Please Click Me

Bedah Muvies: DAMPING MALAM vs PARANORMAL ACTIVITY 2

Thursday, January 13, 2011 § 0

Wohh, ni merupakan post kedua Bedah Muvies pada tahun ini. Aku sangat suka menonton wayang dan kalau aku rasa cam nak mengomen, aku akan mempost komen tersebut dalam blog. Tak mau cerita panjang, Damping Malam aku tonton dua tiga ari pas niuyer dulu. Paranormal Activity 2 plak aku baru tengok petang tadi (12 Januari 2011). Ada signifikan kenapa aku mahu menonton kedua-dua pelem ini. Damping Malam, kerana aku mahu menyokong industri perfileman tempatan dan ParaNormal Activity 2 sebab aku nak tau apa kesinambungan dari yang first Paranormal Activity.


Seram okeyh, gabungan hewan macam hanjing dan budak2 kecik. Nasib tak da doll yang macam lam cerita Chucky tuh, kalo tak mau nanges aku. Tengok Toy Story pun aku seram tengok doll tuh.

Okeyh la, xda la seram geyla babey sangat.

Aku tak mau tulis sinopsis, sebab nanti jadik macam panjang lak post nih. Semasa aku menonton Paranormal Activity 2, aku rasa macam ada persamaan lak plot cerita nih ngan Damping Malam. Baidewei, aku guna perkataan plot, aku tak reti bahasa2 filem nih. Aku guna ikut pemahaman aku yerk. Haha. Pertamanya, kedua-dua filem nih berkisar tentang perjanjian antara manusia dengan makhluk2 yang kita tak nampak. Dalam DM, Amy Mastura telah meminta pendamping untuk jaga family dia dan mak dia dah warning, jangan sesekali amik pendamping. Asalnya family Amy Mastura memang ada pendamping tapi mak Amy dan buang. Tapi memandangkan Amy nih cam insecure ngan family dia, maka dia pi pasang pendamping. Tiba2 bomoh yang pi pasang damping kat dia tuh mati. To make it worst, hanya bomoh tu jah yang boleh buang pendamping tersebut. Makanya, kalau la Amy tak renew perjanjian antara dia dan pendampingnya yang baidewei hanya boleh buat melalui Tok Moh tersebut, maka damping tersebut akan ganggu family dia dan akan amik soul salah sorang ahli keluarga Amy. Aku rasa macam taip perkataan damping tuh terlalu banyak sampai dah bunyik ala2 DUMPLING lak. Haha.

Nanti nak suruh Ahmad Idham buat muvie The Night Dumpling la plak. Hah, malatop.

 Untuk PA2, ada satu gangguan terhadap family A nih (Aku guna kata ganti A okeyh, sebab aku malas nak cari apa surname dorang). Maka daughter dorang nih pi la mencari apa2 kemungkinan yang berlaku. Then dia terjumpak satu artikel tentang perjanjian antara manusia dan demon. Demon akan tolong manusia dapat kekayaan, wealth, kuasa dan sebagainya selama berkurun-kurun dan sebagai ganti, manusia harus mengorbankan soul the firstborn son dalam family dorang. Kristi dan adik dia Katie dah dapat gangguan nih dari dorang kecik agi, then bila dorang da berfamili, gangguan tu datang balik. Gangguan tu jadi main rancak bila Kristi melahirkan anak lelaki beliau yang happens to be the firstborn son since 1932. Then hasben Kristi da kena warning oleh nanny dorang tentang makhluk tuh. Bila dia nampak depan mata Kristi kena rasuk, dia pun pi pindahkan makhluk tu gi rumah Katie. Then rupa-rupanya gangguan yang berlaku ke atas Katie tu la yang berlaku dalam Paranormal Activity yang mula-mula dulu. Last sekali dorang pun tunjuk kesinambungan Paranormal Activity dan Paranormal Activity 2.
Memula tengok, aku tak leh terima cerita nih. Tapi aku rasa okeyh ja, sebab ada kelainan. Seram okeyh. Benda nih boleh berlaku dan lebih dekat ngan hidup kita seharian.

Owh, nampak tak persamaan antara dua muvies nih. Hah, perjanjian antara manusia ngan demon okeyh. Haa, ada berani nak buat perjanjian macam tuh. Perjanjian sesama manusia pun senang2 boleh tipu ni plak perjanjian ngan demon. Ko hengat hidup boleh senang? Aku tak sure la adakah ini merupakan suatu kebetulan atau Ahmad Idham ada amek idea daripada PA2 untuk filem DM. Maybe kebetulan sahaja memandangkan banyak masyarakat kat donia nih suka buat perjanjian ngan demon untuk kuasa dan kekayaan.

Pada aku, aku suka jah ngan cerita PA2, tapi apa yang frustrate aku adalah audience dia. Boleh engkau dorang seolah2 membuat bunyi2an yang cerita nih macam bosan. Hello, kalau ko tengok PA, mesti lah ko da boleh expect macam mana cerita nih. Aku sangat2 mahu tengok cerita nih sebab aku nak tau apa yang berlaku waktu muvie first dulu. Sapa sebenarnya Katie dan apa yang berlaku. Dah la pertengahan cerita tu, boleh plak GSC buat choi ala2 siaran tergendala. Nasib tak lama sangat. Agak terganggu la jugak.

Muvie DM lak, hmmm... Boleh la, tak da macam menarik gila2 babi sangat. Lebih kurang jah ngan muvie yang sebelum nih, just ubah jenis hantu dan jenis kepercayaan. Tapi tetap gak ngan tema untrusted hasben terhadap perkara ghaib. Cuma kali nih, dorang tak tunjuk sangat apa2 jenis hantu. Okeyh la. Siap Amy Mastura bagi ceramah okeyh waktu ending. Malatop-latop sangat.

Apa2 hal plon, DM vs PA2, PA2 akan menang. Kualiti video lebih bagus compare PA dan lebih banyak karekter. Siap ada hanjing lagi okeyh. Macam nak bela jah sekor hanjing tuh. BTW, hanjing tuh baka apa ekh? German Sheppard ekh? Kalau DM lak, entah la, aku sangat tak suka ngan lakonan Amy Mastura. Cam tak sesuai jah. Tapi apapon, sokong la ekh industri perfileman tempatan. Tengok cam aku, walaupun aku tengok cerita orang putih, aku tengok jugak filem Melayu. Tapi aku tak mau Sherra pi tengok filem Melayu kat cinema hall, sebab nak jaga rekod dia. Rasa bersalah lak sebab terpecah satu rekod dia yang cuba untuk beliau preserve ituh.. Haha.. Okeyh Sherra, jangan tengok filem Melayu. Kita sama2 pegang rekod (I'm pretty sure you'll read my blog).. Hehe..

YZYZ

What's this?

You are currently reading Bedah Muvies: DAMPING MALAM vs PARANORMAL ACTIVITY 2 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...