Please Click Me

I'M COLOR BLIND

Thursday, January 6, 2011 § 0


Well, aku dah pun tau aku nih color blind masa nak masuk USM dulu2. Pas masuk USM, semua freshies haruslah menjalani medical check up. Masa gi medical check up aku tak bawak spec. Tertinggal kononnya. Memang penat dan lama la medical check up tuh. Buat lak sebelah petang. Nasib aku buat sekali ngan member aku, Mus, maka tak terasa la sangat penat. Nak dijadikan cerita jugak, malam tersebut jugak aku ada kelas WUS. Budak USM tau la menda apa WUS tuh.

Then bila dorang check mata aku, nurse tu kata aku nih color blind. Time tuh aku tak keruan jap. Bila jumpak doctor, dia suruh aku tukar course. Aku memang down gila pada malam tuh. Aku pun pergi ke kelas WUS dalam keadaan yang tingtong. Gambar kat bawah ni aku ingat Rahimi amek waktu kelas WUS tu kowt.


Pemuda menggunakan spec tu la MUS, besties aku masa freshman dulu.

Aku rasa sangat tension dok dalam kelas tuh dan tak lama lepas tuh, aku pun blah dari kelas tersebut. Time tuh lecturer tengah rancak ajar. Aku ajak member aku tuh blah. Aku call dia tak angkat. Mesej dia tak reply. Aku nih dah la baran semacam. Last sekali aku pi maki dia guna mesej sebab tak reply aku. Aku blah sorang diri. Then dapat mesej dari member pompuan ajak makan kat Berkat. Dulu ada kedai makan Berkat kat Ivory tuh, sebelah Kopitiam. Haa, jangan tak caya. Then Mus mesej balik aku kata, aku xda hak nak marah n maki orang sampai macam tu sekali. Aku sangat la tertekan.

Then pas makan, Mus sampai kat Berkat dan duduk sebelah aku. Aku tengah tak keruan gila. Maka aku, Mus dan member pompuan ktorang pun dok lepak depan 7E Ivory. Tak pasal2 tau tak apa yang berlaku, tiba2 jah air mata meleleh. Yeah, aku nanges depan 7E okeyh. Punya la ramai orang time tuh, walaupun dah kol 11pm. Mus dan member pompuan tuh dok comfort kata, esok kita pi buat lagi sekali test tuh. Tak pun pi jumpak Dean macam mana.

Macam tu la kali pertama aku sambut berita yang mengatakan aku adalah color blind. Aku menangis okeyh. Maybe sebab terlalu penat dan terlalu tertekan. Pada waktu tu aku tak sangka Color Blind nih akan makan aku pada kemudia hari. Banyak benda yang tergendala disebabkan kecacatan ini.

Untuk mulanya, hampir 3 bulan aku pi driving school, hospital, patah balik driving school dan jumpa bermacam2 jenis doctor untuk sahkan aku color blind. Pada 5 Januari 2011, aku telah mengambil keputusan untuk pergi GH Penang. Tu pun siap gaduh lagi ngan doktor. Aku nak minta statement jah, tapi banyak gila prosedur. Last sekali, maybe aku akan cuba gi GH Kedah kowt untuk dapatkan gak statement tuh.

Then, bila aku dah pun terpilih untuk kerja, tak pasal2 offer aku ditarik balik atas alasan yang sama. Then akibatnya, hampir kesemua subjek yang terdapat atas transkrip aku dah tak leh digunakan. Aku kena U-Turn balik dan mulakan segala proses pencarian kerja aku dari mula. Dan kalau menjadi makin teruk, maybe aku kena amek master sebab Degree aku tak leh guna. Hadoiy.

Begitulah cerita diriku yang selalu serba tak kena. Kita takleh nak duga macam mana cubaan yang akan kita hadapi. Twist apa ahead kita. Kita mesti kena sentiasa bersedia. Kadang satu benda simple jah, pasti akan menghalang kita. Dulu athsma yang halang aku untuk segala benda. Then bila athsma aku dah baek, color blind plak. Nanti bila aku dah berjaya conquer color blind nih, aku tak tau apa lagi yang bakal terjadi. Sentiasa la bersiap sedia. Huh.

Oleh itu, readers sekalian, doakan la yang terbaek buat aku ekh. Aku sangat menghargai doa anda semua dan aku juga berharap dan berdoa yang terbaek untuk anda semua.
Justify Full
YZYZ

What's this?

You are currently reading I'M COLOR BLIND at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...