Please Click Me

Makan-Makan Kuching. KO ADA?

Sunday, December 26, 2010 § 1

Semenjak berminggu stay kat Kuching, rasanya nih la kami pertama aku menunjukkan nafsu makan aku secara beraksasa. Tu pun tak berapa nak menunjuk lagi. Ala2 control gtuh. Tapi makan tatap makan keyh. Owh, kununnya, pagi tuh aku dapat news dari Revertex, hired aku. Maka malam tu nak gi celebrate la kununnya. Mahu makan2 sahaja. Maka aku telah mensuruh Erin pergi memplan. Habes ditanya satu pesbuk, mahukan tempat yang best. Aku tak tau lagi plannya mahu ke mana. Tau2 jah, kol 9 malam, menggunakan kereta Bitam, maka kami yang berjumlah lima orang pun mempergi ke tempat makan tersebut.

Rupanya kami mahu makan kat kedai yang bernama BAROK. Aku pun tak tau apa maksud BAROK tersebut. Tapi lokasi dia kat Kampung Boyan, seberang Sungai Sarawak. Tapi kami tak naek la bot, kami naek keta jah, walaupun sebenarnya lagi jauh.

Kampung Boyan tu memang pack ngan kedai makan dan tempat2 lepak. Dalam pada itu, adalah satu kedai makan yang berkonsep tradisional. Ala2 umah lama gtuh. Kalau Chick atau nama Pesbuknya Ashiqin AJ datang, sure dia x nak balik dah. Sebabnya kedai tu tersangat la antik.

Hiasan2 suma guna barang2 lama. Dinding pun tempek guna kayu yang macam da reput. Very the rumah lama dan kami bersila atas tikar yang dianyam okeyh. Aku pun tak tau tikar tuh anyam guna daun apa. Aku duduk sahaja. Kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang aku snap semasa berada di kedai tersebut.



Owh, inilah antara makanan yang hanya terdapat kat Sarawak iaitu Mee Kolok. Kadang ada orang panggil Kolok Mee, sama jah pun. Aku tak pasti jenis mee yang digunakan, tapi mee ni dihidangkan ngan sup yang berasingan. Maka kita boleh tentukan sendiri banyak mana sup yang kita mahu. Sup biasanya dorang guna sup tulang atau sup daging. Pastuh dorang akan letak daging dan bagi sambal dia. Sambal ni la jugak antara yang buat mee kolok rasa berbeza. Sup mee kolok, aku prefer sup tulang, sebab nak bagi lawan rasa daging. Hah. Ko ada?


Inilah dia ruang makan yang direserve untuk pelanggan yang ramai. Kalau kat section nih, boleh duduk bersila. Kalo rasa perut tu tak muat nak bersila, boleh jugak duduk atas kerusi. Ktorang pilih nak bersila malam tuh. Fokus kat lantai. Tikar anyam you. Ko ada?


Ni antara motif rumah2 lama Melayu. Memang rasa kembali ke zaman silam duduk kat kedai makan nih. Siap ada tepak sirih bagai. Ada payung2 lama dan segala jenis hiasan rumah lama. Pastu ada set karaoke, tapi dorang main lagu2 lama yang mendayu2 gtuh. Ko ada?


Owh, kalau tengok gambar tuh, memang agak seram uols. Apa taknya, anak2 dara enam orang tengah posing guna baju kebaya. Ala2 pelem seram gtuh. Ko ada?

Kuar dari kedai tuh, selepas bercanda dan baring2 kat atas beranda (serious, dorang siap baring2 okeyh), kami pun kuar. Kat tempat bayar tuh ada free sample kek lapis. Tapi tak sedap sebab tu kek yang kering. Maka dorang nih mencadangkan untuk pergi ke kedai lagi satu yang bernama MIRA. Kedai nih jual kek lapis yang basah, maksud dia moist la. Kek moist nih memang super duper sedap, tapi tak tahan lama macam kek kering. OTW nak ke kedai MIRA tuh, member aku nih suruh aku berlakon jadi orang MALAYA supaya nanti tak rasa segan nak merasa. Ktorang bukan nak membeli pun, mahu cuci mulut sahaja. Kalau cakap MALAYA, tak la rasa awkward dan dorang akan suggest mana yang sedap. Aku pi merasa hampir suma jenis kowt dan seriously sangat sedap. Aku paling suka kek HATI PAREK (Hati Pari) dan LUMUT. Uurrhhh, orgasm aku.


Ini merupakan papan iklan yang dorang pasang. Memang meletop la, siap letak papan iklan berlampu macam nih. Memang bisnes MIRA nih maju la kowt. Ko ada?


Dan ini variety kek lapis yang dorang jual. Kek yang da potong2 tuh merupakan free sample. Ktorang datang lewat malam tuh, jadik pilihan jadik tak banyak. Mana yang sedap memang abes dah la. Orang pun tak ramai sangat. Menurut member aku, kalau datang awal, memang dorang akan sentiasa top up kek lapis kat section tester tuh. Ko ada?

Then, ktorang pun menghala ke Matang dan Erin bawak aku gi kedai mak dia dan tempat member dia dua orang tuh kerja sebagai designer. Gtuh, meletop mak Erin amek budak degree kerja jadik designer kat kedai dia. Auntie ada bukak dua kedai. Satu kedai makan kat bawah dan kat atas kedai jahit. Designer tersohor tersebut kerja kat atas. Gila engkau designer kerja kedai makan kan. Haha.

Nama kedai makan uncle dan auntie adalah Oasis Cafe. Nama kedai jahit tuh, tak pasti la plak. Tapi for sure bukan LV mahupun GUCCI. Aku saja mahu menerai makanan kat kedai tu plak. Dah la makan semangkuk mee kolok, then pi merasa kek lapis yang pelbagai, sekarang makan nasik lagi. Dah la sebelum kuar tadi, boleh lak makan dulu. Hah, memang la kan. Dalam tiga jam hentam empat hidangan.

Aku order nasi goreng thai. Nasi tersebut mengandungi sotong masak apa entah dan semangkuk tom yam. Aku dah review da rasa makanan tersebut lam FB. Pada kesempatan inih, aku mahu mempromote sekali la. Pada sapa2 yang berada di Kuching atau area dekat2 Matang, sila lah makan di Oasis Cafe okeyh. Lokasi dia, google sendirik la ekh, ataupun klik Oasis Cafe untuk menglike page Oasis Cafe di FaceBook. Lam tuh ada alamat dan maklumat bagai. Selaku Duta Makanan USM Batch 2007 (kategori pelajar) dan juga Duta Makanan Staf BHEPP Tahun 2010, aku mencadangkan anda untuk makan di OASIS CAFE. (Uncle dan Auntie dan juga Erin, maok royalti lak owh). Haha.


Inilah dia hidangan yang aku pilih pada malam itu. Ada sotong, ada ayam, ada udang, ada sayur2an. Ko ada?


Ini plak aer yang aku pilih. Cuba teka air apa, hah, air asam uols. Tapi dorang tak la guna asam jawa atau asam boi, tapi menurut anak tokeyh kedai nih, dorang guna asam yang dah dijeruk. Meletop. Nampak gak kat pic tu adalah tangan Bitam. Ko ada?


Dan ini merupakan menu yang aku rasa didesign oleh Erin. Tengok motif pun da tau mesti dia yang buat. Latar belakang menu nih adalah anak tokeyh iaitu Erin. Ko ada?

Baeklah, setakat ni la dulu ekh. Nanti aku hapdet lagi banyak. Haha. Buh Bye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Makan-Makan Kuching. KO ADA? at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 1 Response to “Makan-Makan Kuching. KO ADA?”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...