Please Click Me

X-Men Apakah Aku?

Friday, December 3, 2010 § 0


Aku sangat la minat menonton X-Men dulu zaman kecik-kecik. Dulu kalau tak silap X-Men main kat TV2 waktu2 Maghrib gtu. Waktu tu aku mesti tengah mengaji Al-Quran ngan mak aku. So kalau dah dengar bunyik lagu tema dorang, konfirm aku cepat2 baca sebab nak catch up. Mak aku selalu marah kalau buat macam tu. Kadang dia pukul guna kayu penunjuk tuh. Haha.

Waktu sekolah, ada budak2 suka bawak marvel comics X-Men. Aku tak tau mana dorang beli. Aku carik2 kat kedai tak jumpa pun. So aku pun tumpang la baca. Tambahan lak dialog dorang dalam BM. Makin la aku excited nak baca kan. Budak sekolah rendah, mana la reti sangat nak baca Inggeris. Bukan tak reti, tapi malas sebenarnya. Haha.

Sekarang pun aku minat lagi ngan X-Men. Aritu aku tengok balik X-Men dan aku buat la kutukan terhadap cerita tuh. X-Men yang pertama,



Sangat la kanak2. Waktu geng X-Men lawan ngan konco2 Magneto, bunyik muzik sangat la kanak2. Aku rasa macam Mystique tengah belawan sambil menari. Aku tak suka la ngan watak Storm sebab dorang portray dia sangat lemah. Storm adalah Omega-Level Mutant. Macam2 dia boleh buat, tapi sangat la lemah.



X-Men 2 nih ada perubahan sikit. Da nampak konflik between semua watak. Ada dah konspirasi antara human being ngan mutant. Pastu ada plak love triangle between Wolverine-Jean Grey-Cyclops. So da nampak drama2 dewasa sikit. Ada romance dah. Pastu watak Nightcrawler yang sangat la religious. Tapi still aku nampak Storm sebagai sangat lemah. Tahap kuasa dia lebih kurang nak sama ngan Jean Grey kowt.



Pun mengecewakan sebab Storm sangat2 la lemah. Lawan ngan Mutant Level 2 pun boleh kalah. Selalu ja kena pukul. Tapi waktu nih Cyclops dah mati. So aku suka la. Aku sangat la benci ngan Cyclops. Part yang ni jugak dorang dah kuarkan The Dark Phoenix, iaitu Jean Grey versi jahat. Satu lagi, kalau ikut komik, X-Men the first Class consist of Cyclops, Jean Grey, Iceman, Emma Frost (kalau tak silap) dan Angel. Dalam Movie ketiga ni dorang ada tunjukkan watak Angel. Tapi macam xda signifikan jah. Kalau tak ada pun xpa. Bila tengok poster, ada jah Angel tuh tapi watak tak signifikan. Benci aku.

Tujuan aku membuat entry ni sebab, aku nak korang undi aku nih X-Men yang macam mana. Aku dah narrow down beberapa orang. Korang pilih lah ye. Haha.

Magneto


Ada kuasa ke atas metal. Sangat powerful punya mutant dan ketua kepada orang2 jahat. Dia bercita-cita untuk membunuh semua manusia dan ada history yang panjang dengan Charles Xavier. Dalam movie, watak dia dipegang oleh orang tua. Tapi dalam comic, dia tak tua. Badan ketui2 okey. Ketak2 gtu. Haha..


Storm


Selain Cyclops dan Jean Grey, dia ni merupakan pembantu rapat kepada Dr. Xavier. Dia merupakan salah seorang cikgu kat sekolah mutant founded by Xavier. Dia nih sangat cold dan powerful Aku suka dia nih actually. Tapi dalam movie sangat weak. Dia boleh control weather. Boleh hasilkan kilat, kabus, puting beliung, tornado dan paling mantap, cuaca di luar bumi pun dia boleh kontrol. Tekanan udara dalam lung manusia pun dia boleh manipulate. Jangan memain.


Wolverine


Aku actually tak la berapa minat dia nih. Over-exposed sangat. Maybe sebab dia ni sangat la popular. Dia ni sangat la ego n sarcastic. Dia nih ada claw dan dalam satu experiment dia telah dimasukkan ngan metal adamantium. So dia nih undestructible. Dah la ada metal adamantium, dia nih ada ability untuk memulihkan diri sendiri. So memang mantap la jugak.


Gambit


Dalam movie, part keempat ja dia muncul, waktu Wolverine original. Aku punya la excited nampak dia muncul waktu tuh. Kecoh lam hall. Dia nih balak Rogue sebenarnya. Dia ada kuasa boleh manipulate energy. Dia boleh convert energy dan manipulate jadik makin hebat. Dia paling suka guna kad poker dan batang kayu sebagai senjata dia. Kalau dia baling daun terup, samada daun terup tu boleh meletup kuarkan api, atau boleh kasi pecah dinding. Kalau dia pukui orang guna kayu dia plak, daya hentaman dia memang kuat. Gambit sangat cool okey. Lagi cool daripada Cyclops yang bluwek tuh.


Beast


Beast nih, ada dua jenis kekuatan. Dia ada super-human strength dan intellectual yang tinggi. Dia berpangkat Doctor, jangan memain. Kalau dia fight, dia sangat power dalam hand-to-hand battle. Kalau dia tak berlawan, dia akan guna otak dia untuk belajar laa, mengkaji laa, buat eksperimen laa.. Ni menunjukkan orang yang pandai tuh, tak semestinya tak reti nak gaduh kan. Haha. Kalau nak debate ngan dia, kena la careful. Silap cakap nanti, baran dia naik, abes kena pukui semorang. haha.

Makanya, sapa yang korang rasa aku lagi sesuai. Sila la mengevote pada ruang poll di sebelah kanan atas skrin anda. Gtu.. Haha.. Jangan rasa poyo lak nak undi aku tau. (Harap la korang undi aku GAMBIT).. haha..

Sebenarnya, maklumat kat atas sikit jah. Kalau nak tau lebih, boleh lah menggoogle sendiri ekh. Banyak lagi maklumat yang aku tertinggal rasanya. Haha..

YZYZ

What's this?

You are currently reading X-Men Apakah Aku? at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...