Please Click Me

Kite BAKOR Je... (Edisi AJL 25)

Tuesday, January 11, 2011 § 2

Sudahkah anda membaca post aku mengenai AJL 25? Best tak? Macam2 review okeh. Tapi untuk post kali nih, ni merupakan janji kepada beberapa orang untuk hapdet benda lara nih. Haha. Pujian sangat la sikit. Lebih tuh suma kutukan dan pembahanan terhadap persembahan. Haa, meletop engkau membahan persembahan orang laen. AJL lak tuh.

Nak dijadikan cerita, aku menonton AJL bersama2 ngan Ashiqin AJ atau nama panggilan Chick. Ktorang telah menempah seat VVIP okeyh, kat Mutiara Tom Yam Ivory tuh. Depan TV lagi. Then Abang Azhar join, tapi sekejap jek, sebab dia kata bosan. Dia pi tengok bola lak pastuh. Then Salam join ktorang. Dalam kol 10.40 malam, rombongan tarik2 rambut datang yang mengandungi Pah, Sherra dan dua orang budak pesyer, Nadia dan Suzana. Dorang ada kerja, sebab tu lewat sikit join.

Pengkomen tegar semestinya adalah aku, Chick dan jugak Salam. Aku dan Chick kutuk, si Salam pi bekap. Lantak arr, aku ngan Chick nak kutuk pun. So setiap ulasan ekceli megandungi ayat2 aku, Chick dan Salam. Bukan dari luahan hati aku semata2. Kami telah berjemaah mengutuk. MALATOP...

Nih adalah Chick dan ikan2nya

Ni Salam yang pi membekap semua kutukan ktorang. Gambar aku amik dari FB jah

Memula adalah persembahan pembukaan. Start2 jah, aku dah kutuk. Ni ka persembahan permulaan? Tolong la, bagi la mantop sikit. Tiba2 kuar video Francesca Peter menang Juara Lagu pertama. Pastuh Chick warning aku "iisshh tengok dulu, baru nak kutuk". Maka aku pun menengok. Pastuh, kuar lak lagu Pada Syurga Di Wajahmu, then lagu M. Nasir. Memang la mantap dorang nyanyi, tapi ada rumours kata M. Nasir miming jah. Betol ka. Tapi kan aku lagi suka kalo dorang tak yah buh video tuh. Just panggei kuar dorang nih nyanyi dan buat remix version punya lagu. Perlu la kita nak dengar versi yang sama tetiap AJL? Bosan keyh. Pastuh macam tak da signifikan jah dorang nyanyi lagu tu. Selingan macam tahun lepas best yang part SEARCH tuh. Dorang remix macam tu yang best. Ataupun buat lagu Pada Syurga Di Wajahmu versi dangdut ka, electropop ka... Haaa... Baru mantop. Nih Halahaiii... EXPECTED okeyh.

MC lak, macam tak natural. Macam scripted MC. Next year tak yah buat MC la. Aku ingat lagi Anugerah Era pernah buat MC virtual punya. Lagi best. Takpun buat ala2 GRAMMY, tak yah ada MC. Just ada artis yang jadik announcer jah. JLo memperkenalkan Green Day, hah, kat Malaysia ada nak tengok Ziana Zain memperkenalkan Hujan ka. MC sangat nampak macam nak delay masa jah untuk bagi masa kat crew nak set up stage. Siap jeling2 stage lagi okeyh. Gimik gaduh2 Ally dan Faizal Ismail pun tak best. Pastuh dorang nih cam takut nak kuarkan statement panas2. Aku pernah tengok VMA kalo tak silap. MC dia pi conteng skrin dan kategorikan artis2 tu ikut suka dia. Dia pi bahan kata, sapa dok seat nih adalah GAY. Seat nih plak penyanyi yang cikai jah. Dia conteng skrin okeh. Ko ada?

Stage lak, memang cantik dah. Aku suka. Tapi kan best kalo dorang buat stage yang boleh turun naik. Lagi mantop artis nak buat performance. Tapi stage macam tuh memang mahal la. Aku pernah dengar stage Super Show 2 Super Junior berharga 6 million. Aku tak tau currency apa, Ringgit ka, US Dollar ka atau Korean Won. Tapi stage tuh sebesar2 padang dan banyak portion2 yang memerlukan stamina yang tinggi. Dorang lari2 okeyh nak kejor step nari atas stage tuh. Siap ada platform yang boleh pusing2 agi. Tangga berlampu2, dan dorang boleh appear dari bawah stage. Tapi stage AJL dah kira okeyh la, lantai pun boleh pasang video.

Stage berkonsepkan colloseum yang kononnya berharga 6 juta. Tempat kaler merah tuh, dorang isi ngan audience

Part pertama, ada persembahan YUNA, TOMOK, A.P.I dan SHAHIR. Pertamanya, ktorang setuju yang ktorang suka ngan set stage Yuna, sebab sangat cantik. Warna tema baju, dan VCR kat belakang kena. Dalam VCR ada gambar pokok mati, kat stage pun ada props pokok mati. Apa simbolik pokok mati, aku pun tak tau tapi walaupun Yuna dok main keyboard jah, memang menarik perf dia. Tapi sebagai persembahan pembukaan, hmm, macam tak kena jah. Patot perf macam tuh kalo kat konsert boh kat tengah2. So macam tak dak momentum la plak. Tapi biasaklah, dorang kan kena undi. So buat ja lah. Cameraman sangat choi kowt, tak pandai amek angle.

Then Tomok pun sama. Cameraman tak reti nak amek angle ka apa. Aku sebenarnya suka ngan remix yang Tomok buat. Dah rasa konsert, tapi Tomok sendiri tak macam kat konsert. Dia macam rigid jah atas stage. Dia tak la bagos sangat nari pon. Tapi cubaan yang menarik. Tapi part yang tak dak step, banyak benda yang Tomok boleh buat. Maybe Tomok kena kaji lagi kowt style persembahan artis yang dah biasa perf kat event2 yang grand. Lampu pun dia tak berapa nak main sangat. Kalau cameraman tak buat choi, leh la kami nak tengok step dia tuh best ka x. Pastuh kalau Tomok nih lari2 gumbira secara bebas lagi kena ngan lagu. Stage besar, tapi tak guna ngan baek. Serious terlalu banyak benda dia boleh buat lagi.

A.P.I lak gimik dah okeyh dah, tapi asal dalam memories aku macam dorang just nyanyi sambil berdiri depan stand mic sahaja. Terlalu biasa la plak. Tak main betol2 ngan gimik. Cuba ko buat macam Lady GaGa tu haa.. siap kena bunuh, pastuh kena gantung bagai. Baru mantop. Macam tak da signifikan lak nak letak anduh kat tangan macam tuh then kena tembak last2 tuh. Tak bagi impact pun kat ktorang tiga orang.

Kalau buat kat Malaysia, sah sah kontroversi


Then tiba lah antara persembahan yang paling mendapat bahanan secukup rasa. Shahir... Siap pakai mantel youuu... Nak terbang ka. Ktorang dah imagine Shahir akan terbang ala2 Superman (sebab ada mantel). Sekali kuar plak sajak2. Ktorang dok fikir sapa dia yang bersajak nih, sekali Nasha Aziz. Mengganggu betol. Ktorang tengok sambil gelak imagine nanti Nasha Aziz tolong ikatkan kabel kat Shahir untuk terbang kowt sebab. Pastuh ending kena tampar, hapa dia... Very the kampung punya perf. Anak murid KRU kowt.

Then part 2 ada Drama King, Tolong Ingatkan Aku dan Noktah Cinta. Hadoiy, si MUH dan Black nih, perlu la nak conteng2 muka tetiap kali masuk AJL. Sekali masa mula2 dulu tu cukuplah. Lady GaGa tak kan pakai baju yang sama untuk setiap persembahan okeyh. Macam tak da idea dah. Tapi ktorang kagum tengok Black nyanyi part tinggi relex jah. Kepala Salam dah hentak2 dah, aku ngan Chick dok membahan jah.

Ana Rafali punya perf pun cara gak. Ramai yang dok kutuk lagu dan perf dia. Tapi aku suka. Bersangkar2 okeyh. Ktorang dah jerit2 dah, konfem masuk blog kena kutuk ada unsur Illuminati punya. Human Cage kowt. Masa dia mula2 kuar jah, terus jerit sebab baju putih yang dia pakai tuh macam baju Pah. Siap mesej kata Ana Rafali curik baju Pah. Gila hengkau dia nak curik baju orang kebanyakkan buat perform AJL. Tapi kejap ja lah. Aku suka la konsep hantu2 yang dia buat tu. Maybe sebab perf sebelum dia nih nampak cam bosan dan predictable, sebab tuh bila ada kelainan jah, terus rasa cam nak tengok dan rasa menarik. Atau sebab selalu sangat  tengok teater Abang Azhar, so kalau ada benda iras2 teater abang, mesti rasa menarik. Haha

Masa Hafiz kuar jah, terus ktorang bahan. Patot pon Faiz tak leh join kita malam nih. Dia pi menyanyi kat AJL. Serius ktorang rasa Hafiz nih macam Faiz atau nama omputih dia Fred. Rambut dan sebagainya, just Hafiz nih tembam sangat kalau compare Faiz. Lagi satu perf yang nampak cam biasa. Just nyanyi gtuh sambil pi bukak selendang dan vest kaler merah dia tuh. Hapa dia yang mamat nih cuba sampaikan. Then tiba2 ada gimik dia kena tembak. Nasib ada gimik tuh, maka dia dimaafkan. Tapi seriously, permulaan lagu tuh perf sangat membosankan. Nasib lagu dan suara best.

Part 3 menampilkan Selamat Malam, Ku Ada Kamu dan Extravaganza. Memang excited okeyh nak tengok Faizal Tahir. Tiba2 kuar Nurkhiriah tengah usap2 perut. Tapi kan ada satu rahsia yang aku nak bongkarkan. Waktu perf Faizal Tahir, ada mak cik kepada member ktorang join sekali dok pegang2 tangan ngan Aziz Sattar. Aku pun ngan slumbernya kata, "berani Aziz Sattar pegang tangan mak cik Chick (oppss terbocor identiti)". Pastu member ktorang tu pun balas, "tu hasben dia la, biar la dia nak pegang".. Wooohhh, begitu, mak cik kepada member ktorang (hint: Chick) tuh adalah wife Aziz Sattar. MALATOP. Habis ktorang bahan dia dan dok promote sampai kat meja sebelah. Mesti tensen orang meja sebelah tengok berjiran ngan ktorang. Haha. Perf Faizal Tahir just okey ja lah. Dah macam ala2 Diva da aku tengok. Buat biasa jah. Buat macam fashionably dull.

Adira punya perf pun macam cara gak. Kerawang kaler merah dia tuh memang cantik okeyh. Aku orgasm dah. Aku memang tak leh tengok kerawang2 nih. Kuar segala nafsu serakah. Haha. Dia main2 ngan kain bagai, ala2 Citrawarna okeyh. Tapi nampak neat la, tak la bertabor sangat. Siap ada endoi agi okeyh. Pastuh tiba2 ada orang kat belakang tengah buat aksi akrobatik. Kalau Adira sendiri yang buat aksi tu lagi cara. Macam Pink buat kat Grammy. Tapi dia pakai dress, memang malatop la kalo dia buat. Haha. Pastuh misteri kenapa Shahir tak terbang akhirnya terungkai jugak pas perf Adira. Pasainya Adira curik kabel penerbangan Shahir, sebab tuh Adira leh terapung kat awangan, tapi Shahir just kena tampar jah. Tak pa la, dorang kan satu kompeni. Bertimbang rasa sungguh kan. Haha. Bagi2 pinjam bagai. Haha.

Mampu buat macam nih. Ni la jugak performance dia kena dip dlam air tuh

Bunkface macam bluwek jah perf dorang. Ada la idea nak guna stage tuh, bila kat floor tuh kuar la nama BUNKFACE. Tapi stage macam tuh, kalo dapat kat artis2 U.S, memang macam2 dorang leh buat. Usher sangat pandai main ngan stage macam tuh. Aku rasa Bunkface macam buat gig biasa2 jah. Chick memang frustrated gila2, sebab dia kata, banyak benda dorang leh buat. Macam last year lagi cara kowt perf dorang. Tahun nih sangat simple. Nama lagu Extravaganza, tapi tak rasa keExtravaganzaan tersebut.

Part 4 lak ada Sofea Jane, Hanyut, Jahat dan Mencari Konklusi. Aku sebenarnya tak berapa nak minat lagu Sofea Jane tuh. Boleh la nak layan gtuh jah, tapi nak minat, no no no. Tak da dalam memories aku pun perf mamat nih. Tapi yang aku heran, perf dia tahun lepas jelas lak lam memories aku. Nampak sangat Black tak catchy. Tak mampu nak impress aku. Just nyanyi tinggi jah.

Homigod, Hanyut memang mantap la. Mula2 ktorang jerit sekali lagi sebab ada sangkar. Hah, apa lagi Human Cage Illuminati la. Ktorang gelak2 kutuk sangkar tuh. Nak dijadikan cerita, sebelum Hanyut aku ada cerita tentang performance Pink yang kena dip dalam air. Aku pun kata la, asal dorang nih tak buat macam tuh haa, main2 air atas stage. Sekali masin mulut, Faizal Tahir main air dulu. Memang cara la. Walaupun dia dok lam sangkar tuh ja, tapi leh dapat persembahan terbaik. Selain jatuh lam air, prediction aku gak nanti, Faizal Tahir akan kena hukum gantung. Meletop imaginasi. Tapi tekaan pertama lak yang betol. Excited kowt jerit2 kat kedai makan bila dia jatuh tuh. Permainan video macam tuh aku dah selalu tengok lam perf Super Junior actually, so tak terkejut sangat, cuma kagum Faizal Tahir terfikir nak buat macam tuh.

Aku memang tertunggu-tunggu Stacy. Aku imagine dia akan menari mantap punya. Maybe dia akan tunjuk martial art punya step. Macam2 aku imagine. Sekali dia tak menari sangat, kecewa okeyh. Cuba dia buat perf dia tengah gaduh pukul2 ngan balak dia. Pastuh berkung fu ngan balak dia ala2 video game. Then ending baru dia menari victory, baru cara. Christina Aguilera pernah buat, Super Junior pun pernah buat. Tak pun ala2 Beyonce panggil army pi berkawad. Tapi aku lagi suka idea dia gaduh ala2 video game ngan balak dia. Cuma satu, sanggul rambut dia tuh, memang purposely dia cabut ka atau memang dah longgar, then dia terpaksa cabut?

Christina Aguilera perform lagu Fighter kat VMA 2003. Kalau World Tour dia, kalau perform lagu nih, dia akan tunjuk dia pukul semua penari laki dan tunjuk pompuan nih tak lemah

Salah satu scene gaduh Super Junior waktu dorang perform lagu Don't Don kat Super Show 2. Step dorang kebanyakkan adalah scene pukul pukul

Hujan punya perf tak best la. Tahun lepas, aku suka set pentas dorang yang ala 60's tuh, then tiba2 ada a group of people yang menari ala2 gig gtuh. Walaupun tarian time tu simple, tapi seragam. Baru rasa ala2 VMA sikit. Tapi tahun nih, nampak simple sangat. Tak best langsung. Sekurang2nya buatlah VCR yang menarik.

Persembahan selingan, hmm, nak tanya, Sharifah Aini buat nose job ke? Macam ada something la kat idong dia. Pah da merungut dah sebab terasa perf Sharifah Aini terlalu lama. Aku lak nervous sebab takut mak cik tuh lupa lirik lagi. Haha. Biasa jah la.

Then Ziana Zain, okeyh la. Tapi sama cam persembahan pembukaan, bagi la kelainan sikit kat lagu2 tuh. Memang lagu tuh suma best, tapi buat la olahan baru. Bagi remix version sikit. Budak2 nih dah cabar dah suruh karok nyanyi lagu Ziana Zain nanti. Meletop ko nyanyi lagu Ziana Zain. Haha. Tapi kalau Ziana Zain tak mau olah balik lagu tu pun, at least buat la aksi2 pelik yang dia biasa buat kalo perform. Ziana Zain nih one of the kind yang suka benda abnormal atas stage. Buat ekspresi muka huduh ka, tangan ala2 bersilat dia tuh, baru la ZIANA ZAIN. Tak la rasa biasa sangat.

Then kuar lak Siti. Sebelum dia nyanyi aku teka lagu apa dia akan nyanyi. Ketiga2 tekaan aku betul, sampai Chick jeling kat aku buat muka annoying. Lantak la. Memang perf dia sangat predictable. Aku lagi suka perf dia tahun lepas nyanyi lagu Lagu Untukmu. Tu baru cara... Baru rasa kelainan.

Sebelum start, PD ada gtau yang persembahan selingan akan membuatkan kita menilai perbezaan lagu dari tahun ke tahun, tapi aku tak rasa pun perbezaan dia. Cam sama jah. Cam xda signifikan jah. Cuba lain kali dorang buat persembahan selingan di buat oleh peserta akhir. Haaa, baru mantop. Baru rasa cam meriah sikit kan. Baru terasa kelainan. Tak pun panggil sapa2 yang kat Semi Final pi perform lagu2 dorang yang tak berjaya masuk Final. Tapi buat olahan semula. Tak pun dorang imitate apa2 persembahan atau buat cover version. Banyak la plak imaginasi kan. Haha.

Bab pemenang aku tak mau nak tulis apa2, sebab aku tak amek port pun sapa yang menang. Aku tak harapkan sesiapa pun, sebab bagi aku, semua lagu adalah berkualiti. Aku suka ngan suma lagu yang masuk bertanding cuma cara dorang perform jah yang akan bezakan dorang. Dat's why aku dan kroni2 aku sangat mengambil kira performance dorang. Lagu okeyh jah. Dah siap list karaoke dah lagu2 dorang tuh. So kepada sesiapa yang membaca review ini, jangan lupa baca review PART 1 okeyh. Baca dan nilaikan pandangan dan harapan aku okeyh. Serious aku nak tengok artis kita mampu sekurang2nya conquer pasaran Asia. Bukan sorang dua orang, tapi ramai2 artis kita menyebarkan Malaysian-MUSIC dan seterusnya mempromosikan kebudayaan kita. 

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kite BAKOR Je... (Edisi AJL 25) at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Kite BAKOR Je... (Edisi AJL 25)”

  • part adira xleh blah..ngokngek la ko ni syahmi..

    aku rase ko patut apply jadi ketua juri next year..M Nasir kalo bace ni mau letak jawatan..

  • Syahmi says:

    haha..
    kami tengok sambil gelak besar kowt kat kedai makan tuh.. haha.. siap kutuk orang meja sebelah lagi.. haha...

    weah, ilmu masih cetek lagi, tak layak lagi kowt.. sekadar sembang2 gtuh jah.. haha..

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...