Please Click Me

CUR II...

Monday, February 7, 2011 § 0

Yeah, aku telah menCURkan diri lagi sekali. Walaupun pejalanan CUR itu tak la berapa nak teratur. Main lompat lompat jah, tau2 dah ada kat mana entah. Memang macam haram laa... Alkisah bermula selepas aku dan housemate ku telah bangun dengan sangat2 lewat. Aku pun hegeh hegeh pergi mandi. Then Abang Azhar ajak pergi makan ngan family dia. Aku pun mensetujui. Sebelom bangun tido tuh, aku dok dengar orang ketuk2 pintu rumah. Tapi memandangkan sangat2 mengantuk, aku biar ja lah.

Maka kami pun dengan gagah beraninya telah pergi ke kereta. Alangkah terperanjatnya kami tatkala tayar Pink Panther telah diclamp. Kojaq punya Burkha... Hih, tapi memang kami pun yang salah. Dah ada parking sendiri pi sibuk parking kat tempat orang, memang la kena clamp. Maka kami pun malas mahu unclamp, terus naek kereta ayah Abang Azhar.

Destinasinya adalah Restoran Pen Mutiara. Meleps order kari kepala ikan. Kol 5pm gtu kowt makan, sekali ngan kangkung goreng belacan. Ada signifikannya kenapa sebut kangkung goreng belacan tersebut. Gtuh. Pas abes makan2 ikut la jalan2 gi Queensbay jap then pas maghrib family Abang Azhar anta balik umah.

Setibanya di rumah, kami pun berusaha untuk unclamp secara free. Sekali rupanya kena bayar jugak RM50, sebab ada resident pi mengadu kat chairman. Kojaq. Pakgad tu gtau la pagi tuh dorang datang umah ketuk pintu. Laaa rupanya dorang ni yang datang mengetuk. Kalau aku tau, aku gagahkan diri bangun pi bukak pintu. Hampeh. Tak pasal2 melayang duit Abang Azhar RM50 nak unclamp.

Tensen unclamp (walaupun yang paling affected adalah Abang Azhar), kami pun pergi tengok wayang kat TGV bersama Mamal dan rakan2 beliau yang lain. Tengok cerita The Green Konek (yeerrhh). Serius memang lawak gila cerita tuh. Tapi lawak lagi Mr. and Mrs. Incredible yang ktorang tengok malam sebelum tuh. Balik dari tengok wayang gi makan kat kapitan. Time nih aku dah start loya dan pening2. Aku tak tau pasai pa. Then balik aku cuba rest. Pas bertukar kereta dari keta Mamal gi keta Abang Azhar ktorang ronda2 mencari aktiviti. Sebelum kuar, aku sempat muntah2 bagai kat toilet kafe Aman. Banyak okeyh aku muntah. Tapi paling tak boleh blah bila aku muntah balik kangkung belacan yang aku makan kol 5 tadi. Masih cantik lagi okeyh kangkung tuh, macam tak kena cerna jah. Then pas muntah2 propose nak gi karok, then nak try urut orang buta, tengok bola n sampai la kol 1.45am ktorang membuat keputusan untuk balik berak jap, later sambung balik mencari aktiviti.
The Green Konek dan My Green Vormit. Muntah aku serius kaler ijau doe 
Elok je da nak sampai tempat lif, pondan Ey call cakap Fudz nak beranak bagai. Hah, ktorang naik berak jap, terus 2.30 amek dorang dua pergi klinik. Fudz kena allergic ubat apa ntah. Then sebabkan macam klinik Aman yang verver bagos tu sangat choiy, maka ktorang telah membuat keputusan untuk pergi GH. Sampai GH dalam kol 3 gtuh dan semua urusan selesai dalam kol 4.45 am. Meletop la GH. Awal2 pagi puuunnn lambat. Tapi masa yang ada diguna sebaik mungkin untuk KakNam ngan Abang Ey dan Abang Azhar. Hapa dia laa dua orang nih sibuk gaduh tentang masa silam dorang kat Fajar Harapan tuh. Memandangkan waktu tuh aku tak wujud lagi di USM, aku dengar ja lah KakNam dorang.

Pas anta Fudz dan Abang Ey balik USM, ktorang menggila pulak CUR kat Sungai Nibong. Memang over. Lepak sampai kol 5.30 last2 tompangkan Tengku Mazhad balik USM. Walaupun tak plan pun nak amek sapa2. Balik2 umah dah kol 6. Aku tdo tanpa salin baju dan bau2 muntah. Kol 7 terus bangun bersiap nak pergi ofis. Over sangat. Dan sekarang aku sangat la mengantuk. Dan aku percaya dua orang abang aku yang sengal itu masih beradu di rumah dan Aman. Aku plak lepas terkontang kanting sediakan dokumen untuk bos aku pergi meeting, taippost nih dan terting tong sambil dengar lagu Super Junior. Over over over...

Sekian sahaja cerita aku CUR CUR tersebut. Memang over kan, benda macam nih pun nak apdet. Aku tengah tingtong nih, biarlah. Haha. Padan muka tak tdo semalaman. Haha. Siang2 merapu dalam blog. Haha.

YZYZ

What's this?

You are currently reading CUR II... at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...