Please Click Me

Before AJL 25

Sunday, January 9, 2011 § 0



Anugerah Juara Lagu atau dulu2 dorang panggil Juara Lagu jah merupakan antara program wajib tonton kat umah aku. Ala2 skim bajet tonton gtuh. Memang ktorang akan kumpul ramai2 depan TV untuk tengok show nih. Tapi since Misha menang AJL, aku dah tak follow sangat. Just tengok2 gtuh jah. Dah takda suasana kumpul kumpul depan TV. Tapi untuk AJL 25 nih, aku bersungguh mahu menonton. Maka diajak beberapa orang kawan untuk menonton bersama. Ada signifikan kenapa mahu ditonton, tapi setiap sebab tak perlu la mahu dikecohkan. Cukup sekadar anda tahu aku menonton show itu sahaja.

Semenjak beberapa tahun nih, aku tengok performances artis2 Malaysia semakin membanggakan. Sama ada showmanship atau persembahan vokal, penghibur kita semakin bertaraf donia. Bukan takat reti nak sebut perkataan WORLD sahaja tapi pada hakikatnya masih kampung (kalau anda tahu sapa yang aku maksudkan). Artis kita da semakin kreatif dan ini sememangnya menggembirakan aku. Biarlah orang kata aku hanya bergembira terhadap perkara duniawi. Biarlah, aku lebih memahami setiap tindakan aku, bukan kamu yang hanya tahu menilai.

Sebagai contoh, AJL 24 pada tahun lepas, aku memang salute. Aku tengok online sahaja menggunakan henpon ku. So skrin nya memang agak kecik, tapi aku puas sebab terhibur dengan setiap persembahan. Walaupun ada kontroversi mengatakan AJL 24 dicemari dengan unsur2 illuminati. Aku percaya, kesedaran itu hanya bersifat seasonal dan terikut-ikut. Hanya kerana seorang bercakap, maka ianya contagious kepada orang disebelah. Maka ianya hanya akan menjadi perkara bermusim. Selepas itu, diam la segala cerita mengenai unsur2 illuminati tersebut. Wave anti illuminati di FaceBook pun dah kurang malah hampir tiada langsung sekarang. Maka jangan marah kalau aku kata pergerakan anti itu hanya bersifat seasonal.

Aku telah meletakkan benchmark tersendiri untuk AJL 25. Pada sesiapa yang memfollow blog ini secara tegar, semestinya tahu aku sekarang amat menggilai Super Junior. Boy Band ini mempunyai Asia Tour mereka tersendiri yang dinamakan Super Show. Super Show 2 yang diadakan pada tahun 2009 hingga 2010 sememangnya suatu konsert yang amat membanggakan. Energy, koreografi, persembahan vokal, sincerity, persembahan video, gimik, permainan lampu, fan yang sporting dan sebagainya sememangnya sesuatu yang patut dijadikan contoh oleh artis kita. Maka aku telah meletakkan keyakinan berdasarkan persembahan pada tahun lepas, artis2 kita yang bertanding dalam AJL 25 mampu untuk mengatasi benchmark yang telah aku letakkan. Aku yakin mereka semua mampu untuk mengWOWkan aku.

Poster Super Show 2 Super Junior. Ini sememangnya konsert yang tak kan rugi untuk dihadiri

Jika ditanya siapa dia pilihan aku untuk AJL 25, owh sudah semestinya SELAMAT MALAM, nyanyian FAIZAL TAHIR dan juga JAHAT nyanyian STACY. Aku berharap koreografi Stacy akan lebih bertenaga berbanding koreografi Sorry Sorry atau Neorago ataupun A Man In Love (Super Show 2). Lagu-lagu lain pun sangat best macam Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Hanyut, Cinta Sempurna, Berlari, Noktah Cinta dan sebagainya. Aku yakin dan konfiden la AJL 25 akan mampu untuk mengatasi kehebatan Super Show 2 in term of persembahan. Kalau nak kira audiences, agak susah kowt nak lawan Super Show 2, sebab AJL adalah majlis yang berprestij. AJL ada kelas yang tersendiri okeyh dan memang very the elegent. Congrats kepada TV3 atas keberjayaan penganjuran Anugerah yang berprestij seperti AJL.

Aku berharap lagu ini akan mendapat tempat pertama nanti. Faizal Tahir hwaiting

Stacy, jangan hampakan aku. Menari lebih lincah daripada biasa. Make sure koreografi mantap dan gimik kasik kow kow punya. Stacy hwaiting jugak

Tapi as u guys know, AJL 25 tak main lagi kat TV. So, kita tengok apa akan berlaku selepas aku menonton AJL 25 nanti. Adakah artis2 kita mampu untuk melepasi benchmark yang telah aku tetapkan. AJL Hwaiting...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Before AJL 25 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...