Please Click Me

What It Takes To Be A Good Blogger?

Friday, February 25, 2011 § 3

Actually, da beberapa tahun jugak la aku blogging. Bermula sebagai suka suka menulis kejadian yang berlaku dalam hidup, sehinggalah membawa kepada opinion, perasaan maki marah carut aku terus ke zaman Super Junior dan review yang pelbagai. Namun aku tak pernah lagi coba untuk menulis sesuatu yang kontroversi. Blog aku masih disifatkan sebagai blog yang bersih, sebersih dan sesuci warna layout nya. Haha.

Yeah, blog aku suci lagi okeyh. Tapi sebelum ke main topic post kali nih, aku nak menganjing kejap. Aku paling benci dan menyampah ngan blog2 perasan baguih. Rasa bagus yang terlalu mebuak2 menyebabkan aku membenci bloggers tersebut. Tau tak apa yang dorang post sampai aku benci geyla geyla? Bila dorang menulis macam mana nak menghasilkan blog blog yang bagus. HANNNNNJJJJIIIINNNGGGG sangat. FUCK la. Kalau yang menulis tu mempunyai followers ribu ribu tak pa jugak. Atau pun walaupun tak da followers ribu ribu tapi penulisan dorang memang best dan bukan kopipes, diulangi bukan kopipes takpa jugak. Ni tulisan macam HARAM tapi nak bagi tips 'How To Be A Good Blogger'. Huraian isi tak cantik, terabur, fact xda pastu bila bagi opinion, laha sangat, tiba2 nak buat 'Tips menulis blog dengan baek'... Yaiy, tolong laaa...

Pada aku, bloggers yang disenangi ramai adalah bloggers yang jujur dalam penulisan dia. Dan macam mana nak jadik jujur adalah, apa yang dia tulis sama macam apa yang ditonjolkan dalam hidup sebenar. Pada aku, inilah perasaan jujur yang paling basic yang perlu ada. Ini tak, dalam hidup sebenar introvert tapi tulis dalam blog berapi-rapi macam dia la maknusia paling paymes di donia. Hadoiy, tolong laaa... Dalam real life tak berani bagi opinion atau takut kuar statement, tapi dalam blog menganjing mengalahkan wartawan Melodi yang rambut kunun2 faux hawk tapi sangat tak menjadi dan super duper choi yang sangat hanjing tuh. Pelisss laaa.

Korang teka la, wartawan mana yang aku maksudkan

Okeh, cukuplah mengajing. Aku pun bukannya bagos sangat pon. Menganjing sikit2 dah laaa. Haha. Sibuk2 menganjing nih, lupa dah nak tulis apa. Haa, ingat dah. Semalam housemate ketiga aku ada sebut tentang satu blog dan minah blogger tu suka post benda2 kontroversi. So kira macam hebat la jugak perempuan itu. Maka terdetik juga la di hati mahu membuat post2 yang kontroversi. Tapi alceritanya, aku nih tak berapa nak reti menulis benda2 sebegitu. Harus la aku tak reti uolsss, tapi kalau aku nak tulis sebab intention baek, tapi orang kutuk adalah. Melambak. Hehe. Maka itulah topik post kali ini.

Macam mana ya nak menulis topik kontroversi dengan identiti yang didedahkan. Agak sukar sebenarnya sebab nanti kalau dah terlalu exposive sangat orang akan benci dan akan diancam di luar. Kalau tulis benda kontroversi tentang diri sendiri plak orang kata buka pekung di dada. Lagi pulak kehidupan sebenar aku bukanlah sebegitu kontroversi sampai nak attract terlalu ramai readers. Hidup aku pun sebenarnya bosan dan cemuih. Apa sangat laaa yang mahu kongsi kan. Setakat pergi ofis lewat, lunch kat tempat2 pelik balik umah main masak2 tak cukup kontroversi la uolsss.

Kadang aku pernah belek beberapa blog yang high traffic. Aku tengok la penulisan dorang macam mana. Mostly akan menulis benda2 tentang tips dan sebagainya. Malah ada yang quote atau amek dari blog blog lain dan disumbatkan ke dalam blog mereka. Actually aku tak berapa nak berkenan sebenarnya gaya penulisan sebegitu. Susah aku nak susten membaca blog dorang. Ala2 macam magazine yang aku beli aritu laa. Gambar Super Junior sebagai cover story tapi isi, HANJING, translate dari AllKpop.com ... Hih, choi. Malah ada juga high traffickers nih dorang tulis benda2 lawak dan ilmiah. Blog sebegini memang suka dan seronot untuk dibaca. Best sangat. Boleh lah bergelak2 sambil baca blog dorang. Atau dalam blog tuh dorang ada letak daftar kata dorang sendiri. Post macam tu puuuunnnn sangat seronok nak baca keyh.

Owytey, rasanya setakat itu dulu la kowt. Malas nak menganjing actually. Aku kan budak baek, mana laaa nak mengajing uolsss. Hehehe. Aku cakap benda2 yang baek sahaja. Tapi anyway, aku nak mengtenkiu kepada semua loyal readers aku. Rasa nak menangeh ja bila ada member cakap tak sabar nak tunggu post dari blog aku... Hahaha... Korang la FanClub aku. Over sangat kan aku nih. Hahaha... Sebelum blah, terimalah pitcha Super Junior dari aku okeyh... Hahaha....
Motif aku letak gambar ni pun aku tak sure... Hahaha, korang layan ja lah. Hahaha...

YZYZ

What's this?

You are currently reading What It Takes To Be A Good Blogger? at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “What It Takes To Be A Good Blogger?”

  • sy tahu magazine apa yg guna cover suju tuh..HAI kan?dah la guna gambar Suju yg lama..Info lak basic2 je..yg sume ELF dah tau..tah hape2 je..huhu..xleh blah kate EUnhyuk pengotor..yg menulis tu x tgk ke bilik Eunhyuk bersih kot..kalah pompuan..Aigoo..emo plak kat sini..hahaha! Tak g SS3??

  • Syahmi says:

    hahaha.. yeap betul betul.. memang betul ahli suma kata eunhyuk tu busuk dan kotor, tapi dorang just bahan dia kowt.. eunhyuk kan org yang paling selalu kena bahan. bilik dia well organized kowt.. haha...

    hanjing sangat kan penulis tuh. kebetulan penulis kolum tuh adalah member kepada housemate saya. on the dot tu jugak suruh dia call kutuk penulisan haram jadah dia tuh.. hahaha..

    SS3? tengah sedih nih, x leh gi.. gaji masuk 15Mac.. x sempat beli tiket dah. lagipun baru pas pindah umah, banyak guna duit.. hadoiy.. nak tunggu mana2 mak daten sponsor.. hehehe...

  • bila org tak tahu K-Pop nak menulis pasal Kpop mcm ni la jadinya..

    btw suke entry tajuk ni..=)..komen tadi mcm menyimpang skit...hehe..

    owh...so x pegi la ye?kalo time gaji dah masuk n if ade tiket available bleh beli online.sehari je dah confirm..tggal yg murah2 je..tp jauh dr stage..

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...