Please Click Me

PRK yang Super Duper Klise (Hari Penamaan Calon)

Thursday, February 17, 2011 § 3

Yaiy, Campus Election comes again. Hari ni, atau pagi ni merupakan hari penamaan calon. Hmmm, ni merupakan election keempat yang aku tengok. Bermula ngan zaman Abang Che Mat/Abang Azhar, zaman Shafiq/Solihin membawa kepada zaman Wafi/Bazilah. Untuk sessi kali nih, aku tak tau sapa yang akan naik. Bayangan telah mula nampak, tapi masih samar2.

Sebelum bermula, better rasanya kalau aku warning siap2 para pembaca. Aku bukanlah orang yang terlalu berpengalaman dalam PRK. Aku hanyalah pengundi tegar yang percaya terhadap orang yang aku undi. Aku bercakap pun bukan sebab nak berlagak, sebab ramai lagi orang yang lebih bijak pandai hebat di luar sana. Pengalaman yang terlalu sedikit bersama USM masih belum cukup untuk dijadikan kayu ukur untuk aku menilai. Aku kalau nak dibandingkan ngan senior2 macam Abang Che Mat, Abang Azhar, TokWan dan beberapa orang lagi, aku sebenarnya terlalu kecik. Kalau dibandingkan ngan rakan2 sebatch, lagi la. Shafiq, Solihin, Elfa, Cik Wan dan lain2 lagi hard core dari aku. Aku nih just picisan di tepi-tepi sahaja. Adik2 junior lagi la. Dorang da sampai dah Hong Kong la, Thailand la, aku still lagi kat Malaysia. So dengan perasaan serba rendah dan hinanya aku menulis post kali ini.

Bermulanya PRK nih jugak la terlalu banyak orang mahu menunjuk pandai dan menagguk di air keroh (wah gtuh bahasa). Aku jadi meluat melihat dan membaca (sebab mostly taggukan air keroh - bukan Restoran Jejantas Ayer Keroh tau - berlaku dalam Facebook) post2 sampah sarap macam tuh. Baik di pihak ProA, ProM ataupun bebas. Semua mahu menunjuk pandai. Tolong la. Aku masih ingat pesan seorang sahabat kepada aku suatu ketika dulu. Kalau ko tak suka makan sayur, tolong jangan burukkan sayur. Kalau ko tak suka makan nasik, tolong jangan tabur pasir dan tanah dalam periuk nasik orang lain. Boleh gtuh.

Baeklah, bermula kita ungkit mengungkit kisah silam Hehe. Dulu, zaman Abang Che Mat bertanding, time penamaan calon, aku tah ke mana. Ada kelas kowt. Aku pun tak sure, tapi sure time tu adalah bulan puasa. Aku paling ingat adalah Kak Nur-Ul Akmal Abdul Salim. Calon Konstituensi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Time tu aku tak follow sangat PRK. Aku follow sikit2 jah tu pun direct di bawah salah seorang pencadang. Beliau merupakan mantan YDP MPP sebelum Abang Che Mat. Lupa la time tu dia jadi pencadang siapa. Tapi Abang Deco ajak ktorang tolong kempenkan calon yang dia cadangkan. Alah, sapa je time tuh, suma abang-abang dan kakak kakak senior yang anggap ktorang nih macam adik diorang. Dulu lain, junior sangat menghormati senior. Ktorang betul-betul sayang senior especially yang banyak tolong ktorang sepanjang ktorang jadik pesyer. Itulah sebab kenapa kami undi dorang.

Then setahun lepas tuh, Shafiq and the gang nak naik jadik MPP. Waktu nih semua orang ingat aku bertanding. Sangat lawak la. Aku deny gila babey dah. Siap kata kat Skul Kimia aku nak lawan Elfa. Aku ngan Elfa gelak2 ja lah. Aku kan tak hensem dan tak putih, mana layak bertanding. Elfa lagi hensem dan lagi putih dari aku. Hehe. Waktu penamaan calon, aku ada kelas tutor psikologi. Satu kelas ngan aku adalah Izyan Kamilah binti Ahmad, calon konstituensi umum. Aku gi pusat penamaan calon ngan dia. Eh tak, aku gi sendiri, Izyan ada orang amek naek keta. Aku escort sampai kerete jah. Ko ada? Haha... Time tuh aku pakai seluar jeans, Tshirt kaler brown dan selipar jepun galas beg warna koko aku sambil pegang kamera. Kerja aku adalah amek gambar sepanjang proses penamaan calon. Paling tak boleh blah, Shafinaz iaitu coursemate aku yang dikhabarkan akan bertanding melawan Elfa sangat2 terkejut tengok aku pagi tuh. Dia tanya "Asal pakai macam nih? Boleh ke masuk pusat penamaan calon pakai Tshirt?" Ayat dia tak la sebijik macam tuh, tapi maksud ada kat situ. Mana aku nak ingat exactly pertuturan 2 tahun lepas. Waktu nih sewaktu nak tutup pusat penamaan calon memang sangat happening. Pasainya tak berlaku banyak pertandingan. Ktorang kat luar tu siap buat countdown lagi. En. Nazru kuar dari pusat penamaan calon kata ada beberapa minit lagi. Bila da tinggal seminit nak tutup, ktorang buat countdown. Memang bising gak arr pusat time tuh. Nasib tak kena halau oleh JK. PMI dok amek video ktorang dan setiap kali lense dorang hala kat ktorang, ktorang akan posing. Over sangat.

Penamaan calon zaman Wafi/Bazilah lak, aku sangat sedih. Sebab aku ada kat Sarawak. Attend wedding abang aku. Memang gelisah gila la time tu. Dah la lepas penamaan calon merupakan waktu kritikal. Kol 12 tengah hari, dapat mesej dari member kata, tahun tu pun tak banyak pertandingan. Time tu aku ada kat Miri, nak kuar makan ngan family aku. Aku punya gembira sampai menjerit. Family aku heran pasai pa la aku gembira semacam kan. Terus call member kat kampus, sembang tanya keadaan penamaan calon. Rasa rugi sangat.

Penamaan calon kali ni, aku dok kat ofis sahaja. Sebab tahun ni pestaim buat kat bangunan BHEPP baru. Aku malas nak pergi sana. Kalau sebelum-sebelum nih buat kat KONKOS sahaja. Aku tak tau la macam mana proses penamaan calon kat sana. Havoc ka atau light2 sahaja. Ada tak macam dulu2. Aku ingat lagi Shah Rizal siap bawak geng2 SUKSIS dia. Meletop. Ala2 bodyguard. Pastu Romiko datang guna blazer yang tak kena ngan seluar. Rasa lawak gila jah. Haha. Paling tak boleh blah, Shafiq keluar balik dari pusat penamaan calon sebab tak cukup duit nak bayar cagaran. Pergi withdraw duit kat BSN tuh tak boleh blah. Eh, Shafiq ka sapa ekh, dalam memori aku, Shafiq yang buat benda haram jadah tuh. Solihin time tuh kekwat gila ngan aku. Buat2 tak nampak aku kowt. Menyampah aku. Haha.
Kat tangga itulah aku dengan rendah dirinya telah duduk. Orang lain pakai cantik2 aku pakai Tshirt jah. Memang kemaih la. Hahah...

Calon-calon kemaih tahun lepas. Tahun ni sapa plak calon kemaih seterusnya?.. Haha


So kepada junior2/adik2 yang baru nampak PRK, jangan la nak over the excite sangat. Buat biasa sudah. Kepada yang totok tu plak, jangan terlalu obses dan fanatik sangat. Kadang yang bertanding tak ade apa sangat, yang di sekeliling nih yang suka tabur ajinomoto la, kiub ayam la, sos tiram la, lada sulah la, nak bagi lagi sedap, walaupun calon dan jentera hanya menghidangkan nasi goreng cina.

* Menurut kawan aku masa kat matriks yang juga merupakan seorang kacukan cina kadazan, nasi goreng cina merupakan makanan simple yang hanya mengandungi nasi goreng dan sayur2 yang simple macam kobis, sawi. Ini dia yang kata tau, bukan aku. Haha.

YZYZ

What's this?

You are currently reading PRK yang Super Duper Klise (Hari Penamaan Calon) at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “PRK yang Super Duper Klise (Hari Penamaan Calon)”

  • Cik Fadz says:

    uish..mantap hg tulis sume ni..aku da lme kering idea klo bab2 blog nih..tu yg pakai bce blog hg...elfa..abg jaya n etc..
    Nway, PRK td br aku ok jer..cm aku je la yg terkejut cket..tup2 calon umum pro-M dr skul aku...huhuu..aktif pulak junior2 2nd year aku nih..dlu, kemain susah aku nk cri calon untuk gnti tmpt aku..hahaa..
    Papepn...slmt berkempen la utk mereka2 sume tuh..jgn duk lawan2 cm UM, UIA dah le..kita U Apex k...mne ad class lwn2 cmtuh..huhu
    Nway, gmbr aku xdok ke?? hmpeh jer..

  • Syahmi says:

    aku sangat takut kalau PRK kita jadik cam kat UM suma tuh.. siap pecahkan pintu..
    nasib keadaan kat sini terkawal lagi..
    student USM masih intelek...

  • Cik Fadz says:

    huhuu..RU mlm td sgt mntap..best2 la jugak ble bab2 calon umum duk berdebat mempertahankan manefesto masing2..tp tu r, kecewa gak sbb berlaku gak perbuatan xbermoral spt bakar banner...kecewa sbb ada gak student yg mgikut cara negatif bdk2 UM berkempen..aku bkn ap, aku sgt syg USM nih..bg aku, USM is different from the other U dan aku xsuka kita berpolitik cara Uni2 len..we hav our own way k..so, plez la stop cmparing USM wif other Universities...

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...