Please Click Me

Supper : 'Mee-Mee'an

Thursday, December 30, 2010 § 0


What a shame. Memang aku nih very the buang batu. Sebenarnya, malam inih ada empat kisah mahu dikongsi. Alceritanya, Erin telah mengkol aku pada kol 11pm waktu Kuching, bersamaan kol 1130pm waktu KL atau 1140pm waktu Penang. Katanya, mahu keluar tidak. Owh, kalau aku, susah sangat untuk kata tidak.

Actually malam nih jugak merupakan kejayaan buat pasukan bola sepak negara bila kalahkan Indonesia dalam AFF Suzuki Cup. Conratz la korang. Aku malas nak menulis tentang ituh, sebab kompem2 ramai yang nak tulis post tentang ituh. Lagipun, tahniah jugak kepada penyokong yang sangat la patriotiknya. Harap karang, bila suatu masa Malaysia tak berapa nak berjaya, korang jangan kutuk ekh. Masa tuh, mula la sorang2 nak kutuk kan. Berbangga la jadik warga MALAYSIA pada setiap masa tak kira la Malaysia berada di atas atau di bawah. Dan TOLONG JANGAN JADIK A DISGRACE CITIZEN YANG SUKA MENGUTUK BANGSANYA SENDIRI TERUTAMA BILA KITA GAGAL ATAU KURANG BERJAYA.

Berbalik pada topik,

Cerita 1
Maka aku telah bersiap untuk keluar. Pakai suar bagai. Tapi waktu nak kuar tuh, carik2 kunci umah tak jumpa. Selongkar sana sini mencarik. Erin da depan pagar umah dah. Sekali aku call ayah aku yang telah pun berada di dalam bilik tidur. Baek sangat kan. Dari ketuk pintu, aku pi call. Maka ayah aku buat kalut kuar dari bilik kata takde ke kunci kat luar tuh (sambil buat kalut pi carik kunci sekali). Ayah aku kata lewat dah nih. Aku kata nak kuar sat jah. Pastu dia pun masuk bilik dia then kuar balik bagi kunci umah. Motif sangat la kan nak berlakon pi mencarik kunci kat luar kalau dah sorok lam bilik. Haha. Aku pun satu buat perangai macam dok kat hostel nak kuar sukati aku. Memang la kena berus esok pagi.

Cerita 2
Sejurus lepas dapat kunci umah, maka aku pun lari2 masuk keta. Erin da jerit2 dah. Then dia tanya kat aku, kenal tak ngan somebody bernama MAI. Aku pun pikir sapa dia. Sekali upanya member dia yang dok kat depan tu la Mai atau nama penuh Maisarah. Mai tu pun kata la dia kenal aku. Hamboiy, rasa2 artis gtuh aku orang kenal aku tapi aku tak kenal orang. Bak kata Erin la tuh. Pas dok kat area terang sikit baru la aku nampak muka Mai tu dan tiba2 flashing balik. Aku kenal kowt dia tuh, cuma tak da memories sangat ngan dia. Dia pun mention mutual friends ktorang. Bantu la sikit memories ku yang serba lemah inih. Owh, rupanya ramai rakan sebatch ku kat matriks nih. Dua ribu lebih orang kowt. Perjumpakkan tersebut then buat aku realize aku nak sangat kembali ke zaman matriks yang serba innocent ituh. Ya lah, zaman matriks, majoriti kawan adalah sebaya. Pusing2 pun muka tuh jugak. Pakai smart, kemeja okeyh sekali ngan tie. Waktu tu pun sangat la innocent. Nak try tu tak berani, nak try ni takut. Kuar ja matriks, nah hengkau apa benda yang tak try. Tapi innocent sangat ke zaman matriks aku. Macam tak jah. Biarlah. What happens in KML stay in KML.

Cerita 3
Then ktorang pun pergi la ke Kubah Ria untuk mencari Mee Kolok. Mee tuh macam yang aku eksplen dalam post Menyumbat Makanan di Bandaraya Kuching. Aku dah lama tak pergi Kubah Ria. Last sekali pergi pun tahun 2000. Nah, seploh tahun dah hengkau. Maybe dalam tempoh tu aku ada pergi kowt, cuma tak hengat. Takdak dalam memories. Aku pun buat kemaih kata, waa da lama tak mai sini. Sekali Erin pangkah aku "Apa kata kawu yaaa... tok Kubah Ria baru. Nok tahun 2000 nok ko pergi ya seberang jalan siya".. heh.. Tapi sesampai jah sana, stall tempat jual mee kolok kegemaran Erin dan Mai dah tutop. Maka ktorang pun pergi la ke Matang kembali. Sesampai kat Matang, mak Erin join ktorang sekali. Sempoiy auntie join ktorang lepak sampai kol doblas lebih. Sampai sana aku jumpak dua jenis mee plak iaitu mee kolok dan mee pok. Aku tanya Erin apa dia mee pok. Nak tau, hah ginilah bentuk dan rupa mee pok tersebut. Pok tu bukan PORK okeyh. Memang nama dia macam tuh.



Ni merupakan set yang dibagi oleh kedai ini. Dorang asing daging dari Mee n boh sekali ngan sup. Tapi daging dia liat. Tak suka. Mee pok tuh, lebar macam koey teow, tapi lagi kecik dari koey teow. Rasa berbeza la.

Rasa mee pok beza sikit dari mee kolok. Tapi bak kata Erin dan auntie, mee pok kat situ tak sedap. Ada lagi tempat yang hidang lagi sedap. Hoh. Lepak2 sambil tengok Robocop, tiba2 kami ternampak papan menu tulis "Penang Special: Char Koey Teow". Owh, hapa lagi, Erin pun mensajes untuk menghorder. Aku order la. Memang beza dorang buat dari original Penang. Kalau Penang, dorang buat dari udang dan kerang. Tapi kat kedai tuh, dorang guna daging. So rasa manis udang dan kerang takda langsung. Just rasa daging. Kuah tak pekat sangat tapi boleh la. Lebih prefer Penang punya. Maybe dorang gabungkan char koey teow ngan mee kolok/mee pok kowt. Ya la, dua jenis mee tuh guna daging kan. Satu Malaysia sangat. Haha.

Cerita 4
Semasa makan ituh, kami telah ditemankan ngan cerita Robocop dari Channel Star Movies. Aku tak paham la cerita tuh. Boleh tak somebody eksplen? Memang very the nineties la cerita tuh. Pasnih aku mahu menggoogle la sinopsis cerita tersebut. Haha.


Hapa dia la cerita nih. Rupanya omputih pun mengarut jugak pelem2 dorang.


YZYZ

What's this?

You are currently reading Supper : 'Mee-Mee'an at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...