Please Click Me

Sedikit Kecewa

Monday, January 10, 2011 § 4

Yes, aku kecewa. Kecewa sangat2. Walaupun tajuk post aku adalah "Sedikit Kecewa", tapi aku kecewa banyak sebenarnya. Aku tak tau apa masalahnya, tapi instinct aku kuat mengatakan semua nih bepunca dari kontroversi AJL 24. Mungkin tak benar dakwaan aku nih, tapi ini just kata hati aku jah. Jangan nak jadikan rujukan plak tau.

AJL 24 telah menggagarkan kita dengan isu ILLUMINATI. Kebetulan plak, aku sangat impress dengan setiap performance. Tak kira la dari segi vokal, koreografi, gimik dan sebagainya. Segalanya membanggakan. Maybe ada sikit isu baju antara artis2 laki yang nak dekat2 sama. Kononnya banyak unsur2 ILLUMINATI yang disumbat dalam AJL 24.

Antara tuduhan tersebut seperti, Dato' Siti yang kununnya menyerupai Cleopatra, pastuh ada gerbang pintu apa ntah. Then Alyah dikaitkan ngan The Lady in Red dan syaitan berwarna hitam disekeliling dia. Pastuh ada lak kata tangga menyerupai bentuk unfinished pyramid. Hujan menggunakan simbol Checkered Floor dan paling teruk kena adalah Stacy. Human cage, Checkered Floor dan imej haiwan ke atas badan Stacy memang dah cukup dikatkan ngan ILLUMINATI. Search pun kononnya guna simbol All Seeing Eye yang ada kat note Dollar US. Segala macam la.


Stacy mendapat kritikan yang teruk kerana penggunaan simbol Illuminati

Alyah diakatakan menyerupai The Lady in Red iaitu Babylon whore.

Aku bukanlah mahu mempertahankan artis2 kita dan menafikan segala jenis perlambangan tersebut. Memang betul pun pergerakan Illuminati menggunakan simbol2 tersebut. Pergerakan tu pun bukan lagi sulit tapi dah dipublishkan sendiri oleh penggerak mereka. Tak perlu dah nak baca tabloid nak tau tentang dorang. Ini bukan zaman Crusade, bila The Knight Templar dihukum bunuh bila cuba untuk menghidupkan balik sihir kuno Yahudi tersebut. Segalanya tentang Illuminati sudah di depan mata. Tinggal kita mahu menolak atau menerima sahaja. Tak perlu nak tunggu AJL, simbol2 tersebut dah pun menguasai hampir seluruh penduduk dunia termasuk anda2 yang sedang membaca post ini. Lihat disekeliling kita, ada sahaja sebenarnya hidden message Illuminati yang kita tak tau dan tak nampak.

The Knight Templar kononnya yang menjumpai sihir kuno yahudi yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa iaitu tapak asal Temple of Solomon. Sila baca kisah sebenarnya, and don't rely on this information only

Tapi bila artis kita terguna atau memang purposely menggunakan simbol tersebut, segala jenis tohmahan dan tuduhan keluar. Mereka cuba memurtadkan kita dan blah blah blah. Tapi pengakhirannya, segala wave anti Illuminati menjadi senyap sedangkan pergerakan Illuminati tidak pernah lemyap. Sebenarnya siapa yang kita tentang, puak Illuminati ataupun kemajuan dan kebolehan bangsa kita sendiri. Namun isu Illuminati ini tidak akan pernah lenyap dari bibir manusia kerana puak ini memang akan terus wujud untuk menyesatkan manusia. Keadaan kita sekarang memang telah ditetapkan olehNya untuk menguji iman kita. Kadang bila kita kecoh mahu menentang, secara diam kita mungkin akan menjadi golongan munafik. Maka berhati2lah. Aku sendiri tidak berani mahu menuduh siapa2 itu pembawa wave ini kerana takut makan diri. Tetapkan iman kita sahaja. Sama seperti jika kita jalan2 di dalam shopping complex. Kita memang perlu berjimat tapi kiri kanan akan ada sentiasa godaan untuk kita berbelanja. Tak kan la kita mahu masuk ke dalam kedai dan memaki cashier sebab buat sale. Adalah lebih baek kalau kita tekadkan hati tak mau berbelanja atau senang2 tak yah pergi langsung shopping complex. Kita haruslah bijak menilai dan percaya terhadap diri sendiri dan penilaian yang dibuat.

Makanya, aku merasakan AJL 25, artis2 terlalu berhati-hati dalam membuat persembahan. Nyanyian so far tak da masalah sangat, cuma ada beberapa orang yang aku rasa rendahkan key lagu dorang. Play safe kowt, takut tak sampai. Aku yakin nyanyian setiap artis semestinya yang terbaek. Tapi showmanship agak mengecewakan. Aku akan ulas setiap persembahan pada post akan datang. Post kali nih just ulasan secara menyeluruh.

Persembahan pembukaan tak gempak. Persembahan individu terlalu simple. Dah macam tengok persembahan biasa2 jah. Aku menengok AJL 25 bukan la mahu mempertaruhkan mana2 lagu. Berharap lagu tuh atau lagu nih menang, tapi mahukan hiburan 100%. Aku berasa menyesal sebab AJL 24 tak tengok live kat TV. Tengok streaming kat henpon memang tak best okeyh. Sebab tuh beria-ia nak tengok AJL 25 secara live. Artis tak perlu la bersungguh nak buat gimik macam Faizal Tahir selalu buat, just persembahan macam Dan Sebenarnya (Yuna) tu pun dah kira menghiburkan aku. Takpun gimik ala2 lagu Aku Skandal (Hujan). Tapi pesembahan kali nih, hmmm, terlalu biasa. Ada la jugak yang buat ngan baek, tapi next post lah aku cerita. Kesimpulan sendiri yang aku buat, PD (producer) tak mau kecoh2 dah pasal Illuminati nih, then membuatkan artis2 lebih berhati-hati. Careful sangat sampai jadik bosan. Aku tak sure la pandangan aku nih betol ka tak, sebab Faizal Tahir dan Ana Rafali guna jah Human Cage. Pastuh stacy pun ada guna checkered floor (walaupun kaler bukan itam putih). Pastu sangat banyak okeyh yang guna warna tema hitam merah (The Lady in Red). So kat mana slack persembahan dorang kali nih?

PINK -Glitter In The Air. Performance untuk Grammy Award

Sapa2 yang tengok AJL ngan aku tadi, aku ada sebut tentang Pink kena dip dalam air, hah, performance nih la dan nih adalah performance untuk GRAMMY okeyh. Tup tup Faizal Tahir jatuh dalam air. Masin mulut aku.


Pastuh isu Ana Rafali menang pun jadik kecoh. Expectation audience terlalu tinggi kowt untuk lagu2 popular yang laen. Aku seriously tak dak langsung masalah ngan pemenang walaupun aku sangat meminati lagu Selamat Malam. Pemenang bukan high concern aku, tapi kemampuan artis kita untuk membuat show bertaraf dunia lebih menarik perhatian aku. Aku letih la nak minat artis2 U.S atau Super Junior jah. Aku nak tengok artis kita leh WOW kan orang2 dari luar lingkungan Nusantara. Vocally memang kita mampu tapi idea kreatif memang kita masih lagi ketinggalan. Stacy yang aku harapkan akan menari lincah pun tak banyak sangat menari. Itulah sebenarnya yang mengecewakan aku. Aku mahu melihat nanti suatu masa, Faizal Tahir ka, Yuna ka, Stacy ka, Hujan ka atau sapa2 jah pi buat World Tour, tak pun Asia Tour dan setiap konsert dorang akan dihadiri sekurang2nya 10 000 orang penonton yang tak paham pun sepatah haram dorang nyanyi apa. Itu yang aku harapkan daripada anugerah2 yang berprestij seperti AJL. Bukan pemenang dan jaguh di kampung sendiri. Aku yakin Faizal Tahir, Yuna dan yang senagkatan dengan mereka mampu untuk membawa muzik kita sekurang-kurangnya menakluk pasaran Asia Tenggara termasuk Thailand, Myanmar dan negara2 Indochina, bukan setakat Indonesia, Brunei dan Singapura sahaja. Itu yang aku harapkan. Dan itu jugalah yang membuatkan aku sedikit kecewa.

Belum pun apa-apa, bermacam kontroversi Faizal Tahir kena. Macam mana la beliau nak penetrate market yang lebih luas kalau orang Malaysia sendiri yang suka nak jatuhkan dia

Tak mustahil sekiranya Yuna mampu untuk ke Grammy dan seterusnya mengharumkan nama MALAYSIA. Industri pelancongan negara pun mencanak-canak naik.

Aku bukan mahu menjatuhkan artis-artis kita, tapi sekiranya artis2 Korea dan Jepun mampu menakluk pasaran kita, kenapa tidak artis kita mampu untuk menakluk pasaran mereka juga. Bukan satu atau dua, tapi ramai okeh penyanyi Korea dan Jepun yang penetrate pasaran kita. Sehingga dorang digelar K-Pop dan J-Pop wave. Wave inilah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran budaya mereka dan menjadi tarikan pelancongan. Jika hanya mahu megharapkan Dato' Siti sorang, memang tak berkembang la. Artis2 lain juga  sebenarnya mampu. Kita terlalu sibuk dengan kontroversi murahan sehingga kualiti kita terabai walaupun sememangnya kita mampu. Suatu masa nanti, boleh lah kita melihat Faizal Tahir, Stacy atau sapa2 jah buat performance kata anugerah2 dorang lak. Pastuh bila buat konsert kat negara dorang akan ada jeritan Faizal-Oppa, Stacy-Noona, Yuna-Noona dan lain-lain.

Super Show yang diadakan di Seoul telah dijadikan peluang pelancongan. Dilaporkan, ketika Super Show dijalankan, airport Seoul akan crowded dengan young women traveller. Sesetengah daripada mereka akan ditemani oleh parent. Permintaan terhadap hotel meningkat mendadak dan kebanyakkan traveller ini akan tinggal di Seoul lebih kurang seminggu. Seluruh bandar Seoul akan dibanjiri oleh traveller yang menggelarkan diri mereka E.L.F iaitu Official Fans Super Junior. Setiap kali concert mereka, dianggarkan sekurang2nya 15 000 orang penonton akan datang menonton di semua lokasi termasuk Kuala Lumpur, Bangkok dan Manila yang mana bahasa Korea tidak dipertuturkan. Mereka mempunyai lebih 15 siri konsert di lebih 10 bandar raya serata Asia Timur dan Asia Tenggara. Mahu lihat tak Faizal Tahir buat perkara yang sama. Saya mahu, anda?

Suatu masa nanti, beginilah gambaran terhadap konsert yang bakal Yuna, Stacy, Hujan dan rakan-rakannya buat nanti di negara2 macam Arab ka, Chiana ka, India ka. 15 000 orang penonton berbangsa Arab okeyh. Malah hanya sekadar tayangan video pun dah mampu buat audience menjerit sepuas hati. Tapi mahu penonton seramai ini, artis kita haruslah mempunyai attitude seorang penghibur yang mempunyai audience sebanyak ini jugak

Setakat nih dulu post kali nih. Next post aku akan tulis komen aku terhadap setiap persembahan. Okeyh. Kepada sapa2 yang suruh aku hapdet tuh, nah, aku hapdet dah. Jangan tak baca lak. Letih jah aku nulis. Promote sekali dan klik iklan gak tau. Haha...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Sedikit Kecewa at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Sedikit Kecewa”

  • yg ni baru la review..terbaek dari ladang..

    aku malas nk komen merapu2..tp byk bnde yg ko ckp ade asas..aku sokong!!

    nti aku link kn ngn blog aku..

    xsabo nk tunggu part 2..

  • Syahmi says:

    hehehe.. tenkiu.. terharu baca.. cepat promote2.. haha..

    aku paling nyampah kalo baca yang bagi review

    "owh, persembahan abag Faizal best, baju Yuna cantek", org nmpk okeyh suma benda tuh..

    aku baca link yg kat komen FB ko tuh la.. menyirap aku baca.. sampah gila komen2 dia.. haha..

  • muahaha..sebab tu aku nak ko yang review..

    org lain sume cam hampeh je..

  • Syahmi says:

    ekceli ada lagi sorg yg review pun bagus gak.. tapi dia tak buat agi.. nanti kalo dia dah review, aku bagi link kat ko.. haha..

    lawak gila baca review budak tuh.. jenis tgk artis Malaysia ja kowt.. kalau dia tengok lady GaGa ka, Alicia Keys ka, Beyonce ka xpun DBSK, SuJu, konpem kejutan budaya kowt.. haha..

    wooppss terkutuk plak.. hehe..

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...