Please Click Me

Terkejut Tergempaq Februari

Monday, February 28, 2011 § 4

Owh owh owh, Januari lepas lupa la nak tulis closure of the month. Xpa la, da lepas da pun. Usah dikenang benda yang telah lepas.. Wooh begitu. Post kali ini puuun ditulis pada petang 27 Februari 2011, tapi akan dipublishkan dalam kol pm, 28 Februari 2011. Boleh? Boleh jaaahhh. Blog aku, bukan blog engkau. Baeklah, intention post ni adalah untuk recap balik everything that had happen on February. Wooh, boleh begituh.

Selepas bulan yang tak berapa enak *dalam kurungan Januari maka Februari puuun telah meniba. Sebelum recap mari kita imbau balik apa yang aku harapkan berlaku dalam Februari.
1. Kemasinan mulut berkurang
2. Duit masih dalam problem, tapi berjaya laaa kontrol sikit sikit
3. Dapat kerja tapi tak sure kerja apa
4. Life getting much better
5. Busy yang amat kowt

Owh, maka mari kita menlihat what had happen. Jeng jeng jeng.


Pindah Masuk Jade View
Yeap, awal Februari atau Hujung Januari aku telah pun menmasukkan diri aku ke rumah baru iaitu Jade View. Meleps gak la umah tersebut best. Ada swimming pool. Boleh? Ko ada? Maka bila da duduk lam umah nih, rutin kehidupan rumah pun berlaku. Dolu-dolu aku selalu dok sorang kat umah, maka aku kena la pandai2 survive. Antara rutin lama yang aku buat balik adalah seperti memasak, kemas rumah, sapu lantai, buang sampah, beli barangan dapur, lipat baju, tengok TV dan bla bla bla. Ala2 amah kan aku... Hehehe... Tapi aku sangat suka sebab da macam aku waktu form 4, form 5 lepas mak aku dah xda. Rindu sangat. Nanti kalau ktorang dah bawak masuk Astro pun mesti lagi best, mesti lagi rasa cam umah lama. Paling best adalah aku dapat berjimat cermat. Sehari belanja kurang dari RM10. Haaa, tak da amalan budaya membazir macam biasa.
Pemandangan dari balkoni rumah kami. Meletop tak?
Kembali Ke Gagang
Aku pinjam frasa ni dari Lele. Suma bermula dari ke'majlis ramah-tamah'an beliau. Pergi ofis nak melepak pastu report kat boss kata aku tak buat apa kat bilik. Alih alih suruh jumpak boss terus suruh buat surat masuk balik PUMA. Dalam keadaan macam ala2 ting tong, aku pun pergi ofis pada 1 Februari dan tanpa segan silu terus dapat kerja. Aku pun macam si lurus bendul memulakan kerja tanpa rasa bersalah macam aku tak pernah melarikan diri dari PUMA. Baeklah, biarlah apa orang kata, tapi asal duit gaji masuk, sudeeeh. Aku dah berasa kecewa dengan company luar yang telah discriminate aku dengan teruknya. Bukan jah sebab deficiency aku, tapi sampai ijazah aku pun dijadikan isu. Maka aku telah men'slow down'kan diri untuk mencari kerja. Walau beberapa kali diajak oleh Lele untuk buat insurans pun aku berasa berat hati. Bukan sebab money atau kerjanya yang buat aku rasa macam "eeerrgghh" tapi pengalaman lampau. Biarlah buat seketika aku hidup macam loser untuk aku kompol kekuatan untuk kembali ke jalan hidup yang telah aku rintis. Lagipun aku suka apa kerja2 kat PUMA. Asal kita ikhlas buat kerja, insyaAllah rezeki tu takkan putus dan sentiasa diberkati. Almari yang kita beli pun takkan patah selepas 3 minggu guna. Hadoiyyy.
Owh, aku bukan kerja ngan company PUMA okeyh, owh tidak tidak...

Juga bukan bekerja bersama haiwan yang bernama Puma.. tidak tidak tidak sama sekali.... PUMA tuh Pusat Mahasiswa...
Pemilihan MPP a.k.a Pilihan Raya Kampus
Wooh, 1st Year jadi pemotong dan pengedar flyers. 2nd Year jadik pengkempen dan pengumpul data kepopularan calon jugak penggantung banner. 3rd Year lak jadik pengescort calon pergi kempen (tapi sikit sikit ja lah) dan menlihat jentera menggantung banner. Sekarang teros engkau jadik SPR. Secara jujur dan ikhlasnya selepas di appoint menjadik SPR terus aku tak terlibat ngan student biarpun di pihak Aspirasi ka Pro-M. Terus coci tangan dari student. Takdak langsung bekas bekas Aspirasi atau Pro-M di celah-celah tangan aku. Cuci guna Dettol la katakan. Siap guna hand sanitizer tuh. Maka aku pun teros terlibat dalam segala proses. Dari proses pengeluaran borang (tak berapa sangat), pengecopan banner dan flyers, penyiapan poster, kertas undi, pengagihan nombor siri kertas undi pusat pengajian, persiapan teknikal, memantau proses pemilihan, mengagih makanan untuk petugas2 pilihanraya, memantau pengiraan undi, teknikaliti pilihanraya, bergurau senda ngan semua staf BHEPP dan sebagainya yang tak tersebut. Aku jadi kecewa dengan beberapa orang pelajar dan juga calon. Bila ada calon salah tulis nama, isi borang guna pen biru, mengutuk petugas2 pilihanraya. Aku sangat2 kecewa bila staf2 BHEPP yang bekerja sampai kol 2, 3 pagi tapi student dengan goyang2 ponggongnya mengatakan BHEPP tak telus buat kerja. Buat kerja tak sistematik, petugas pilih kasih dan sebagainya. What the guinea-pig. Sedih okeyh, sebab kalah dalam undian nak salahkan BHEPP. Tak ka perbuatan korang tuh telah menganiaya staff BHEPP? Ada yang dah berkeluarga tapi balik rumah kol 12 tengah malam, kol 1,2 pagi sebab nak menyiapkan segala teknikaliti Pemilihan tapi sebab ko kalah nak tuduh staff2 ni punca kekalahan ko. Astaghfirullah. Dorang nih tak mintak pun ko ucap terima kasih tapi cukup la sekadar ko tak buat fitnah. Insaf2 laaa, tu la sebab kenapa ko tak pernah menang. Aku malas da nak cakap lebih2. Tu belum aku bukak bab student yang suka kutuk BHEPP tapi sewenang2nya nak guna kemudahan BHEPP. Kata Student Power, tapi bila nak fotostat, nak fax, nak telefon berkumpul ramai2 kat PUMA. Kalau dah power tuh, buat la Pusat sendiri. Beli mesin fotostat sendiri. Baru ko tau macam mana nak buat maintainence everything. Bercakap pandai sampai nak masuk senate, suruh buat tak nak. So tak payah laaa nak besar kepala nak langkau BHEPP dan jabatan lain. Sedar-sedar la diri sikit...
Ewah, teremo plak. Sabaq Syahmi, sabaaaaqqqq....
Owh, nametag urus setia. Ko ada?
MengGurukan Diri
Jom carik pendapatan tambahan dengan menjadi guru tuisyen. Haaa, yess aku saja saja jah nak menjadik guru tuisyen nih. Pendapatan dia tak la selumayan mana, boleh la setakat nak beli coffee table sebijik setiap bulan. Dan untuk informasi uolss aku mengajo kelas BM form 3 okeh. Gtuh kelas BM. Jangan main main. Berabok aku speaking Melayu lam kelas tuh. Punya la translator aku bekerja keras untuk mentanslatekan beberapa term dalam English jadik BM. Haa, ko ada? Tapi kan, semenjak akhir akhir nih, aku da tak berapa nak ikhlas jadik cikgu. Sebabnya, fokus aku bukan nak bagi budak2 ni paham kelas aku, tapi nak gaji semata-mata. Hadoiy, niat nak kena perbetul balik nih. Bila dah jadi macam tuh, terus perasaan seronok tu dah tak ada. Apa2 yang kita buat kena lah ikhlas, baru rasa seronok. Berbezanya dalam kelas BM aku nih, pelajar lelaki yang lebih eager untuk belajar compare pelajar perempuan. Adakah ini petanda baek or what. Pelajar laki lagi bagi tumpuan dan lagi respek aku. Tapi kalau bab nak bagi cepat kelas, budak pompuan laaa. Asal aku nak wrap up dan bagi conclusion, budak perempuan lagi seronok dan tetiba eager lebih dalam kelas. Tak boleh blah la dorang tuh. Anyway, aku harap sangat2 BM dorang akan lebih improve afta dis. Nanti kalau tak ada beza, atau lagi teruk, cam sia2 la aku ajar dorang kan. Huhuhu..
Aku malas nak mencarik gambar, maka aku letak ja lah gambar nih, boleh? Korang kaitkan la sendirik antara aku buat part time ngan fossil ini.. uhhh...
GABEM Vs Kruk krek kruk krok Karoge
uuuhh, baru ja sabtu 26hb lepas terlibat dalam satu projek yang agak besar-besaran la jugak. Namanya Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera anjuran GABEM. GABEM tuh short form untuk Gabungan Badan Ekonomi Melayu kowt kalau tak silap. Punya laaa last minit aku diappoint. meeting pun aku tak pergi, tapi atas perasaan yang penoh tanggongjawab (gtuh) aku pun mempergikan diri membantu mana yang dapat dibantu. Tugas aku adalah usher bahagian pendaftaran sahaja, so macam relex la sikit. Lepas siap part aku, apa lagi, memondan2 laaa kat DUP tuh denagn staf2 BHEPP kat atas. Siap goda dorang belanja aku beli kerepek laaa, massage free laaa, haaa, KO ADA? Tapi yang penting makan free la uolsss. Okey la kan. Sedap puuun sedap. Tak payah kuar duit dah aku. Bestnya arituh, ada 4 program berjalan serentak. Mulanya ktorang, then ada Karnival Wanita anjuran RESTU, ada Roadshow POHON@USM, dan budak2 Masscom buka kaunter untuk promote FYP dorang. Aku dan Sterno En. Mansur iaitu Lin Krek telah pergi mencoba jeruk kat tapak tuh. Homaigod, podepestaim aku batuk sampai kuar hingus makan jeruk. Sebabnya cuka dia sangat la kuat. Ataupun sebab dorang tau aku nak jadik free tester ja kowt, so dorang da pasang pendinding siap2 untuk free tester cam aku. Kuwaaannnggg haaajjaaqqqq... Tapi okeyh laa. Program tuh aku tak involve sangat. Just tulung tulung jah sapa yang minta tulung aku. Tapi nak dijadikan cerita ada orang nak tunjuk pandai kat aku. Kuwaaanngg hajaq. Hengat dia tuh BAGOS sangat la. Nasib sebab aku respek lagi kat ko, kalo tak sah sah aku dah menganjing kat ko. Hadoiy.. awat la maknusia maknusia macam tuh boleh terlepas kat BHEPP. Menyosahkan sahaja uollsss.. Sah sah ketika breakfast pagi Isnin aku, aku akan bergossip tentang beliau ituh... Hadoiiyyy...
Yaiy, lagi koleksi nametag... Ko ada?
Kuwang hajaq, waktu program GABEM tuh ada gamaq hisdustan best la plak... Gamaq ni lah. Hadoiy, rugi tak leh nak tengok.
Uhooiiiyyy, rasanya macam dah tu ja yang berlaku sepanjang Februari nih. Nanti kalo rasa nak update, tunggu closure Mac plak keyh.. Hahaha.. Pada yang besday bulan ini, selamat berbesday. Sapa yang berkapel ka, sambut anniversary ka, bertunang ka, kawen ka, selamat2 laaa korang ya. Semugah berkekalan sampai ke tua. Sapa yang bercerai, break tuh, jangan sedih2 weah. Semugah jugak anda akan berjumpak orang yang lebih baek... Yeerrhhh.. Okeyh, jumpak bulan Mac nanti... Bubbye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Terkejut Tergempaq Februari at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 4 Response to “Terkejut Tergempaq Februari”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...