Please Click Me

Bedah Muvies: THE TOURIST

Wednesday, January 12, 2011 § 0

Yeah, sebelum aku balik ke Penang dari Kluang arituh, untuk membunuh masa (kill the time), aku telah pergi menengok satu muvie yang sangat best iaitu The Tourist. Aku tengok kat Kluang Mall di cinema yang berjenama Big Cinemas. Sorang2 lagi tuh okeyh. AKu nak ajak sapa. Kenalan kat sana suma kerja. Time tu lak weekday. Paragraph seterusnya merupakan sinopsis yang aku buat sendiri.

Muka dorang pun boleyh jual muvie nih

Elise nih telah diekori oleh beberapa orang polis dari Scotland Yard. Time dia diekori tuh, dia dok kat France. So dia nih ari2 akan diekori oleh pepolis nih. Kalau dia buat benda di luar rutin dia, baru lah pepolis nih akan ambil tindakan. Sebabnya pepolis nih tengah memburu seorang penjenayah yang bernama Alexander Pearce or initial dia AP. Maka pada satu hari yang sungguh sexy, Elise telah mendapat satu note dari AP dan menyuruh dia memfollow apa yang tertulis dalam note tuh. Follow punya follow maka dia pun terjumpa ngan seseorang yang bernama Frank. Maka Elise nih pun flirt ngan Frank seperti arahan dalam note AP. Pastuh dorang ni pun headed ke Italy dan dorang pun berlakon kat sana. Elise nih sebenarnya dalam usaha mahu berjumpa ngan AP, Frank lak tengah bercuti, pepolis nih nak tangkap AP dan tiba2 ada satu grup gangster yang diketuai oleh Shaw. Shaw dan gang2 dia nih tengah dendam ngan AP sebab tipu duit dorang. Last2 gadoh punya gadoh, pepolis nih tak dapat pun reveal identiti AP dan cerita tu pun berakhir ngan sad/happy ending. Biasakla typical hollywood, orang jahat mesti mati punya, maka Shaw pun mati.

Cerita nih tersangat la best okeyh.
Pertamanya, cta ni gabungan antara Angelina Jolie dan Johnny Depp. Gila hengkau, Jolie dan Depp berlakon sekali tak pi tengok. Boh nama dorang dua orang nih pun dah boleh jual cerita nih. Tapi watak Jolie sangat leh predict dalam cerita nih. Ala2 SALT la jugak. Tapi Salt tuh lagi super power punya cover. Gila babi punya kerahsiaan. Memang respek la kerahsiaan Salt. Maka kalau tengok cter nih, towards the end, aku tak terkejut pun sebenarnya bila Jolie reveal watak dia. Tapi untuk Depp, dia main ngan instinct kita. Aku meragui kowt instinct aku masa tengok cerita nih. Tapi aku tak mau la reveal apa instinct aku dan adakah instinct aku tu tepat atau tak. Korang kena pi tengok muvie tuh.

Gila sexxayy dorang nih. The sexiest actor and actress. Dua2 body mantap. Idaman laki (Jolie) dan pompuan (Depp). Dah la dorang nih terrar berlakon.

Keduanya, latar tempat kat France dan Italy. Mostly kat Italy la. Memang sangat cantik okeyh dorang tunjukkan Italy tuh. Cantik sampai tahap aku nak pi menjadik tourist kat sana jugak. Kalau The Tourist tuh buat kat Malaysia, harus director, Jolie dan Depp akan dapat gelaran Dato'. Percutian Jolie dan Depp memang satu percutian yang super duper mewah. Ko mampu nak bercuti macam tuh. Aku tak mampu lagi. Pasnih nak jadik anak ikan mana2 datin la, kut kut la boleh bercuti mewah macam tuh. Ko gila. Haha.

Ko gila. Dorang tak main limo lam cter nih. Dorang main boat sahaja.

Ketiganya, aku sangat suka ngan scene Jolie pi follow note AP. Memang sangat style okeyh. Tu baru betul aplikasi yang betul untuk frasa "Listen and Follow". Frasa nih aku ada jumpak dalam beberapa buku marketing yang aku baca. Walaupun kita tau director buat note tuh very the well plan punya, tapi sangat seronok tengok. Sangat smart. Time tengok tuh baru sedar, waktu jadik PKS lu, boss selalu sebut tentang work smart, plan bebetul dan blah blah blah. Benda macam tuh la sebenarnya. Nanti kalau aku dah bersedia untuk kembali ke alam pekerjaan dan dah ada company yang bebetul nak employ aku (bukan nak buang sesuka ati dia jek), aku akan cuba aplikasikan apa yang aku belajar kat PUMA dulu dan kesmartan Jolie dan Depp. Haha. Over kan.

Jolie cakap French okeyh. Aku tak tau la betol ka tak accent dia. Tapi British accent dia memang cantik jah dengar. Aku tak reti nak nilai accent dia. Aku speaking omputih pun guna Malaysian slang jah.

Keempatnya, aku suka ngan ending dia bila ketua operasi polis tuh tak dapat2 nak setelkan kes tuh. Tak dapat nak reveal sapa dia AP. Memang sangat legendary la. So aku rasa puas la. Tak da rasa nak bakor panggung wayang tuh. Aku ingat lagi waktu tengok Racoonzel dulu, aku gtau kat member aku, kalo jantan tuh idup balik, aku bakor GSC. Sekali dia bebetul idup balik. Sumpah aku maki2 dalam hall time2 tu jugak. Tapi nasib dah matang sikit, kalo tak, aku patahkan spec 3D GSC. Haha.

Sian polis nih, dah la selalu kena marah ngan Boss dia sebab lambat setelkan kes nih, pastuh tak tau sapa dia identiti sebenar AP. Tu laa, buat kemaih lagi.
Makanya, muvie nih tak rugi untuk ditengok. Sila la tengok before dia abes tayangan. Walaupun Razzu kata "I don't trust in Syahmi anymore if he wanna bring me for movie" dan Chick pun siap pukul2 aku dalam hall arituh, tapi yakin la ngan taste aku untuk muvie The Tourist. Haha.

Nota Kaki: Kejadian Razzu dan Chick tuh berpunca daripada ajakan aku membawa dorang tengok Revenge of The King Cobra beberapa bulan nan silam dan ajakan seterusnya melalui muvie Death Bell: Bloody Camp. Haha. Actually waktu tengok cerita Bloody Camp tuh, dah xda muvie yang aku, Pah dan Sherra tak tengok. Tinggal yang tuh ja, sebab tu tengok muvie tersebut. Haha. Tak pasal2 kena pukul2 oleh Chick dalam Hall dan kena curse oleh Razzu. Haha.


YZYZ

What's this?

You are currently reading Bedah Muvies: THE TOURIST at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...