Please Click Me

SuJu: Self Made Trivia

Thursday, January 6, 2011 § 0


Kali nih aku cuba untuk membuat beberapa trivia tentang dorang nih. Kebanyakkan merupakan self analyst daripada interview ataupun pengakuan dorang dalam talk show ataupun interpretation sendiri. Maybe sesetengah information dalam nih cannot be rely on. Gambar2 nih aku amek direct dari introduction dorang dalam Super Show 2 kecuali Kibum. Aku sangat suka okeyh intro dorang. Sangat la style.


Introduction yang sangat style. KO ADA?


Leeteuk atau Eeteuk memang sorang ketua yang baek. Sapa yang dapat gabungkan 13 kepala dalam satu grup. Dah la 13 orang tuh suma otai2 dalam bidang memasing. Ada terer berlakon, menyanyi, menari, MC. Eeteuk ni plak bukannya hebat suma bidang. Tapi still dia dapat penghormatan dari semua ahli dan juga E.L.F iaitu fan rasmi SuJu. Walaupun isu Hankyung juga dikaitkan ngan Eeteuk tak reti nak jaga dia, tapi orang akan rasa group lagi berpecah tanpa adanya kuasa dan magis Eeteuk


Heechul yang berbeza dan unik. Orang pakai suar itam, dia guna suar merah. Sampai Eunhyuk nanges kowt pasal isu suar tuh. Malah cara dia pegang mic dalam promotion Sorry Sorry yang ala2 Mas Idayu pegang mic pun tarik perhatian jugak. Awal tahun 2010, Heechul nyaris2 mahu withdraw dari SuJu sebab depressed ngan isu Hankyung. Pastu Kangin lak nak masuk army. Semua orang nak tarik dia balik tapi tak berjaya. Tapi sapa sangka, ahli yang paling dia awkward iaitu Eunhyuk yang berjaya comfort dia balik. Eunhyuk cakap macam nih "Bro, lu bukan pandai nari atau nyanyi pun, tapi tanpa bro kami takleh survive". Semenjak tuh, dia dah start fokus kepada SuJu dah. Dia ada sekor kucing yang dinamakan HeeBum iaitu gabungan nama dia n Kibum. Sweet kan.


Semejak isu penamatan kontrak Hankyung ngan SM Entertainment, rezeki dia kat China semakin melimpah ruah la plak. Banyak cerita kejayaan dia kat China sekarang. Tapi kan ada satu isu yang macam kurang enak. Semenjak dia withdraw dari SuJu, time tuh SS2 masih lagi jalan. Then ada satu SS2 yang buat kat China dan dia memang dah kuar dari SuJu. Then Zhoumi (ahli SuJu-M) ganti part dia. Pastu penonton pi Boo Zhoumi sampai kununnya mamat tuh nangis. Henry bengang terus dia pi buat statement kata rakyat China tak sokong bangsa sendiri (walaupun dia Canadian). SuJu members yang laen sedaya upaya pertahankan Zhoumi dan Henry. Tindakan fans nih berpunca dari rasa terkejut atas contract termination Hankyung. ELF masih x leh terima kowt. Tapi sian la weah dorang tuh. Diboo di negara sendiri lak tuh.


Yesung kununnya sekarang tengah buat musical bersama ngan Sungmin. Dia khabarnya dapat watak jahat. Perrgghhh.. Pernah dalam satu interview, dia kena tnya, kalo la dia buat solo, mesti dia lagi berjaya. Dia boleh nyanyi ngan sangat baek, nari pun pandai, performance mantap. Tapi instead of going solo, dia kata dia still mahu bersama SuJu sebab brotherhood dalam SuJu. Malah dia pun ada single tersendiri. Betapa kuatnya brotherhood dorang nih sampai dia sanggup tolak peluang untuk going solo.


Kangin nih mulanya aku ingat dia saja jah nak p military tuh. Sebab wajib kan. Rupanya sebelum dia pi military, dia ada sangat banyak gossip. Kisah dia pi mabuk2 kat pub sampai gambar dia wasted dah tersebar. Pastu dia minta maaf. Tak lama pastu dia buat lagi siap ada kes dia accident langgar orang dalam keadaan mabuk. Dia rasa macam dia dah betray trust member. Ya la, ahli suma tunjuk side yang positif sahaja, including Heechul. Tapi dia dok tunjuk side2 yang negatif. Malah member berkali2 da maafkan dia, tapi setiap kali tu jugak dia buat balik. Akhirnya dia buat announcement dia akan masuk military untuk ubah sikap dia dan minta maaf kat semua orang. Kalo korang dengar lagu Goodbye (A Short Journey) ciptaan Donghae dan lirik oleh Eunhyuk, korang akan dengar Kangin nyanyi hampir sepenuhnya lagu tuh. Lagu tuh tentang seseorang yang akan berpisah buat seketika untuk satu journey yang pendek. Touching gak arr lagu tuh.


Shindong ni pun caught attention gak untuk 2010 nih. Bila dia buat lamaran secara terbuka kat GF dia melalui kulit album BONAMANA. Dia dah announce dia akan kawen tak lama lagi dan menjadikan ahli SuJu pertama yang akan kawen. Tindakan dia tuh da bangkitkan pelbagai statement dari pelbagai pihak. Ada kata dia romantik sebab propose macam tuh. Ada gak rumours kata, mungkin tak dak sorang pun SuJu members akan pi wedding dia. Apa pun, tahniah la buat Shindong dan semuga lepas kawen nanti, SuJu still akan paymes lagi.


Sungmin memang suka acting cute. Malah dia ada koleksi barangan pink yang sangat banyak. Ada jugak rumours yang kata dia gay. Tapi sebenarnya Sungmin sangat insecure dengan cuteness yang dia ada. Dia beberapa kali mengubah penampilan, cara bercakap dan sebagainya agar nampak lebih manly. Malah dia akan menolak mana2 perbuatan yang akan menampakkan dia gay macam cium2 atau peluk2. Perbuatan cium dan peluk nih dah jadi biasa dalam kalangan SuJu, tapi tidak Sungmin. Dia nampak sangat tak selesa dan dia sangat memikirkan pandangan orang laen terhadap penampilan dia. Baru2 nih dia ada buat debut dalam acting dan juga musical. Khabarnya dia berlakon dalam drama President dan buat musical bersama Yesung. Apa pun, samada Sungmin mahu bersama imej cute atau manly, itu terpulang kepada dia sendiri, asalkan dia ikhlas menunjukkan siapa diri dia.


Dance Machine Eunhyuk. Dia menari memang mantap. Koreografi dia pun sangat kemas. Fanfict Eunhae (Eunhyk + Donghae) pun sangat mendapat sambutan. Malah dia ada future untuk menjadi MC yang baek. Tapi selaku penyanyi dia juga haruslah memantapkan nyanyian dia jugak. Nak tau tak, pernah satu talk show pi terjah bilik tidur dia. Memang bilik tidur dia sangat la kemas. Dia susun barang ikut turutan. Ala2 Monica dalam FRIENDS. Aku pun jadi impress seketika tengok arrangement dalam bilik dia. Tapi member siap bahan dia lagi. Walaupun susunan barang dia okey, tapi dia jarang nak pi bercuci atau mandi. Bongok punya member. Dengar kata dia nih selalu kena buli ngan Maknae iaitu Kyuhyun. Tapi apapun dia dan Donghae memang a cute couple. Takdak sapa leh lawan dorang dua orang.


Siwon katanya adalah ahli yang paling religious. Tapi atas beberapa kali revealition, dia nih ahli paling suka buat skinship. Skinship kira suka bersentuh kulit la. Peluk ka, pegang ka, cium ka. Heechul pernah buat statement. Bila Heechul ditanya sapa dia rasa dalam banyak2 artis laki yang mungkin suka dia, Heechul kata takda, tapi kalo ahli SuJu Hee chul jawab Siwon. Pernah satu kali Heechul pi tepuk bontot Siwon. Tau tak mamat nih jawab apa? Dia suruh Heechul buat lagi sekali. Dia nih antara ahli yang selalu kena bahan. Pertama tangan dia kalo bercakap. Dia punya tangan memang takkan duk diam, mesti nak kena bergerak seiring ngan percakapan dia. Haha, aku pun perasan aku selalu buat benda yang sama. Sapa entah pernah bahan aku sebab tangan aku yang sentiasa mahu bergerak kalo bercakap. Eunhyuk pernah kata dia nih pekak. Pastu macam2 lagi la member dok kutuk dia. Tapi dia nih merupakan faktor pendorong kepada ahli untuk membina badan agar berketui2 sama cam Siwon.


The King of Tears, Donghae. Dia ada kisah yang sangat tragis ngan ayah dia. Tiap kali dia cerita tentang ayah dia, sure dia akan nangis, sebab ayah dia dah tak da. Dulu aku selalu tak perasan dia, tapi sekarang, sikit demi sikit aku da mula nampak dia. Maybe sebab tarian dia kowt. Dia selalu update twitter dia dan agak selalu tunjuk gambar dia bersama ngan Eunhyuk. Saja macam nak perangat gossip Eunhae kowt. Dia nih sangat la kuat nangis. Sikit2 nangis. Eunhyuk pernah bahan dia pasal kejadian dia tiba2 nangis dalam toilet. Time tuh Eunhyuk tak cakap sepatah haram pun.


Dalam suma member, aku paling tak reti nak pronun nama dia. Macam mana entah nak pronun Ryeowook. Aku sangat suka ngan nyanyian dia dalam lagu Coagulation. Memang mantap arr. Untuk SS2, dia pilih untuk nyanyi lagu Insomnia. Kalo tak silap lagu tuh nyanyian Craig David kowt. Kalo salah tolong betulkan ekh. Dia nyanyi untuk solo perf. Alkishnya member dok suggest dia, kadang2, pi la nyanyi lagu yang rancak lak sambil nari2. Asyik buat ballad jah. Saja nak menterai benda baru kan. Dia buat okey la, cuma diction tu macam out sikit. Biasakla, Korean mana belajar English macam kat Malaysia.


Maybe ramai yang dah mula benci ngan Kibum. Apa taknya, waktu Sorry Sorry punya promotion, dia tak da. Then SS2 pun dia tak involve. Bila mahu kuar Bonamana, ada rumours kata dia akan join balik, tapi takda pun. Then untuk the 5th Album ada balik rumours dia akan join balik, tapi kononnya dia dah balik US. ELF pun da siap merayu2 kat dia untuk kembali bersama SuJu. Tapi pada aku, Kibum ada potensi untuk jadi pelakon. Dan dia memang minat bidang lakonan. Dia takleh nyanyi sangat dan nari pun light2 jah. Berada dalam SuJu memang tak kan kembangkan bakat dia kalo sekadar mahu memuaskan hati ELF. Biarlah dia terus ngan field yang dia minat. Lagipun semenjak tak aktif ngan SuJu nih, aku tengok penampilan dia lebih free. Rambut kusut dan jambang serta misai dia tuh memang menampakkan dia lagi matang. Takdak dah image Flower Boy macam ahli yang lain. Dia memang membawa transformasi daripada Flower Boy kepada manly image. Aku sangat suka image serabai dia.


The Evil Magnae. Bak kata Eunhyuk "Magnae kami adalah yang paling rude sekali banding ngan magnae grup laen". Dia sebenarnya suka bermanja ngan abang2 dia. Dan cara gurauan dia memang agak kasar sebenarnya. Aku kalo ada adik macam dia nih, memang sah2 kena sekeh ngan aku ari2. Dia nih tua dua bulan dari aku. Tapi kira baya2 aku la tuh. Semenjak kes dia eksiden arituh, dia semakin ramai peminat. Lebih2 lagi bila ahli dah start nak buat twitter. Setiap kali ada post baru, mesti muka dia kuar sekali, especially dalam twitter Donghae. Dari situ dorang tau yang dia nih tintong gak sebenarnya. Dalam intimate note, surat yang dia tulis tuh memang kelakar. Dia nak miliki suma abang2 dia. Tak mau kongsi ngan orang laen. Bila baca surat dia kepada Hankyung since Hankyung kuar pun agak touching gak sebenarnya. Dia memang sayang kat suma abang2 dia. Untuk Bonamana, nampak macam dia dah makin banyak menari kat depan. Amboiy, Eunhae da yakin ka tengok tarian dia?


Aku cuba untuk meminati band lain dari Korea, tapi masih melekat jugak ngan SuJu. Aku tau pasaipa, tapi kena buat post laen la kalo nak tau. Ni pun da kira panjang dah nih. Aku try dah DBSK, SNSD, tapi suma tak melekat kukuh macam SuJu. Tapi DBSK, aku suka ngan nyanyian Magnae dorang. Apa entah nama, Changmin kowt. SNSD lak, aku minat kat Jessica sebab nampak cool. Boleh, KO ADA?

YZYZ

What's this?

You are currently reading SuJu: Self Made Trivia at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...