Please Click Me

Morning at Kluang

Sunday, December 19, 2010 § 4

Owh, sudah terasa sangat la lama mahu menulis tentang ini, tapi baru malam ini datang ilham. Lagipun terasa sangat la malasnya mahu menghapdet blog di kala cuti inih (cuti bermaksud cuti sem USM). Ini kerana viewer sangat la rendah. Maklum la, time cuti mostly onliners pun bercuti jugak. Then ada jugak yang bergantung kepada USMSecure untuk honline sahaja. Maka viewer menjadi sangat rendah. Pastuh kalau kaji dari mana datangnya viewer, suma pun datang base on kata kunci sahaja. Naseb baek aku banyak tulis tentang Super Junior. Maka ramai la orang datang melawat blog yang tak seberapa indah inih.

Baeklah, aku telah berkesempatan untuk kembali ke Kluang sebulan yang lepas. Kunjungan kali inih, tak la sehorrible kunjungan kali pertama. At least aku tau la ceruk mana Kluang dan apa dia yang ada kat Kluang tuh. Tak ada la aku terkapai2 sangat macam dulu. Pada sesiapa yang nak tau apa yang berlaku pada mula2 dolu aku pi Kluang, sila lah mengkelik Pengalaman Aku Di Kluang, ada cerita tuh macam mana pestaim aku adventurouskan diri ke sana.

Baeklah, aku naik bas dari Penang dalam kol 1030 malam. Memang bas kali nih sama ja macam bas yang aku naek dulu. Waktu tunggu tuh, takut jugak kalu2 bas nih xda. Pasainya aku tunggu, tunggu tak jugak sampai2. Akhirnya sampai jugak dan agak lewat sebenarnya. Then dia pusing2 dulu pi Butterworth la, Juru la, pi amek penumpang. Banyak kali la jugak berenti. Pas Juru tuh baru dia laju sikit.

Aku amek iktibar dari perjalanan lepas, kali nih aku bawak burger McD sebijik. Takut kalu2 bas nih tak berenti. Takut lapar. Aku try nak tdo, tak jugak mahu. Sekali pas telan burger tuh, baru la mahu tdo. Then aku sampai Ayer Itam dalam kol 7 pagi macam tuh. Tu pun dah masuk Johor, banyak kali bas tuh berenti. Masuk Yong Peng la, apa la. Then dari Ayer Itam aku naek taxi yang turut ditanggung oleh syarikat bas sebab aku request nak pi sampai Kluang.

Sampai Kluang dalam kol 7.45 pagi gtuh. Terus pi hotel. Sekali tak leh check in lagi. Tengah ari nanti baru leh. Hamboiyh, dah la aku tengah sangat penat, bateri Xperia aku da nak abes. Terkontang kanting aku pi breakfast dulu. Nasib aku bawak barang sikit jah. Berat laptop jah. Sementara enpon aku masih leh buka, aku online cuba carik nomor tepon beberapa orang kaki kat Kluang. Nasib ada pesbuk, boleh jugak aku track balik sapa dia yang ada kat Kluang tuh. Sekali naaahhh, suma takda. Ada yang dah kerja kat KL, ada yang still study la, macam2. Then aku pun amek keputusan pi town Kluang. Naek bas. Nasib aku reti naek bas kat Kluang. Sampai jah kat town, naahh, kosong kowt. Aku leh cross jalan tanpa perlu tengok kiri kanan.


Tengok la betapa lengangnya... Tak perlu takut mahu lintas jalan. Kalau jalan terus jah, akan jumpak la Kluang Mall. Dalam tuh, adalah Secret Recipe, Big Apple, Sushi King dan laen2. Wayang dia MBO. Dua tingkat ja kowt, ka 3 tingkat, tapi panjang la. Tapi tak la sepanjang Queensbay.

Aku explore suma tempat dan aku amek tak sampai sejam pun untuk refresh balik jalan2 kat sana. Tau dah ceruk mana nak pi Kluang Parade, mana nak pi Kluang Mall, mana nak carik McD, mana nak carik ATM.

Nak dijadikan cerita dalam tengah jalan2 tuh, aku dipanggil oleh seseorang. Aku cuba lah mencarik mana sumber bunyian yang seakan memanggil diriku ituh. Sekali aku toleh tengok atas satu building nih, ada sorang uncle panggil aku masuk ke tempat dia. Apa motif aku pun tak tau. Aku pun terkonfuse pagi2 tuh. Terus berjalan dengan biasa.


Ini bukanlah uncle yang memanggil aku ituh. Uncle itu berdiri di hadapan tingkap sliding sambil memberi isyarat suruh naik. Aku sangat la naif dan terus berjalan tanpa mempedulikan uncle tersebut.

Then lepas tuh, member aku call tanya aku buat apa pi Kluang. Nama dia Chong Wan Yu. Dia nih sekali ngan aku praktikal kat Revertex dolu2. Sembang2 dah dapat kill time around 20 minit gtuh. Then aku rasa sangat letih dan terus buat keputusan pi McD sahaja. Sedikit tips dari aku, kalau rasa bosan menunggu flight di LCCT, aku cadangkan korang beli apa2 kat McD dan duduk la kat sana berjam2. Sebab kat sana ada plug dan korang leh tdo dengan selamatnya. Serius korang leh tdo dalam McD tanpa kena halau. Aku da biasa sangat buat. Orang putih pun buat perangai macam aku jugak. Tiba2 kuar cerita LCCT nih pahal. Kalau nak tahu, dalam post Aku Dan Polystyrene nih, gambar hidangan McD tuh aku amek dari McD Kluang la. Tingkat atas kowt. Aku hengat aku jah akan buat perangai lepak berjam2 kat McD, sekali ada satu pemili nih, dok kat sana even sebelum aku datang dan time aku nak blah pun dorang still lepak sana lagi. Hebat la orang Kluang. Dahtu, ramai lak tuh budak2 sekolah beruniform sekolah mai lepak jugak pepagi. Study SPM kowt.


Owh, hidangan McD yang kontroversi tersebut. Sila lah baca link yang aku dah pautkan tersebut ekh. Dan review sekali la. Mana tau aku silap kan. Haahaa..

Habeh jah lepak, aku tengok dah kol 1030 pagi. Aku pun pi la mencari tempat refleksologi. Aku lepak kat sana dalam sejam sambil tengok Amazing Race. Satu cerita waktu aku berefleksologi tuh, aku telah dicakapkan cina oleh pekerja dia. Aku datang memula speaking la omputih kat kaunter. Bajet tourist la kunun. Then bila aku tengok cina tuh tergagap nak reply, aku pun cakap la Melayu. Baru la dia reply ngan lancar. Then time nak urut tuh, massouse tuh dok cakap cina ngan aku. Aku reply Melayu pun dia still cakap cina. Aku hengat dia nih memang Mainland China la kowt. Tapi apa yang buat aku yakin dia Malaysia adalah bila dia gossip ngan member dia, pergerakan tangan, bibir, mulut dan ekspresi muka sangat la Malaysia. Ala2 makcik2 tengah gossip gtu. Memang rakyat Malaysia berkongsi trait penggosip tak kira la apa keturunan korang kan. Haha.. Maybe sebab dia terlalu excited nak mengurut kowt dia tak sedar aku nih Melayu. Haha. Pasnih aku kena belajar la cakap mandarin.


Ini awal pagi lagi. Melampau la kalau 1140 pun macam nih lagi. Ni pemandangan dari depan Kluang Parade, pintu Parkson. Time nih batteri Xperia da betul2 di hujung nyawa. Aku da x berapa nampak skrin sebab nak jimatkan batteri. Sebab tu la gambar yang diamek takda langsung nilai estetika. Haha. Umah urut tuh, depan nih jah, sebelah kiri sikit.

Then kuar dari umah urut da kol 1140 lebih gtu, aku pi la Kluang Parade beli apa2 yang patot. Makanan la, minuman la, kowt2 kat hotel nanti terasa lapar. Dalam kol 1230 gtuh, akhirnya baru aku boleh check in dalam hotel dan berehat sepuas2nya. Apa yang menakjubkan, aku study kowt kat hotel tuh. Aku study balik segala hand out yang Revertex bagi kat aku dolu2. Then Chemist kat Revertex mesej aku, kata tak perlu la nak study beria tentang tuh suma. Just work on some unit conversion, simple chemical structure dan sedikit pengetahuan am.


Owh, nota yang aku belajar. Ni adalah struktur monomer2 yang biasa digunakan.

Tapi bila aku interview keesokkan harinya, dia tak tanya pun tuh suma. Haha. Interview tuh macam borak2 gtuh jah ngan interviewer. Dia siap tanya pasai pa pilih Kluang dan bukan Penang. Hah. Dia tak tau betapa aku mencintai Penang dan dia bagi aku soalan maut tersebut. Nasib dapat jawab dengan konfiden nya.


Juga cebisan nota2 yang hampir lunyai aku baca waktu LI dahulu dan juga malam sebelum interview tersebut.

Sampai post ini ditulis, aku masih lum dapat jawapan tentang interview tersebut. Aku berharap la jugak agar aku dapat job tersebut. Harap2 la aku dapat, dan doakan untuk kebaikkan aku ya, wahai readers sekalian.

Amin...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Morning at Kluang at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Morning at Kluang”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...