Please Click Me

Twenty-Ten: SeX1Razzi

Monday, December 27, 2010 § 4

Kalau sesiapa yang tak tahu lagi, pada awal tahun 2010 aku telah membeli sebuah henpon baru. Henpon tersebut berjenama Sony Ericsson Xperia X1. Ni merupakan last batch X1 sebelum Sony mengeluarkan beberapa series Xperia. Aku suka beli henpon yang orang jarang guna, maka aku pun membeli henpon nih walaupun pada bulan seterusnya Sony akan kuarkan X2. Maka aku telah menamakan Henpon inih sebagai SeX1 iaitu singkatan bagi Sony Ericsson X1. Maka sepanjang tahun 2010 aku telah mengsnap pelbagai gambar. Pada mulanya aku telah memilih 90 buah gambar untuk dishare. Tapi macam crowded la plak. Dan setelah melalui beberapa peringkat saringan, akhirnya aku telah memilih 45 keping sahaja. Gambar nih merupakan antara benda yang berlaku lam hidup aku pada 2010.



Lokasi Subaidah Pekaka. Tujuan utama gambar ini adalah untuk snap kapel yang duduk di hujung sana. Laki tu sangat la tua bersama ngan pompuan muda. Kami namakan kapel tersebut Sau-So-Gey Jom-Bo sempena nama satu menu kat Subaidah.


Lokasi di hadapan Restoran Kayu Nasi Kandar BJ. Apa kaitan laki ngan pisang? Jadik wallpaper kowt gambar nih


Kejadian ktorang tolak kereta ke stesen minyak. Fizul la konfiden kata minyak cukup. Semenjak tuh, kalau meter minyak tinggal sikit, aku takkan bawak keta nih. Fobia nak menolak. Dah la menolak kat bukit Petronas nuu haa..


Pelamin abang ku kawen. Tapi tak musnah macam lagu Azie tuh. Ktorang kazen2 siap baring2 kot atas pelamin nih. Over sangat.


Kalau iya pun nak berkempen cik bang cik kak oiy, spell la bebetul. YOUR tu padia?


Ni ofis Cik Lestari BHEPP atau Kak Fuzah. Aku ngan Mark suka menerjah ofis dia nih kalau pi BHEPP sebab mesti dia ada simpanan kerepek.


Owh, jangan marah ya. Gambar nih saja diambil untuk sakitkan hati seseorang. Terus engkau anta MMS sampai kat Pahang sebab nak declare war. Nasib minah ni sempoiy.


Ini merupakan mantan YDP Tekun yang suka buat kontroversi ngan aku. Kalau jumpa jah, mesti nak cium2 pipi walaupun aku geli kena gesek ngan jambang dia tuh.


Salah sorang geng karas masa kat matriks dulu. Terjumpak balik. Haiy, menari dah sekarang. Apa pun dia tetap maintain cute macam dulu. Haha.


Kunun nak celebrate besday Kecik a.k.a awek TokWan. Malam tuh dah la aku migrain teruk. Siap main calit2 kek dalam keadaan kepala sangat sakit.


Dalam manual kata rendam separuh hari, aku pi rendam sampai 3 hari. Terus copper ni kena sadur ngan teruk sampai dah tak leh guna. Nasib group aku paling last buat eksperimen tuh.


Teater monolog yang sangat penat. 6 jam 16 minit 26 saat. Nombor sangat cantik.


Hari Pah kena renjatan elektrik sebab guna iron yang dah xda penebat.


Lepak2 ngan Kak Ira di waktu2 akhir bergelar student. Duduk depan guest house. Cantik kowt view.


Berabok aku study paper nih (Zct104), last2 aku fail jugak. Aku fokus seluruh tenaga aku untuk paper nih saja okeyh. Nasib KSCP aku lulus. Bukan lulus bersyarat okeyh.


Dinding study ku yang dihiasi ngan papan ajaib yang boleh menukarkan unit


Study kunun kat bilik sekretariat. Tapi most of the time berlepak2 ja kowt. Ni tengah main pesbuk sebenarnya.


Nyaris2 menjadi rumah sewa aku, TokWan dan Solihin. Nice la jugak tapi sebab xda ahli keempat, maka tak jadi nak menyewa. Rugi. Dah la murah. Dua tingkat lak tuh.


Hari Solihin kerugian sebab isi keta Nat penuh2. Tapi tak jadi guna. Ktorang la yang perabis.


Kredit kat Chick dan kakak beliau yang telah mempopularkan Mr. FingerLeg. Dalam meeting pun main benda alah nih.


Marvelous yang telah menambah tempat lepak wajib kami.


McD yang menyatukan dan menggaduhkan kami. PKS over la katakan. Bak kata sesetengah mulut, kami kan PKS Team B. Hadoiy.


Aku paling benci bila terpaksa berpindah-randah. Tengah tahun 2010 sangat la selalu nomad


Kami nak pekena Solihin. Kami potostet banyak2 IC dia dan tampal satu PUMA sampai lam esbok pun kami tampal. Muka lam IC dia sangat la innocent macam budak2 yang selalu ilang dalam talibesen tuh. Maka kami buat la iklan kanak2 ilang.


Kucing angkat Solihin. Lepas kami (actually Solihin sorang jah) bagi makan whiskers, mesti dia pi foya2 tempat laen. Lapaq jah mulalah memunculkan diri di depan pintu bilik.


Antara kerja2 awal PKS dan PU2. Memandangkan banyak PU kami lum sampai aku panggillah kawan2 aku mai tolong. Ni Boss kami belanja makan Kehepsi. Solihin pi sandar2 kat Yap. Dia ingat Yap tu aku. Tak pasal2 kena bahan.


Pretty/Flower Boy yang peymes kat USM. Generasi anak ikan baru tapi jangan kacau okeyh. Sebab dia x minat dunia macam itu.


Pagi hari graduasi ku. SeX1 hanya sempat amek gambar member seSarawak sahaja. Hot tak kami?


Member Faiz yang berpangkat Datuk ajak makan kat Eq. Dia mention dia makan ngan Masyitah. Aku ingat tu nama anak dia. Imagine dah aku nak ngorat. Sekali naahh, Datuk Mashitah Ibrahim uolss.. Aku ni dah la peminat setia beliau. Makan semeja plak tuh.


Gesture yang popular yang dicipta oleh Chick iaitu "SAAATTTT" sambil letak tapak tangan kat depan muka. Rasa nak penampaq jah kalau kena macam tuh.


Nampak tak apa yang ada lam gambar nih. Ni merupakan VIOS yang berplate PHS 2777. Orang2 PUMA perasan x?


Pestaimer travel guna bas. Ktorang pun ngan baek atinya pi menghantar sambil membahan beliau.


Gambar nih tak nampak sangat, tapi ni merupakan gambar ikan keli gergasi kat The Mines. Bayangkan kalo kat pecal dorang idang guna lele nih. Nak order camana ahh? Ibuk, Pecal Lele Gergasi satu. Nah, hambek hengkau.


Orang dok sibuk2 cerita Gunung Merapi tengah meletus, boleh plak ktorang buat rombongan pi Jakarta dan Bandung. Dah tu siap naek gunung berapi yang aktif lagi tuh.


Anak Arab nih dok tunjuk2 KitKat dia yang tak seberapa tuh. Ktorang pun tak moh kalah, pi la amek eskrem Drumstick sorang satu. Tak pasal2 terbeli eskrem. Hampeh.


Si Faiz nih ada kegilaan yang pelik terhadap Honda FREED sebab nak dekat nak sama ngan nama dia iaitu FRED. Kunun malu nak amek gambar. Aku buat slumber dok tengah2 jalan amek gambar dorang. Dah la time tuh ada kereta nak lalu. Biar arrr...


Aku terjumpak artikel nih lam The Star. Pastuh nak bagi kat Faiz sebab lam keta dia ada papan macam nih jugak. Kalau ktorang horny, ktorang honk keta dia, konpem orgasm.


Perero Rosyer kontroversi. Tak pasal2 Solihin majuk ngan aku. Ni merupakan hadiah konvo terlewat yang aku dapat iaitu 4 bulan selepas aku konvo. Kat belakang tuh adalah kuih raya pemberian Chick. I like. Sangat sedap.


Gambar terakhir di dalam bilik ku. Waktu nih penghuni bilik ni da masuk iaitu international student dari China. Aku dapat rumet budak international uolss, walaupun ktorang rumet sehari jah.


Kononnya, sebelum gambar ni diambil, berlaku kejadian yang penuh takjub. Dua orang makcik dengan slumbernya berjalan di tengah2 jalan raya yang serba busy tanpa ada rasa takut dan gentar. Dia buat macam dia ada atas keta okeyh walaupun dia hanya jalan kaki. Aku nak snap tapi tak sempat. Maka aku snap ja lah gambar kakak nih.


Teh Ais Bungkus Indah Kembara yang menjadi punca aku dan Faiz kena bahan kaw2 oleh makcik tuh. Dia sindir kowt, tapi aku layan balik. Faiz dah merah muka. Aku masih lagi tebal.


Aku nak travel macam singa nih. Baru keless.. Tetiba teringat post Kak Jumie tentang beliau tengok Narnia bersama anak menakan beliau. Anak menakan beliau telah menamakan Aslan sebagai OSMAN. Hadoiy, bak kata Kak Jumie, OSMAN adik beradik ngan AZIZ SINGAH.


Ni merupakan mangkuk tandas yang serba canggih. Terjumpak kat The Spring Kuching. Kalau tengok post aku sebelum nih, benda ni la yang aku maksudkan. Kelesss..


Ni merupakan kazen aku. Tahun ini beliau telah berjaya dapat 5A dalam UPSR. Hebat... Antara kazen aku yang mempunyai perangai yang berbeza.


Owh, karok seploh hengget selama 6 jam. Ko ada?

YZYZ

What's this?

You are currently reading Twenty-Ten: SeX1Razzi at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Twenty-Ten: SeX1Razzi”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...