Please Click Me

Mimpi yang Sungguh Racist

Monday, January 17, 2011 § 0

Baeklah, bermulanya cerita, bila aku telah menghadirkan diri ke Pesta Ponggal anjuran Persatuan Kebudayaan India (PKI) USM. Member sengal aku iaitu Ashiqin AJ telah memasukkan diri dalam satu acara iaitu pertandingan membuat 'kolam'. Bukan kolam macam lake tu tau, ni adalah lukisan yang kita selalu nampak guna beras warna-warni tuh. Nanti aku akan hapdet tentang penyertaan beliau, intention perenggan nih adalah sebab aku nak bagitau, aku suka datang ke perta tersebut sebab very the 1Malaysia. Seronok tengok India, Melayu, Cina dan foreigner memberi support untuk acara nih. Walaupun sebenarnya perayaan ni adalah berasaskan agama, tapi tidak menghalang penganut agama lain untuk turut serta. Aku tak pasti apa hukumnya bagi penganut Islam, tapi yang pastinya kami tak buat la apa2 sahaja yang boleh menjurus kepada syirik. Nauzubillah.

Haruslah aku dan Mira menjadi stage crew yang sangat cemerlang untuk Chick dan Annu.

Ni Fam dan kawan dia, tak tau nama apa. Nice kan?

Team Chick dan Annu yang meletop. Ada markah tambahan tak sebab ada variety kaum.

Inilah dia Kolam uolsss. Meletop tak. Canti sangat okeyh.
Semua gambar nih aku amek dari FaceBook May Fam yang sangat mendokong gagasan 1Malaysia. Gtuh. Haha

Malam tersebut (atau sebenarnya pagi) aku telah bermimpi sesuatu yang mungkin agak racist. Oh no, aku sangat cuba untuk menjauhi perbuatan racist, tapi telah bermimpi plak perbuatan tersebut. Mari kita baca dengan penuh penghayatan. Haha.

Bermulanya cerita bila kononnya aku akan pergi vacation bersama kawan-kawan aku. Then sementara menunggu dorang nih pick up aku, aku tengah dok dalam satu kereta sambil snap snap gambar sana sini. Nampak benda pelik, terus snap gambar. Waktu dok dalam kereta tuh, tetiba kereta tu mati kat simpang. Aku tak sure kenapa, tapi yang aku ingat aku sorang jah yang dok lam keta tuh.

Then aku pun menunggu kat luar. Then tiba2 entah muncul dari mana ada satu family cina tengah menunggu kat tempat yang sama gak. Pastuh dorang ada sorang daughter yang kecik, maybe umur dalam 6, 7 tahun gtuh. Aku tengah cakap phone guna Xperia aku. Isi perbualan tanya mana semua orang sebab dah lewat sangat-sangat. Tiba2 budak kecik tu dok poke poke muka aku. Aku naek berang la, pi maki budak tuh. Then tiba2 ayah dia ka, abang dia ka, aku tak sure sapa. Tapi laki dalam lingkungan umur awal 30-an la. Dia marah aku, amek phone aku, dan baling gi seberang jalan. Aku apa lagi, pi la maki dia "Ko BODOH ke hape??!!". Pastuh berlaku scene gaduh gaduh. Aku pukul dia, dia pukul aku. Tak lama lepas babak gaduh2, member aku datang. Aku naek keta sambil bawak beg PIMPIN aku tuh.

Waktu nak bertolak, aku ingat lagi, jam dah menghampiri kol seploh. Flight ktorang lak kol 1020. Aku tak sure AM ka PM. Meletop, flight kol 1020, kol 10 baru member aku tu datang amek aku. Then tiba2 datang beberapa orang polis India. Bukan polis mai dari India, tapi polis Malaysia komposisi kaum India. Rupa-rupanya family tadi buat laporan tentang aku. Dorang kata aku tak respek dorang dan memaki dorang depan khalayak ramai. Tapi aku kata aku tak bersalah, dan family tu yang mulakan dulu. Polis tu bawak gari yang sangat lucu okeyh. Macam gari yang gantung-gantung gtuh. Aku pun tak leh nak gambarkan macam mana. Tapi sangat lawak okeyh. Then berlaku lagi kejadian pelik, sebab dorang tak gari aku, tapi dorang gari laki cina tu plak. Pelik. Mentang2 la aku hero lam mimpi tuh. Haha.

Then masa nak gi balai polis tuh, aku pesan kat member aku "Korang gi airport lu, nanti aku datang. Kalau sempat aku masuk, kalau tak, takpelah". Bila sampai kat balai polis, aku dok merungut2 kata aku ada flight nak kena kejar. Polis tuh kata, relex, sempat jah. Pala hotak dia. Aku siap kata, tiket aku berharga RM800++ kowt. Then lelaki cina tu pun memulakan hujah dia kata aku memalukan dia kat khalayak ramai. Aku balas balik kata aku tak bersalah. Paling diva bila aku kata aku dah rakam kejadian kat tempat aku tunggu member aku tadi menggunakan henpon aku. Nampak jelas kowt dia baling henpon aku time tuh. Nah, sekali betul aku tak bersalah, sebab family cina tu yang kacau aku dulu. Then aku dengan berlagaknya terus belah dari balai polis tuh dalam keadaan tergesa-gesa. Keluar2 jah dari balai polis, nampak suma member aku tengah tunggu aku. Dorang tak gi pun airport lagi. Dalam keadaan konon2 terharu tuh la aku terjaga dari mimpi aku.

Ada beberapa ulasan yang boleh aku buat menerusi mimpi yang boleh menyebabkan aku kena tahan ISA nih. Haha.
  1. Aku tengah dok tumpang bilik kawan2 aku. Maybe vacation tu adalah usaha aku untuk 'vacant'kan bilik member aku yang aku dah tompang tuh.
  2. Aku sekarang jadik gila nak snap gambar guna SeX1 aku dan mula la nak upload lam blog.
  3. Dua tiga ari nih, kalau janji ngan kawan2 aku, aku selalu terlewat. Janji kol 9.30am, datang kol 10am. Mimpi nih saja nak kutuk aku ka apa?
  4. Petang tuh, lepas pesta Ponggal, Chick drive keta Bazilah dan selalu mati enjin. Aku jadi cuak walaupun bukan aku yang drive. Maybe tu adalah signifikan kereta mati enjin tu kowt
  5. Aku memang tak suka budak2 okeyh. Sangat anti. Yaiyyyy...
  6. Aku kalau mengamuk memang leh tahan jugak. Memang kuat maki. Tapi aku baek.
  7. Tak baek maki orang nih, lebih-lebih lagi depan public. Mimpi nih ajar aku supaya tak memaki depan orang terutama kat mana2 kedai makan yang choiy.
  8. Gari yang pelik tu adalah simbol perangai haram jadah ktorang suka membahan orang laen.
  9. Pesanan aku buat member aku yang suruh dorang gi airport dulu tu plak, maybe keinginan aku yang kuat mahu menonton wayang. Rilek jah suruh member gi dulu. Haha. Nak naek kapal terbang kowt.
  10.  Kejadian aku rakam bukti tu plak, maybe simbolik kepada Gossip Girl. Gila segala benda nak snap n rakam guna henpon. Nasib la kalau enpon yang bermutu tinggi kan. Haha.
  11. Ending mimpi aku tuh, walaupun kadang kawan2 aku terbuat perkara choiy terhadap aku, tapi dorang tak pernah tinggalkan aku. Sama macam keadaan sekarang la. Shit things happen to me, tapi dorang still clinging to me. Tak da la rasa aku nih macam pathetic loser yang harus dihentam sehabes mungkin. Dorang pun tak buat kemaih nak kununnya brainwash aku. Fact dorang masih bersama aku ketika aku dibuang oleh hampir separuh manusia dalam idup aku membuangkan aku rasa syukur sangat.
YZYZ

What's this?

You are currently reading Mimpi yang Sungguh Racist at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...