Please Click Me

Sessi Penghargaan Cuti

Tuesday, February 15, 2011 § 6

Yeap, arinih cuti. Maka bangun tido lewat2. Memang best kowt. Malas nak pikir segala benda. Actually dua tiga minggu nih, memang banyak benda kena pikir, tapi lantak la. Malas aku. Sekali sekala nak menjadi selfish la plak. Tak mau berfikir.

Yeap, cuti nih aku tak tau nak buat apa pun actually. Tak ada benda mahu dibuat. Pusing sana, pusing sini macam tu jugak. Kemas2 bilik tidur. Organize balik segala benda. Makan pun tak ada selera. Berat naik lagi. Celaka.

Owh, katanya pilihan raya kampus dah dekat. Lantak la korang. Sapa menang, sapa kalah, aku tak pedulik. Lantak la korang berperang dalam Facebook dan Blog. Biasalah tu, da abes karang, suma pakat senyap. Mula lah fake account nak naik bagai. Zaman dah berlalu. Zaman aku dulu pun, apa jah yang aku contribute. Maka aku selaku orang yang xda pengalaman dan juga berada di luar sistem, silalah menyenyapkan diri sahaja. Aku tak layak pun nak bising-bising.

Owh, lagi seperkara, apa berlaku ngan kawan2 aku pun aku tak tau. Serious macam lost kontek ngan suma orang. Macam aku sekarang nih duduk over the sea walaupun sama dalam USM. Kalau korang datang, aku layan, tak datang aku tak layan. Aku perlukan korang, aku carik, tak perlukan maka tak carik. Boleh gtu. Meletop kan. Haha. Matilah aku lepas keluar statement macam nih. Terus suma orang tak mao layan aku. Haha. Takut Haih. Haha.

Apa lagi ya? Hmm, haa bab duit nih, aku sengkek sikit. Tak ada banyak sangat duit buat masa dan ketika ini. Maka kalau ada sapa2 yang nak belanja aku makan, amat dialu-alukan. Jangan harap nak dengar aku belanja korang ekh. Haha. Duit yang ada ni pun cukup-cukup makan sampai bulan depan. Nanti da masuk duit, nak bayar deposit rumah, nak beli coffee table, haa.

Owh, tentang permasalahan kaler blind aku tuh, memang rasa macam nak memaki jah semua doktor kat Penang nih. Nanti kalau dah terbuka ati nak cerita, aku cerita. Nanti blog aku nih jadik tempat untuk orang hentam aku plak kan. Lantak la, blog aku. Bukan blog ngkau.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Sessi Penghargaan Cuti at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 6 Response to “Sessi Penghargaan Cuti”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...