Please Click Me

Ayam dan Merak Bermain di KOLAM

Tuesday, January 18, 2011 § 2

Gtuh, tajuk post. Ayam merujuk kepada Chick. Merak plak, merupakan motif seni dia. KOLAM adalah hasil seni yang dibuat menggunakan beras yang berwarna-warni. Macam yang aku bagitau lepas okeyh, KOLAM tu bukan macam pond okeyh. POND tu plak bukan PONDAN keyh. Over la aku membina perkataan. Haha. Tapi dalam post lepas, aku perasan, aku translate KOLAM sebagai 'lake'. Over, LAKE tu TASIK la ngok oiy. Haha. Over sangat,

Baeklah, aku nak buat siaran lintas langsung, macam mana Chick dan kawan dia iaitu Annu telah membuat KOLAM pada Sabtu lepas. Memang best okeyh tengok pertandingan tuh pada Pesta Ponggal. Semangat 1Malaysia sangat okeyh.






Kalau sesiapa yang nak tau, apa dia Pesta Ponggal, sila lah menGoogle sendiri. Malas la nak bercerita panjang lebar. Intention post pun sebab nak menunjukkan hasil seni member jah. Tak da bahan2 dalam nih, so feel safe. Hehe.

Peseerta pertama, Chick tengah mensketch KOLAM atas tile yang berukuran 3 x 3. Dia sketch slumber jah.

Peserta kedua iaitu Annu yang memberi pendapat terhadap pengsketchan Chick, sambil tolong prepare bahan2 suma.

Ni merupakan lakaran atas buku. Sangat cantik okeyh. Tapi aku lagi suka kalau dia buat yang GAJAH tuh. AKu tak snap lak lakaran GAJAH tuh. Hadoiy.

Langkah pertama, dorang boh kaler ijau kat ekor merak sebagai warna layer pertama

Pastuh, boh kaler oren plak. Aku memang sangat suka gabungan warna hijau dan oren. Boleh orgasm aku.

Untuk kemaskan bahagian ekor, dorang boh lak kaler kuning. Time nih dorang dah tergesa-gesa sebab kesuntukan masa

Siap bahagian ekor, dorang beralih plak ke bahagian body merak. Body dorang buat kaler merah dulu.

Then kemaskan guna kaler oren.

Final touch kat bahagian body adalah warna kuning. Pastu dorang dalam keadaan kelam kabut buat bahagian leher dan kepala guna dust kaler biru. Sangat susah okeyh guna dust compare beras.

Annu siapkan bahagian mata dan Chick siapkan background guna kaler pink. Waktu nih tinggal lagi 5 minit kowt masa pertandingan

Annu tolong kemas2kan bahagian yang tak berapa nak kemas, Chick lak buat kerawang2 kaler putih. Owh, aku tak leh tengok kerawang. Orgasm buat kali kedua.. Owh Owh.

Atas cadangan stage crew iaitu aku dan Mira, Chick telah membuat crown kat kepala merak tuh. Guna kaler kuning lagi.


Selepas tamat pertandingan. Muka tak puas hati sebenarnya. Dia masuk bukan nak menang, tapi sebab suka-suka dan nak buat kolam sahaja.
Dan inilah dia hasilnya. KOLAM ini telah dapat tempat ketiga. Hadiah yang dorang dapat, dorang bagi kat audience budak2 yang dtg ptg tuh. Menurut Annu, dorang tuh adalah anak-anak yatim. Nasib aku tak berebut nak hadiah tu jugak. Hehe.

Ramai yang datang petang tuh puji kolam nih, sebab warna dia sangat meletop. Tapi bagi aku, Chick, Mira dan juga seseorang yang telah di MMS oleh chick, kolam nih tak berapa kemas sebenarnya. Nampak sangat tak balance dan buat dalam keadaan tergesa-gesa. Tak detail, tak sharp dan sebagainya. Tapi pujian harus bagi gak sebenarnya sebab design yang Chick buat nih adalah yang paling susah antara semua. Nak siapkan bahagian ekor tuh sangat susah okeyh. Setengah jam jah dah terbazir kat sana. Design lain cantik jah, tapi tak sekompleks minah nih.

Apa2 pun aku enjoy petang tuh dan berasa seronok dengan suasana di Padang Kawad. Haha. Apa pun aku nak minta maaf kat Bazilah. Solihin dah cerita apa yang berlaku. Sorry naa, kami tak tau. Huhu.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Ayam dan Merak Bermain di KOLAM at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Ayam dan Merak Bermain di KOLAM”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...