Please Click Me

BONAMANA - I Want It

Saturday, January 8, 2011 § 0

Sangat style okeyh. Dorang kata tema adalah Sex Appeal. Memang menjadik pada pandangan aku.

Well, I dun think I can be called their true fans yet. Jaoh sekali mahu memasokkan diri aku dalam kelompok E.L.F sebab aku tak purchase pun agi album dorang. Mostly lagu2 dalam Bonamana, aku download sahaja. Aku fans dorang tak sampai pun setahun dan masa aku mula2 kenal ngan dorang, Bonamana baru sahaja release. Maybe alasan tu tak berapa kukuh kan untuk aku tidak memiliki album dorang walaupun dan minat dorang.

Bonamana merupakan The Fourth Studio Album Super Junior. Album ni dah meletakkan benchmark yang tinggi untuk Super Junior dan mungkin jugak SM Entertainment. Menjadi antara album yang paling laris jualan di South Korea dan di kebanyakkan negara2 Asia Timur dan Asia Tenggara. Aku malas nak meletakkan any figure because the figure might not be reliable. Banyak sangat maklumat yang dapat.

Album nih kuar dalam 4 version iaitu Version A, B, C dan D. Aku tak pasti apa beza version A dan B. Aku malas nak mencarik. Kalo sapa2 tau, silalah memberitahu aku. Tapi untuk version C, ni merupakan repackage album dan Version D adalah Asian Special Edition. Dalam tuh dorang letak MV Bonamana dan No Other sekali ngan TMO MV.

Untuk memudahkan penulisan, aku akan merangkumkan kesemua lagu yang ada dalam version ori dan juga repackage sebagai lagu2 dalam The Fourth Album. Senang. Malas nak merefer version yang pelbagai. Title album untuk The Fourth Album adalah Bonamana (atau Miina di Korea). MV untuk lagu nih dah pun menggagarkan Korea, Taiwan, China, Thailand dan tak terkecuali juga Malaysia dan Singapore. Then dorang pertaruhkan lagu nih dalam beberapa music chart dan lagu nih memang ada class yang tersendiri dalam chart2 tersebut. Berbeza ngan Sorry Sorry yang release pada March 2009 then follow up MV release pada July, satu gap yang agak panjang, untuk Bonamana (release pada mid-May), follow up MV iaitu No Other daripada Repackage Version keluar pada awal Julai tahun yang sama.

Kedua-dua single ni memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan telah membuktikan bahawa Super Junior sememangnya adalah band yang versatile. Bonamana merupakan upbeat electropop song yang menampilkan side yang matang, cold, sophisticated dan elegent. Tapi berbeza ngan follow up single iaitu No Other yang lebih kepada bubblegum pop dan menampilkan personaliti romantik setiap ahli. Belum pun 2010 habis Bonamana telah mendapat jolokan album terbaek Korea pada tahun 2010 dan seterusnya mengekalkan gelaran tersebut buat tahun kedua selepas kejayaan besar Sorry Sorry (2009).

Bonamana menampilkan track listing yang lebih santai berbanding dengan Sorry Sorry. Malah ahli lebih diberi kebebasan untuk membentuk Bonamana mengikut acuan mereka. Banyak lagu2 adalah dicipta oleh ahli sendiri. Contohnya adalah seperti lagu Goodbye (A Short Journey) yang dicipta oleh EunHae (Eunhyuk dan Donghae). Lagu nih dinyanyikan hampir sepenuhnya oleh Kangin yang menceritakan seseorang harus pergi meninggalkan rakan2nya untuk satu journey dan berjanji untuk kembali bersama mereka setelah tugas tersebut selesai. Lagu ini memang sesuai dengan keadaan Kangin sekarang yang masih bersama dengan military.

K.R.Y juga tidak ketinggalan untuk membuktikan kehebatan. Coagulation merupakan ballad yang sangat menyentuh hati. Menceritakan bagaimana hati seorang kekasih menjadi beku setelah berlakunya perpisahan. Kemantapan vokal K.R.Y memang terselah menerusi lagu ini. K.R.Y bersama dengan penyanyi keempat dan kelima Super Junior iaitu Sungmin dan Donghae telah bersama-sama untuk menyanyikan lagu In My Dreams. Lagu nih biasa sahaja kalau nak dibandingkan ngan Coagulation. Kyuhyun dan Yesung juga berduet untuk lagu Your Eyes seterusnya telah mampu membezakan kualiti vokal kedua-dua ahli ini.

The Fourth Album juga ada mengandungi beberapa track yang lebih fresh macam Here We Go, Shake It Up, Boom Boom, My Only Girl dan sebagainya. Lagu-lagu nih sesedap telinga la jugak nak melayan. Tapi kesemua lagu nih pada aku tak la sepower macam lagu A Man In Love, She Wants It, Marry U, Shining Star, Dangshinigie, Haengbok, Why I Like You dan sebagainya dari The Second Album: Don't Don, SM TOWN Album, Super Junior-M dan the Third Album: Sorry Sorry. Lagu2 yang ada dalam Bonamana lebih menampakkan dorang lagi matang berbanding dulu. Macam yang aku kata mula2 tadi, album nih sebenarnya lebih santai dan relex berbanding Sorry Sorry. Mungkin itulah kekuatan Bonamana sehingga crowned as the best album in 2010. Lagu simple tapi dorang lebih diberi kebebasan menjadikan persembahan dorang nampak lebih sincere. Kita dengar pun jadik seronok.

Anyway, sebagai lelaki, aku tak rasa malu untuk memfollow Super Junior. Sebab SuJu memang sebuah band untuk disukai oleh semua golongan. Apa lagi yang ada dalam industri hiburang dorang tak buat. Nyanyi, menari, drama, filem, teater, reality, musical, original sound track, duta produk, Asia Tour, MC, talk show, charity dan banyak lagi. Lagu2 yang dorang nyanyi pun variety. Tapi tak pernah lagi la dengar dorang nyanyi lagu rock kapak, dangdut atau lagu asli Melayu. Super Junior sememangnya duta yang sangat baik untuk mempromosikan budaya dan pelancongan Korea Selatan.

Ni merupakan cover album Bonamana. Memang sangat style. Lima kat atas adalah Heechul, Donghae, Siwon, Ryeowook dan Leeteuk. Lima kat bawah plak adalah Sungmin, Eunhyuk, Kyuhyun, Yesung dan Shindong.

Okeys, setakat nih dulu mempromosikan Super Junior nih. Harap kalau ada rezeki, boleh la aku pergi Super Show 3 yang bakal buat kat KL. Ada tak sesiapa yang nak sponsor tiket untuk aku? Hehe.

YZYZ

What's this?

You are currently reading BONAMANA - I Want It at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...