Please Click Me

SuJu 102

Thursday, December 16, 2010 § 2

Wah anak-anak, pelajaran kita bertambah lagi apabila aku bercadang untuk melanjutkan subjek SuJu 101 kepada SuJu 102. Walau apaplon. subjek nih masih lagi di peringkat 100. Kalau kat USM maksudnya masih lagi pesyer yee.. Pemerhatian hanya dibuat berdasarkan performances dan jugak realities dorang.



Untuk naik ke second year, iaitu level 200, aku haruslah purchase barangan mereka ini. Barangan yang original keyh. Tak main la yang ciplak or tiruan. Haruslah yang original sahaja. Gtuu... Barangan nih pelbagai la. Asal ada cop Super Junior dah kira permulaan untuk masuk level 200.

Untuk masuk level 300, aku haruslah pi concert mereka iaitu Super Show 3 yang kunun2nya bakal buat pada 26 March 2011 kat KL. Owh, tetiba aku rasa tahun depan aku nak celebrate balik besday aku. Pasainya besday aku adalah 28hb March, 2 hari sebelum Super Show kat KL. Haaa. Cepat2 sapa2 yang terasa nak bagi gift kat aku, tau dah kan nak bagi apa. Aku bagi 4 bulan punya notice. Sempat kan korang nak kumpul duit. Hehehe.

Baeklah, untuk SuJu 101, aku hanya sentuh 10 orang member Super Junior yang terlibat dalam The Fourth Album, Bonamana. Sebabnya time tuh, aku just follow Bonamana sahaja. Aku tak kenal pun sapa dia Kibum, Kangin dan juga Hankyung. Lepas try tengok sub unit, lagu2 lama dan juga realiti dorang, barulah boleh kenal2 gtuh ngan kesemua tigablas dorang nih. Maka SuJu 102 adalah tentang kesemua tigablas orang nih, pemerhatian base on realities yang dorang involve. So far aku baru tengok Super Junior Full House (FH), Super Junior Exploration of the Human Body (EHB) dan Super Adonis Camp. Masih banyak lagi realities dorang yang tak tengok lagi.

Aku susun dorang kali nih base on umur dorang. Dari yang paling tua ke yang paling muda. Siwon aku amek besday dia yang betul okeyh. Tarikh dia diberanakkan, bukan atas cert.

Leeteuk

Hyung memang ada magis tersendiri. No wonder dia boleh jadi ketua yang sangat baik. Kekuatan Leeteuk adalah percakapan dia. Dia boleh influence adik-adik dia untuk follow dia. Donghae pernah kata "Hyung sangat pandai bercakap. Tanpa Hyung memang kami akan susah. Sebab tu kami sangat sayang Hyung". Kangin pun pernah cakap kat Leeteuk "Hyung, aku sentiasa akan ada di sisi hyung untuk protect hyung". Ini menunjukkan Leeteuk sangat dihormati oleh ahli2 Super Junior dan dia tak kisah pun dianggap tua.

Heechul

Mamat nih walaupun adalah Subleader tapi dia sangat la childish. Dia sangat berbeza dengan Leeteuk. Selepas Leeteuk ahli juga sangat menghormati Heechul. Dia nih nampak sangat la pretty tapi actually dia sangat la kasar. Dia sangat loud kalau bercakap dan akan make sure dia dan orang2 di bawah sentiasa menang dalam sesuatu situasi. Pala hotak dia nih sangat geliga kalau nak prank orang. Tapi nak prank dia susah sikit sebab dia nih cepat pikap. Menurut sumber dia nih sangat rapat ngan Hankyung dan pengeluaran Hankyung dari Super Junior memang bagi impact yang sangat besar kat dia. Menurut sumber juga dia nih sangat huha dan suka joli2. So kalau bab berhibur memang dia xleh masuk ngan ahli yang religous macam Eunhyuk, Siwon atau Sungmin.

Hankyung

Hankyung nih aku ingat mula2 dulu jenis kasar dan spoke out. Tapi dia sangat pemalu dan very the innocent. Dia ada masalah sikit kalau nak bercakap bahasa Korea dan selalu kena buli sebenarnya. Member especially Kangin atau Heechul selalu make fun dengan pronunciation dia. Aku suka dengar gelak tak ikhlas dia tuh sebab sangat la innocent. Kalau dia nih member aku pun, aku sure akan bahan dia cukup2 punya. Dia tak melawan kowt kalau kena bahan. Sebab kalau dia lawan, sah2 dia akan kena balik. Kalau dia tensen ngan member, dia akan cakap Mandarin jah. Lagi la dia selalu kena bahan.

Yesung

Dia nih nampak jah cam baek, tapi sangat la berlagak. Dia selalu nak jadi highlight walaupun dia x capable untuk jadi highlight. Dalam EHB dia selalu kena bahan sebab perangai ala2 diva dia tuh. Setiap kali ada eksperimen mesti dia nak try dulu, then selalu jugak dia tak dapat buat. Pernah dalam eksperimen lompatan, kunun dia dapat record paling tinggi. Tapi actually dia tak lompat tinggi pun. Ada technical problems ja waktu tuh. Terus semua orang bahan dia. Ada jugak sumber kata dia nih actually sangat la talkative. Pernah dalam interview dia cakap tanpa henti. Then bila produser cut apa yang dia cakap, dia bengang. Tapi bila dia dengar balik baru dia sedar yang actually memang dia nih cakap banyak sangat. Apa-apahalplon sora dia memang sedap kowt. Tapi dia selalu perasan dia nih nari best. Haha.

Kangin

Yesss, aku sangat suka perangai dia nih. Dia punya gelak terbahak-bahak tuh memang terbaik la. Pastu kalau dia excited, sangat la lawak. Dia punya tarian kalau tengah gumbira sangat lawak. Dia merupakan ahli yang paling kuat in term of strength. Jangan mimpi la nak lawan dia arm wrestling. Dia akan selalu menang. Dia selalu buli Eunhyuk. Memang tu selalu target dia kalau nak dikenakan. Dalam EHB dia suka tarik seluar Eunhyuk. Antara mangsa tarik seluar tuh jugak adalah Donghae dan Siwon. Dalam Super Adonis Camp dia sangat la pandai masak. Selalunya dia yang akan masak dan semua orang admit masakan dia sedap. Sapa sangka pembuli macam nih pandai masak kan. Walaupun dia suka membuli tapi dia kadang boleh jadik sensitif jugak. Tapi aku sangat suka mulut becok dia tuh dan gelak dia. Harap Kangin akan kembali aktif bersama Super Junior untuk the Fifth Album. Ketiadaan Kangin memang suatu kehilangan besar untuk ahli. Mesti best kalau ada suara garau Kangin dalam Bonamana kan.

Shindong

Kalau waktu buat kerja dia nampak serius. Tapi kadang aku selalu nampak dia nih sering kena buli. Dalam Super Adonis Camp nampak cam dia nih pemalas. Pastu semua orang cam cakap dia nih good for nothing. Dia selalu kebuluran. Tapi satu benda dia nih sangat la penakut. Masuk hutan tengah malam, berapa kali kowt menjerit. Walaupun dia dah tau ada orang kat sana. Tapi still dia menjerit ketakutan. Nak terjun bungee pun lama kowt baru dia nak terjun. Tapi kalau tengok the making of music video memang nampak dia punya idea dan hasil kerja. Dia memang jaga choreography dan cuba untuk create something.

Wah, penat membaca. Meh kita berehat kejap. Dalam iklan serba ringkas inih, meh aku tunjuk sapa dia faveret aku. Ada beberapa kategori la korang.


Sungmin ni actually xda la bagos sangat, tapi sebab attitude dia kalo nyanyi tu best. Dia punya senyum, dia punya pergerakan.

Nyanyian:
1. Kyuhyun
2. Yesung
3. Sungmin
4. Kangin


Leeteuk plak kalo nari suka flip rambut dia. Dia sangat pandai carik kamera. Walaupon part tu bukan dia jadik highlight, konfem leh nampak muka dia ngan jelas kat belakang.

Tarian:
1. Eunhyuk
2. Leeteuk
3. Sungmin
4. Donghae


Kangin memang raja realiti Super Junior. Kalau dia takda, macam xda drama sangat realiti tuh. Dia yang cetuskan conflict dan dia yang naikkan suasana kecoh. "This house is prety HAH HAH HAH". Perlu la dia nak gelak terbahak2 setiap kali excited kan. Hahaha.

Realiti:
1. Kangin
2. Heechul
3. Eunhyuk
4. Hankyung

Dan juga mangsa dalam realiti iaitu Eunhyuk. Tengok la dia buat apa tuh. Actually sebelum tuh, Kangin tuang air atas stage untuk kenalkan diri. Tapi stage jadik kotor. Pastu sian si Eunhyuk lak yang terpaksa mop guna tuala dia. Hahaha.


Personaliti:
1. Kangin
2. Siwon
3. Kibum
4. Hankyung


Mesti Siwon bengang sebab Donghae pegang bontot dia. Haha. Dia nih terlalu control sangat la, tapi memang contoh yang baek untuk lelaki sebenarnya. Contoh untuk jadi lelaki budiman.

Baeklah, ranking yang aku tunjuk nih might be berubah mengikut masa dan juga keadaan. Aku rasa macam post kali nih akan jadi sangat panjang. Dah la gambar sahaja berkeping-keping. Harap la post nih tak memberatkan korang nak load page aku. Haha.

Sungmin

Dia nih sangat pendiam. Dia tak banyak cakap dan suka senyum. Aku rasa dia nih adalah penyanyi keempat dalam Super Junior. Dia ada kebolehan martial art. Jangan sangka badan kecik nih tak reti berkung fu. Diam2 dia boleh hentak kepala kaw. Dia sangat cute dan dia akan cuba buat sesuatu benda tuh sebaik mungkin. Dia tak cepat hilang fokus dan tak kuat main2. Dia pun amat teliti dan nampak well organized. Walaupun dia ada skill dia tak tunjuk2. Tapi kadang dia nih mesti agak bosan kan. Ya la, bayangkan kalau dok sembang ngan dia, mesti dia tak banyak cakap dan hanya akan senyum jah. Aku tak boleh nyembang ngan orang yang macam tuh. Pastu dia nih agak clueless gak. Kalau orang excited, baru dia akan excited. Susah untuk dia cetus excitement. Walaupun cute, tapi kinda boring.

Eunhyuk

Master-Know-Everything walaupun selalunya dia nih haprak. Dia sangat kuat ketawa dan selalu kena buli. Tapi sebenaqnya dia nih sangat2 la sensitif. Dia cepat menangis. Pernah sekali single U menang award, punya la dia menangis sampai tak hengat donia. Orang lain nanges sikit2 jah tapi dia teriyak sekuat hati. Waktu EHB pun dorang prank dia, kunun2 Shindong nak kuar dari Super Junior, pun dia nangis sekuat hati. Tapi dia nih sporting walau kena bahan dan malukan berkali2. Dia tak pernah pun nak mengamuk macam ahli lain. Kalau la Kangin atau Heechul, sah2 dah dorang mengamuk, tapi Eunhyuk just gelak jah. Dia tak kisah kena bahan. Tapi kalau dia pun da start membahan pun agak choi jugak. Mulut pun celaka jugak.

Siwon

Ni mamat gentleman. Dia memang jenis lelaki idaman pompuan di luar sana. Dia sangat kemas dan jaga kelakuan. Dia tak kan berkelakuan bodoh macam ahli2 yang lain. Kalau terpaksa buat aksi2 pelik pun make sure dia akan back out secepat mungkin. Maybe sebab kat umah family dia sangat religious dan sangat strict. Sebab tu dia tak biasa nak huha sangat. Tapi mamat nih sangat control macho pada pandangan lelaki lain. So laki sah2 tak berapa nak suka tengok perangai dia. Pasainya dia akan tarik pompuan kat dia. Mesti la lelaki cemburu. Member especially Kangin dan Heechul selalu berusaha untuk kenakan dia. Tapi sebabkan perangai dia yang sangat baik dan gentleman tuh, ahli tak berapa nak sanggup sangat, sampaikan Kangin minta kebenaran produser untuk kenakan Siwon. Dia sangat sporty dan kalau ada pertandingan yang melibatkan sukan, mesti dia yang jadik sandaran. Pastu Eunhyuk start la nak mencaras dia walaupun akhirnya nanti Eunhyuk akan malu sendiri. Haha.

Donghae

Ahli yang paling ramai peminat. Aku rasa la sebab setiap kali concert ka apa ka, kalau part dia nyanyi sambutan sangat la luar biasa. Dia nih actually gelong jugak macam Kangin Heechul dan ahli lain tapi mulut dia tak becok sangat. Pernah tak dalam group kawan2 korang, ada sorang member yang selalu bersama ngan korang. Korang selalu layan dia cakap jugak. Korang selalu gaduh ngan dia dan bahan2 dia. Tapi dia ada ka, takda ka, tak bagi impact sangat pun. Ada tak, ada tak? Haa, aku rasa Donghae nih macam tuh la. Macam last episode FH, aku tak perasan pun Donghae takda sampailah dorang main slide dan kata Donghae tak dapat buat rakaman untuk last episode baru aku perasan. Dia nih pun kuat jugak membahan, tapi dia nih macam perasa tambahan jah. Bukan dia yang cetus, dia just jadik penambah rasa bahanan jah. Sorry fans Donghae. Dia bagus cuma dia xda X-Factor macam ahli2 yang lain kepada aku.

Ryeowook

Owh, si pendek ini memang aku tak berapa gemar sangat. Kadang aku rasa dia nih agak annoying sikit. Fan tak la banyak sangat. Tapi suara boleh tahan. Dia memang pendiam . Tapi pendiam2 dia, jarang kena bahan or kena buli. Maybe sebab ahli nampak dia nih macam lemah kowt, that's why dorang cam malas nak membuli dia. Tapi satu benda tentang dia nih, dia tak suka tunjuk2 sangat. Tapi walaupun begitu time the makin of MV dorang, selalu gak dia nih pi mencarik kamera. Dia tak sesuai la ngan konsep baru Super Junior untuk Bonamana. Konsep baru ni adalah Sex Appeal tapi dia pakai apa pun tak nampak Sex Appeal. Sian kat dia.

Kibum

Owh antara ahli yang paling muda. Dia tak banyak sangat nyanyi dan nari. Dia lebih fokus kepada rap dan juga English lirik, since dia boleh bertutur English paling baik dalam group. Dia nih sangat moody dan tak stable. Biasak la teenager. Kalau nak banding Leeteuk, sah2 la Kibum ni selalu moody. Nampak sangat kadang dia tak anticipate dalam perlakuan tak senonoh ahli lain. Maybe dia rasa malu nak buat benda2 bodoh kat depan kamera. Memang obvious dia selalu ngelak. Siwon walaupun control macho tapi still gak buat, tapi Kibum tak kan buat. Kadang2 jah dia akan buat. Tapi kalau berlakon, dia sangat mantap. Tak nampak awkward. So kalau nak prank, memang dorang perlukan khidmat dia nih untuk prank ahli2 lain. Aku dengar cerita, sekarang nih dia da makin berisi. Pipi makin tembam. Tak sure la betul ka tak. Aku pun harap dia nih akan kembali bersama Super Junior dan mantapkan nyanyian dia. Dengan tuh, barulah dia akan nyanyi lagi banyak bahagian. Rasa tak lengkap Super Junior tanpa Kibum.

Kyuhyun

The Magnae iaitu ahli yang betul2 Super Duper Junior. Memang dia yang paling junior dalam 13 nih. Dia nih agak kesian gak sebab selalu kuar masuk hospital. Dulu baru setahun masuk Super Junior terus accident dan masuk ICU berminggu-minggu. Then sebelum buat promo Bonamana, masuk hospital lagi sebab kena bedah telinga. Dia nih tak banyak appear dalam realities (setakat yang aku tengok). Tapi satu benda yang aku suka tengok dia nih, dia tak suka jadi burden ahli2 lain. Dat's why kalo tengok dalam EHB episod memanah, ahli selalu ingat dia nih paling lemah dalam group sebab dia baru jah kuar hospital time tuh. So dia amek inisiatif buat latihan memanah sendiri. Waktu latihan tuh dia dapat kena Bull's Eye dan dia la yang bagi victory kat group dia. Sebab tu la kowt dia selalu dapat main character dalam persembahan. Dia selalu praktis time ahli2 lain sibuk main2. IDK, tu assumption sahaja. Kalau tengok dalam TMO MV pun dia jarang nak mencapap depan kamera, so kita tak tau camna perangai dia.

Untuk SuJu 101, aku perasan, banyak pembaca datang dari Indonesia. Harap anda semua paham bahasa yang saya gunakan. Harap jugak post SuJu 102 nih akan tarik ramai lagi readers sama macam post SuJu 101.

YZYZ

What's this?

You are currently reading SuJu 102 at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “SuJu 102”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...