku tuh. Sapa tak cemburu, dah la selalu dapat nombor satu dan top lam kelas, pastu balik umah kena bagi ganjaran, kat sekolah sampai dah tak larat nak kumpul hadiah2 tu suma. Hamboiy, terberlagak seketika, riak sungguh. Hahaha. Terlari tajuk plak. Nak padam balik, cam malas lak.

Balik tajuk asal. Aku sangat la mata duitan. Aku kalau boleh tak mau spent langsung duit aku. Kalau aku spent untuk beli magazine ka, game ka, gadget ka aku akan make sure benda tu tak rosak. Aku sangat la suka membaca masa kecik. Then aku akan guna duit tu untuk beli magazine, comics. Aku sangat takut kalau mag2 aku rosak, then aku akan sorokkan tak bagi adik beradik aku baca. Aku tau punya kalau dorang baca mesti rosak. Aku paling takut kalau tengok dorang belek mag2 aku macam nak terbelah. Aku beli walkman, aku tak bagi orang lain pinjam. Kecuali abang aku yang suka guna curik2. Aku beli guna duit aku kowt, takut la kalu2 rosak. Henpon aku kalau tiba2 abang aku nak guna, haa, meroyan aku.

Tapi itu dulu. Sekarang aku dah berubah. Tak ada la kedekut sangat dah. Tapi still duit main role yang sangat besaq buat aku. Aku rasa segalanya berubah bila selepas my mom passed away. Macam aku dah tak da tempat nak manja2. Kalau ada emak aku, macam seronok plak fight duit macam tuh. Siap buat perjanjian tuh, untuk naikkan duit saku. Bila ayah aku take over tempat mak aku, dia macam bagi gtu jah. Then aku rasa tak berapa takut nak spending. Ayah aku pernah kuar statement, "Duit adalah untuk dibelanja".. Mungkin itu langkah dia untuk buat ktorang tak rasa kehilangan sangat kowt with that tragic lost.

Point akhirnya, aku sekarang sudah tidak kedekut. kalau ada duit, aku belanja, kalau xda aku akan cuba buat bagi ada gak. Aku tak berapa takut sangat, sebab aku percaya rezeki datang dari Allah. Selagi mana kita minta dan selagi mana kita bersyukur dengan pemberianNya, InsyaAllah rezeki tidak akan putus. Ikhlas buat kerja dan jadikanlah rezeki itu halal untuk dibelanjakan. Walaupun sikit, tapi mesti tidak akan putus. Aku dah alami macam kekuasaan Allah tidak memutuskan rezeki aku selagi aku ikhlas bekerja kerana Dia dan bersyukur dengan setiap pemberianNya.



Baeklah, nak berenti dah dulu. Cakap sal rezeki, nak tanya nuffnang ni function macam mana arr?.. Tak tau laa.. haha.. bye..

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kirimaru Idolaku at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 6 Response to “Kirimaru Idolaku”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...