Please Click Me

Tragic Stories of Mine

Wednesday, January 5, 2011 § 2


Well, macam mana nak mula ya. Actually aku saja lah mahu mempublish cerita ini. Biarlah apa orang nak kata. Mungkin akan dikecam, tapi inilah apa yang berlaku sebenarnya. Aku abes belajar dan tak lama lepas tuh, aku dapat kerja kat USM sebagai PKS. Maka bekerja lah aku selama lebih kurang enam bulan gtuh.

Abes kontrak, aku telah dipanggil oleh company yang train aku masa L.I dulu iaitu Revertex untuk interview. Aku pun mempergi lah interview tersebut. Pada masa yang sama jugak, aku telah ditawarkan untuk satu program career anjuran kementerian kalau tak silap. Aku pi sehari jah, then aku drop out sebab aku tak leh nak carry benda tuh. Dengan management yang agak tunggang langgang. Diva la sangat kan.

Then aku balik la ke Sarawak. Berminggu pas aku duk umah, aku dapat panggilan daripada Revertex, mengatakan dorang akan hired aku. Mahu tahu kisah selanjutnya, sila lah baca You Are Hired, IF...

Maka pada hari sebelum New Year aku telah mentravelkan diri ke Penang untuk celebrate sebelum off ke Kluang untuk lapor diri. Setelah tiba di Kluang, semasa dok kat hotel, kepala aku asyik fikir dan imagine aku akan kembali ke Penang the next day. Dunno kenapa rasa itu sangat kuat. Then bila tiba hari untuk melapor diri iaitu pada 3 Januari 2011, aku disuruh untuk pergi membuat medical check up.

Doctor kata aku very healthy. Semuanya meet the requirements. Tiba2 nurse di kaunter mengeluarkan sebuah kitab yang agak tebal. Disuruhnya aku membaca apa yang tertera di kitab tersebut. Aku gagal dan dari situlah puncanya aku kehilangan job kedua kerana satu kecacatan pada diri aku. YES. I'M COLOR BLIND.



Aku telah pun menduga perkara tu akan berlaku. Instinct aku tersangat kuat. Bila balik semula ke pejabat HR, executive tu pun sembang2 dan minta maaf kat aku. Then dengan tenangnya aku mengatakan "It's okay, I'm get used to it already. It's worth a shot to come here".

Malam tu jugak aku kembali ke Penang menaiki bas. Begitulah cerita diriku yang buta warna ini dan gigih jugak nak amek Degree in chemistry. I was warned about this 3 years back, tapi I just go on with it.

Sesampai sahaja di Penang, aku buka emel dan aku telah mendapati diriku telah shortlisted untuk sebuah company. Post tersebut adalah Chemist - Oil, Gas and Chemicals. Asal nama chemist, mesti aku akan gagal sekali lagi. Biarlah, aku pun saja apply untuk job tersebut. Seperti kata aku kat HR Revertex, "It's worth a shot"...

Sometime bukan sebab seseorang fresh graduates itu tidak competitive atau tidak bagus di pasaran kerja sehingga mereka terpaksa jobless, ada sahaja sebab disebalik semua itu. Dan dalam kes aku, sebab aku adalah CACAT. Maybe bukan rezeki aku di bidang kimia. Maka sekarang aku nak reconstruct my life.

Harap anda yang membaca post ini akan sentiasa mendoakan yang terbaek buat aku. Menjawab kepada persoalan dalam You Are Hired, IF... maka jawapannya adalah PILIHAN Pertama. Sedih kan.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Tragic Stories of Mine at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Tragic Stories of Mine”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...