Please Click Me

You Are Hired, IF...

Saturday, December 25, 2010 § 5


Owh, akhirnya aku berasa berani untuk mereveal apa yang baru tentang idop aku sekarang. Uhh, mungkin ada yang dah tau, mungkin juga ramai yang tak tahu. Dan jika mereka dah tahu, tak semua tau lagi cerita disebaliknya. Uhh, benci sungguh. Complicated teramat.

Yeah, selepas berenti jadik PKS, berjenis2 kerja diapply, berkeping2 resume dihantar, beberapa kali dipanggil interview, berkali-kali jugak direject akhirnya aku dengar jugak ungkapan YOU ARE HIRED. Yeap, aku telah dioffer untuk kerja di tempat L.I aku dulu. Revertex, Kluang Johor. Post yang dioffer adalah Chemist.Yaiy, kongretulesen, tapi ada lagi cerita disebaliknya. Bukan senang2 okeyh nak kena hired nih.



Pertamanya, aku tak dapat lagi offer letter. Surat tuh hanya akan kuar setelah aku buat medical check up ngan doktor panel Revertex. Sekiranya didapati condition aku tak sesuai untuk bekerja dalam environment yang penuh ngan chemical, dorang akan tarik balik offer tersebut. Owh, sedihnya.

Secara luaran memang aku akui, aku nampak jah macam sihat. Tapi mana tau dalam badan aku terkandung banyak penyakit. Haa, sapa tau. Dan kalau betul pun doktor2 laen kata aku sihat, tapi doktor panel dorang kata aku tak sesuai, maka offer tersebut akan ditarik balik. Maka sebenarnya, aku menggamblekan diri aku untuk pergi ke Kluang. Masih ada kebarangkalian untuk aku tak dapat job tersebut.

Kedua, bakal boss aku suruh aku dapatkan driving license secepat mungkin. Owh, ni pun ada problem sikit. Aku dah try untuk buat driving license kat Penang, tapi ada problem sikit. Aku cuba untuk mengumpul kekuatan aku untuk cuba solve problem tersebut sekiranya aku dapat kerja kat Revertex.

Ketiga, aku kena memikirkan plak transport aku nak ulang alik ke tempat kerja nanti. Chemist, tanggungjawab dia agak besar dan kadang memerlukan untuk kita stayback sampai lewat. Aku da tengok dah macam mana chemist2 kat sana kerja. Kadang kul 7pm baru keta kuar dari gate.

Keempat, aku kena mencari tempat tinggal lagi. Salah tempat tinggal karang, mau merana aku. Habis segala plan tindakan akan tunggang terbalik.

Walaupun sedemikian, aku cuba berfikiran positif terhadap segala masalah tersebut. Aku dah memikirkan beberapa solution untuk masalah tersebut. Antara langkah penyelesaian yang aku fikir adalah.

Plan Pertama: I Lost The Offer.
Malam tu jugak aku balik Penang, stay ngan member aku dahulu dan cuba menumpang mana2 member yang ada rumah sewa buat sebulan macam tuh. Then aku akan continue amek lesen kat Penang, dari tempat yang aku berenti arituh. Rembat apa2 peluang untuk buat duit kat Penang supaya aku dapat sustain idup kat sana. Then terus-terusan mencari kerja lagi.

Plan Kedua: I'M HIRED
Pertama, aku dah minta tolong sorang akak kat Kluang untuk ushar rumah untuk aku. Aku minta tolong dapat orang2 yang kerja kat Revertex jugak.

Kedua, aku akan sambung driving school aku kat Kluang ngan bantuan housemate aku. Harap la dorang jenis yang senang dirunding.

Ketiga, buat sementara aku menumpang housemate2 nih dulu untuk ulang alik ke tempat kerja. Then cuba convince dorang yang aku boleh memandu ngan baek dan praktis bawak motor. Nanti boleh pinjam jah dari dorang. Kalau let's say aku terpaksa stayback, akau akan stay ngan chemist atau staff yang boleh tumpangkan aku.

Keempat, InsyaAllah, kalau tak da masalah lagi ngan proses perlesenan tersebut, aku akan cuba beli keta second hand dulu. Nak bagi senang ulang alik gi ke tempat kerja.

Owh, meskipun telah memikirkan segala jenis consequences, aku still lagi nervous dan tidak keruan (gtuh). Kadang kita tak boleh predict apa yang bakal berlaku. Memang kita boleh sediakan pelbagai jenis payung, baju ujan, shelter atau daun pisang (ni sebab karok lagu Memori Daun Pisang la nih semalam) untuk hadapi segala kemungkinan tapi apa yang akan berlaku tak semestinya sama. Segala macam boleh terjadi. Kita juga harus bersedia dan mampu untuk memikirkan penyelesaian pada setiap masalah tersebut dengan pantas. Sekurang2nya, aku belajar benda ini semasa aku masih lagi bergelar PKS sedikit masa dahulu.

Baeklah, readers sekalian, marilah doakan semugah yang baek akan berlaku buat aku. Semugah segalanya lancar seperti yang dirancang dan diharapkan.

YZYZ

What's this?

You are currently reading You Are Hired, IF... at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 5 Response to “You Are Hired, IF...”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...