Please Click Me

Archive for March 2011

SeX1Razzi: Mac Repap (Wrap-Up)

Thursday, March 31, 2011 § 0

Owh owh, Mac sudah pun mahu habis. Owh, jom mentengok gegambar yang aku snap snap sepanjang Mac nih. Aku rasa bulan nih sangat laaa panjangnya, pasai macam banyak jah kejadian yang berlaku.. Haha.. Jum Menengok...

Owhkeyh, memula bulan jah aku dah terpaksa berlari ke Bank Islam nuuuun di Bayan Baru, sebabnya Kad ATM Bank Islam aku dah hancur lumat dalam mesin ATM kat Bakti. Dengan berbantukan Cik Kak Fuzah, Pegawai Penyilidik Sosial yang meleps dari BHEPP, aku telah mempikan diri ke sana. Yesss, dapat kad baru okeyh.. Hahaha..

Owh, asal ari Sabtu jah, mula la kalut nak tengok gamak Hindi. Sebab aku tak tau nak buat apa kat umah. Ni semua pengaruh dari Kak Sayang dan Anis U3P la nih.. Hissyhh.. Hahaha...

Ekceli kejadian nih berlaku di Sungai Dua, pada ketika aku OTW ke TASCO nak membeli Nugget ngan Afif. What had happens pun aku tak tau.. Hahah...

Antara menu sarapan yang meleps dari Subaidah Dewan Budaya. Memperkenalkan, Roti Malaysia. Ada dua teloq goyang goyang...

Owh, berhati-hati di jalanraya okeyh. Ni masa aku ondewei ke UM. Gambar 1 adalah selepas terowong ada laluan menaik. Gambar 2 plak adalah satu eksiden yang berlaku dan gambar 3 adalah dinner aku di Burger King yang disponsor oleh Sektor (elaun makan laaa).. hahaha

Hindarkan budaya vandalisme. Aiyooo, jumpak kat RnR mana ntah. Gambar satu dok iklan daging. Apa sekarang juai dagin dalam tandas ka? Gambar 2 plak, hadoiy, "FERE SEVES".. hapa dia?.. hahah

Selepas tiga bulan setengah tak potong rambut, tadaaaaaa, aku telah memotong rambut. Serious aku rasa sangat kendu. Hahaha.. Sori, statement boleh mendatangkan muntah dan cacian... Hahaha

Nih, pandangan dari sisi, meleps tak? Hot tak?.. hahaha...

Ari berkumpulan bila Mak Hayam dari Labuan memaikan diri ke Pulau Mutiara. Haa, mana chief merangkap Pengurus UPPU nih, tak mai lagi.. hahah.. mai mai teruih buat kemaih spiking2 phone.. Haha.. Busy la pegawai baru.. Kena paham... Haha...

Owh okeyh, rupa-rupanya orang memaikan diri ke blog aku atas sebab aku ada post tentang Super Junior.  Hahaha, abes la orang cop blog aku nih blog gay.. Hahah..

Bila lima roti pisang bergelimpangan di atas meja. Pisang Epoll jah lagi yang belom bergelimpangan di atas meja.. Hahah.. Ktorang tak plan pun, tiba2 semua orang order benda yang sama. Hahah...

Sessi menelanjangkan Elfa sebelum hari perkonvoan beliau. Bila lagi nak bogelkan dia, masa nih laaa.. Hahah..

Serious, kowajaq toi laaa foreigner tuh. Depa ingat ni negeri depa apa.. Dok bisin bisin.. Sori laa, negara kami tak kena bom, so tak yah menyembang kuat2... Cakap pelan-pelan pun orang boleh dengar... Hahaha

Amaran, merokok membahayakan kesihatan. Haiy, banyak la plak kempen dalam blog aku kali nih.. Hahaha....

Haaa, ni lah hasilan MakYamJanz membuat clutch sendiri untuk dinner dia kat Bayview. Tak payah sebok nak menyopping, buat sendiri lagi meleps... Hahah, kain batik tuh beli kat Feringhi kat satu uncle cina nih yang sangat laaa pandainya berpantun. Nicol David dan Erra Pazira pun beli kain batik kat dia. Meleps la uncle tuh.. hahaha

Okeyh, pasnih senang la aku buat surat secara online.. Hahaha, tak yah dah print mrint bagai.. Hahaha..

Nih adalah makanan kedua termahai aku pada bulan ini. Eh, salah yang ketiga. Kalau guna duit sendiri yang kedua. Serious dulu benda2 macam nih la makanan harian, sekarang dah jadi makanan di kala terasa kaya sahaja. Hahaha... Nampak sangat aku dah miskin.. Hahaha..

Yeah, rumah aku dah ada periuk Astro Beyond. Dah boleh tengok drama Korea dan kartun. Ko ada? Tertagih la plak mahu mentengok Oh! My Lady dan My Girl.. Hahaha...

Padiya uncle nih, hidang teh tarik boh straw...

Serious, aku tunggu bas di depan Giant Bukit Gedong. Seronok sebab dah rasa free dan tak perlukan bantuan sesiapa.  Isu guna-mengguna pun dah tak naek. Haha...

Owh, mahu Like page RapidPenang lah di Pesbuk.. Hahaha...

Kelang sabun tertumpah sabun kaaa dalam Nescafe aku. Melampau-lampau laaa dia punya buih.. Hahaha...

Akhirnya depa kembali semula ke rumah asai depa iaitu ofis. Hahaha... Dah ada member baru katanya, iaitu si pencuci muka.. Hahah...

YZYZ

The One With 300th

Tuesday, March 29, 2011 § 0

Yeah, tidak disengajakan aku telah menyimpan post kali ke-300 ini dengan cerita inih. Hahaha, anyway biarlah. Cepat cepat baca.

As uols don't know (most of u, only certain people yang sadar) bahawa tarikh keberanakkan aku adalah pada 28 Mac. Yeah, sama seperti nombor Maxis aku yang berakhir dengan 2803, signifikan to my birthday. As many of you don't know jugak, aku memang tak sambut besdei mesdei nih. Sori sikit. Nak ucap kat orang pun payah, inikan plak nak sambut sendirik punya. Leceh laaa. Okeyh. Let's get to da story.

Owh, pada 28 Mac tersebut, aku telah memergikan diri aku ke Pusat Tuisyen Cekal yang terletak nuuuuun di Sungai Ara. Memang maha jaohnya okeyh, tapi tak la sampai Balik Pulau. Over la tuh kalo da sampai sana. Mulanya aku bersama side kick aku yang paling loyal iaitu Ciken Melur AJ mahu mentravelkan diri menggunakan bas sahaja. Maka bersungguh lah aku mencarik route apa yang akan menterpergi ke destinasi berhampiran Pusat Tuisyen tersebut. Setelah hampir sejam menunggu bas, yes sejam okeyh, bukan mahu menganjing RapidPenang yang sangat la RAPID nya mahu sampai, tapi memang kenyataannya kami telah menunggu hampir sejam. Kata putus akhirnya dibuat, maka kami telah meminta ibu ayam di Saujana menghantar kami sahaja ke sana. Surrender dah. Kelas start jam 6, Puan Pengurus dah gelisah dah, siap antar mesej bagai sebab kol 5.55 baru kat SMK BJ. Hamboiyh.

Setelah mengharungi perjalanan yang mencabar tersebut sambil terjumpak dengan kereta rosak yang turut memburukkan kesesakkan jalan raya, kami menibakan diri ke pusat tuisyen pada jam 6.15pm. Agak rasa bersalah gak la ngan Puan Pengurus. Hoho. Okeyh, apa yang berlaku di Pusat Tuisyen okeyh la kowt, biasak-biasak sahaja.

Okeyh the journey bermula bila masa kami mahu membalikkan diri. Yesss. Bermula jalan kaki dari pusat tuisyen menuju ke satu kedai uncle yang sangat laaa lamanya. Memang menarik la rupa kedai tersebut. Sangat usang. tak tersangka di Penang ada lagi rupanya kedai-kedaian yang sebegitu. Okeyh bertanya uncle di mana perhentian bas. Kami pun tak berapa nak pasti, maka jalan-jalan menuju jalan besar. Di kanan kami dah ada dah Pak Hussin Tom Yam. Meletop, jalan kaki sahaja sudah jumpa dengan Pak Hussin. Ko ada? Kami pun jalan sambil membelah laluan jalan yang teramat la lebaqnya dan dibanjiri dengan kereta-keretaan plat Penang, iaitu teramat la lajunya.
Pembohong tol gambar nih, awat ada sebijik keta jah?... Sepatotnya ada banyak keta keyh

Then dengan row row, row your boat, kami meniba di hadapan Hospital Pantai. Yesss, di sini kami seperti dilanda ribut yang amat kuat, sampai aku rasa mahu terbang melayang. Nasib baru 5 hari berjalan. Kalau dah 10 hari, memang dah melayang dah ditiup angin. Tunggu sampai la angin kuat tersebut berenti, dah pun berjalan kembali dan berjalan. Tetiba terpikiaq mahu ke AskMe Burger. Yesss, sekali pasar malam la pulak. Sesampai di AskMe Burger, naaaah, totop. Tapi takpa sebab kami dihidangkan dengan pasar malam. Haaa, ko ada?
Ni adalah Hospital Pantai Penang

Nih la tempat kami dilanda ribut tersebut. Okeyh, nampak tak GIANT?

Owh, masa berjalan-jalan tuh, sangat excited sebab dapat jumpak dengan Mak Cik Yong Tau Foo yang hebat. Owh owh, mak cik pun buka kedai jugak kat sini. Excited excited excited. Okeyh, menyetel.
Excited jumpak Mak Cik
Owh, nih la Kompleks Bukit Gedong yang mengandungi AskMe Burger.. Hahah...

Sesudah dari jam 4.45pm mahu berjumpa dengan Bas RapidPenang, akhirnya pada jam 8.50pm dapat jugak bertemu dengan beliau. Owh sungguh excited. Kami menaiki bas yang bernombor 304. Lalu Queensbay uols.




Then setibanya di Queensbay, nahhhaaariiiaammm, rasa macam reunion la plak. Dok jumpak budak2 USM sambil bertegur-teguran sesama sendiri. Hamboiyh, hengat nih bas komuter USM ka?

Owh, akhirnya kami pun selamat tiba di USM pada jam 9.30pm gtuh gtuh. Aku terus berlari ke ofis sebab mahu tengok GEMILANG. Pastuh siapkan kerja, jam 1245am baru balik rumah. Haaa, ko ada?

Begituh la kejadian post ke-300 inih. Ha ha ha, best tak?.. Hehehe..

Owh, owh ada lagi. Sebelum tidoq, member aku di USMKK anta mesej ucap selamat besday. Katanya supposely dia anta mesej tu tepat jam 12am the previous day, tapi bila check check outbox, rupanya sending fail. Haaa, ko ada? Begituh la...

Anyway tengs kepada Side Kick ku yang setia menemani aku berjalan2 pada hari keberanakkan aku. Hehehe. Sangat seronok. Itulah besday yang paling seronok, sebab paling sikit orang wish dan paling orang tak sedar dan buat benda2 merapu dan mengarut macam tuh. Hehehe, tak la macam dua tahun lepas. Kena pox ayam okeyh. Hahaha..


Okeyh, buhbye...

YZYZ

The One With 299th

Wednesday, March 23, 2011 § 0

Owh, sudahpun meniba post yang ke-299. Tidak ku sangka ya akhirnya sudahpun mahu mencecah 300 post. Apa ya mahu ditulis dalam post ini. Owh, maybe cerita apa yang berlaku pada pagi hari Isnin lepas.

Yeah, aku telah meniba di ofis dengan sangat awalnya. Begituh. Best okeyh, meniba di ofis awal. Memandangkan aku tak membeli botol ayaq lagi, maka aku telah mengambil beberapa botol ayaq mineral kat stor untuk minuman aku. Sabaq sat naah, nanti aku da beli botoi seniri, aku isi ayaq ja lah lam botoi tu.

Nak dijadikan cerita, pada satu selekoh ni, aku telah terjumpak dengan seekor kucing yang x berapa nak comel, sebab beliau amatlah kurusnya. Aku memerhatikan apakah yang digendong oleh beliau. Rupa-rupanya adalah seketul kepala ikan yang masih belum dimasak. Kepala ikan tuh serupa macam yang kita biasa nampak orang buat kari kepala ikan tuh okeyh. Bukan kepala ikan kembong tau. Mesti kucing nih telah menjenayahkan dirinya dengan mencurik ikan tersebut. Meleps uols.

Okeh, makanya aku pun mengambil air mineral yang diidam-idamkan. Setibanya aku di tangga mahu menaik ofis aku tuh, aku telah ternampak kucing tersebut memberi kepala ikan tersebut kepada beberapa ekor kucing yang masih bertitle kitten. Owh, rupanya dia mahu memberi anak-anak beliau makan. Malatop, anak-anak kucing tersebot memakan breakfast kari kepala ikan yang masih belum dikarikan lagi. Gtuh.

Baeklah, pada hari Selasanya pulak, aku telah dibelanja oleh pegawai terhebat Sektor Kesejahteraan di BJ (jah). Pasainya dia takot jam kat Queensbay atau Sg. Ara. Maka choice yang ada (dan terdekat) hanyalah di celah-celah BJ jah. Okeh nasib sedap.

Makanya setelah membalikkan diri ke rumah, aku tarsadar bahawa aku tertinggal kunci rumah kat ofis. Malatop. Then calling2 Ezzah, uhh nasib baek dia tak busy. Makanya aku telah mengeluarkan diri bersama beliau pergi ke ofis untuk mengambil kunci tersebut. Owh owh, bersama-sama hujan yang maha lebatnya.

Okeyh, nak balik tuh, kununnya mahu memakan fastfood macam MekDi atau Kehepsi sahaja la pun, sekali tarsabut pulak Burger King, hadoiy, terkona la plak ke Jelutong Expressway tuh. Naaah, tak pasal2 terubah plan ke Subway plak. Malatop, dengan basah tak berapa nak kuyupnya, pakai selekeh dan berselipar jamban, kami pergi ke E-Gate untuk memakankan diri di Subway. Aiyooo.

Ohooo, dah lama gila tak berSubway. Serious sangat sedap olive, cili dan vinegar dorang... Hahaha

Kan betol, kami guna selipar jamban jah. Haa, aku siap sinsing kaki suar agi okeyh...

Orang yang da biasa berSubway mesti kenal kan signboard dorang macam mana... Hahaha....


Makanya, begitulah ceritanya post ke-299 nih. Tak tau la best ka bohsan ka, lantak la ampa. Hehehe..
Buhbye...

YZYZ

CD Gambar PIMPIN Siswa 2009

Tuesday, March 15, 2011 § 0

Ohoiy, Selamat pagi donia!!!! Begitulah, hengat ramai sangat laaa yang baca blog ini... Hohoho.



Owh, intention kali nih adalah mahu mempromote CD gambar PIMPIN Siswa 2009, bukan 2010 tau. So, kepada peserta PIMPIN 2009, which is the first batch dulu, kalau nak CD gambar masa korang jadik perserta dahulu, boleh laaa dapatkan kat PUMA dengan harga RM2.50 sekeping. Boleh?

Okeh okeh, antara kem yang terlibat adalah:

  1. Palas, Yan Kedah (Siri 1, 2, 3, 4)
  2. Bris, Sik Kedah (Siri 1, 2, 3, 4)
  3. PJ Sentosa, Kuala Nerang Kedah (Siri 1, 2, 3, 4)
  4. Cinta Alam Kelimat, Sungai Siput Perak (Siri 2, 3, 4)
  5. Batu Ampar, Kuala Kangsar Perak (Siri 1, 2)
  6. D'Risa Impiana, Gerik Perak (Siri 3, 4)
  7. Lata Perangin, Kuala Kangsar Perak (Siri 1, 2)
  8. Belantara Elit, Kuala Nerang Kedah (Siri 3, 4)
Nest disenaraikan Setiausaha Kem masing-masing. Kowt-kowt la ingat kan.
  1. Kak Ain - Palas
  2. Kak Mala - Bris
  3. Abang Raja - PJ Sentosa
  4. Abang Jaya - Lata Perangin (Siri 1), Cinta Alam Kelimat
  5. Kak Aznur - Batu Ampar/D'Risa Impiana
  6. Kak Shieda - Lata Perangin (Siri 2)/Belantara Elit
Okeh okeh, kalau nak dapatkan, sila lah purchase di PUMA okeyh... Selamat membeli. Murah jah, RM2.50 jah sekeping... Gtuh... Hahaha...

YZYZ

Berangan Yang Tak Berapa Nak Menjadik

Monday, March 14, 2011 § 0

Yes, last post kononnya mahu buat tu, buat nih. Let's take a look, berjaya atau tidak. Hadoiy, Berangan nak lebeh. Hoho.

APA YANG AKU BERJAYA BUAT


  1. Bangun Awal. Memang aku bangun awal, tapi keluar dari lingkungan tilam sangat laaa lambat. Boleh, kol 10.30am baru laaa sibuk nak pergi kencing la, gosok gigi la.
  2. Breakfast entah ke mana, last2 aku buat brunch jah. Bajet tinggalkan nasi semalam sebab nak goreng pagi2 tuh. Hoh...
  3. Owh, tapi yang bestnya, memang aku sapu dan mop lantai rumah kowt. So, nampak laaa bersih dan berseri sikit2. Hehe.
  4. Nasib bangun tido kol 1030am, maka sempat la tengok Detective Conan. Dan sebab nak tengok kartun ni laaa, aku tak sempat nak masak breakfast. Hoho. Dah tau da apa maksud simbol pangkah, bulat dan segitiga tuh... Hehehe... Gumbira...
  5. Dan seperti yang aku dah gtau, aku x amek breakfast dan lunch. Aku gabung dua2 terus, senang. Hehehe.
  6. Owh, katanya nak buat surat2 Boss II, tapi sekali terbuat plak surat Boss I. Hmmm, tak pa la. Boleh la kan, asal ada buat sudah... Hohoho...
  7. Yaiy, berjaya cuci baju, walaupun mesin tu tak rinse bebetul. Kuwang hajaq, air bertakong. Terpaksa perah balik. Hampeh.
  8. Aku heran betol la, macam mana la plumber tempat aku tuh meniaga. Aku call boleh dia hang up aku? Sapa yang offer sapa nih?
  9. Huhuhu, sedih terlepas Boboi Boyz sebab sibuk copy surat. Tau tau dan kol 7.30 pm. Sedih laaaa....
  10. Ceyh, tak jadi pun nak round round USM. Sengal tol la minah tuh. Huh...


Owh, ini lah apa yang berlaku weekend. Berangan nak lebih, tapi at least beberapa KPI aku tercapai, okey la kan. Hehehe. Buhbye...

YZYZ

Hari Matahari

Sunday, March 13, 2011 § 0

Yeap, Sunday da pun masuk okeyh. Banyak benda yang kena dibuat pada Sunday ini. Maka aku telah mahu menyenaraikan, tapi cam malas nak kotorkan diari baru aku, maka aku buat di blog lah sahaja. Haha. Baru ala2 bajet hot kan, walaupun actually xdak sapa pun yang baca blog aku kan. Haha.

Apa yang aku mahu buat?
  1. Bangun awal
  2. Sediakan breakfast untuk diri sendiri (sweet kan)
  3. Sapu rumah dan mop lantai. Banyak rambut aku bertebar atas lantai nih
  4. Tengok Detective Conan, jam sebelas TV3. Hehe.
  5. Masak light light untuk lunch. Light ka nanti tuh
  6. Buat surat-surat yang Boss II aku suruh. Sapa dia boss boss aku, ada aku tulis dalam diari.. Haha
  7. Cuci baju
  8. Panggil plumber datang rumah. Letih dah berangkut guna cara konservatif
  9. Tengok Boboi Boyz. Gtuh... Hahaha
  10. Round-round USM bersama si sengal Didi
Owh, mampukah untuk dibuat? Kita tengok la sahaja nanti. Hohoho...
Buhbye

YZYZ

Weekend Lagi

Saturday, March 12, 2011 § 0

Yeap, dah datang pun weekend lagi. Owh, supposely ari Ahad nih aku kena buat teori n praktikal memandu, tapi memadangkan x gaji lagi, maka telah ditangguhkan. Hadoiy, cabaran sungguh. Sabor je le...

Owh, sebelum bermulanya weekend, telah terdapatnya satu meeting. Macam excited la plak dengar isi meeting tu sebab banyak benda kena plan. Sebelum meeting tu pun dapat satu lagi kerja dari boss nombor dua. Ohoiy, makin busy la aku memondan lepas nih.

Yeah yeah, gaji bakal masuk Selasa nih, uhuh. Walaupun sikit sahaja, tapi kena la pandai kawal kewangan. Belanja biar berhemah. Kena buat perancangan 31hari dengan bebetul, agar setiap sen yang dibelanjakan membawa manfaat.

Uhuh, arini jugak boss no. 1 bagi diari. Maka boleh la buat planner dalam diari tu dah. Hah, cess, cam excited jah kan. Tak baek over excited. Hengat nih Merong Mahawangsa ka uolsss. Buat rilex sudah kan kan kan.

Yerrrh, Jumaat petang jugak telah membeli belah di Sunshine. Uhh, banyak benda beli-beli termasuk la beras. Ha, siap beli sosej la, apa la, konon bekalan pada wiken nih, nanti tak payah dah nak belanja2 bagai kan. Kedekut sungguh.

Ahha, yoh dah beli shampoo dah. Sunshine takdak Secret Garden, beli la Herbal Essences, pun best jugak. Lepas pakai tuh terus rambut menjadi lembut dan bersinar semula. Da lama tak sahmpoo rambut dengan sempurna. Rasa best sangat2 tadi mandi. Rasa nak gi mandi lagi semula.

Yeeeemmm esok nak tengok cerita hindustan. Harap2 la best jugak macam last week. Terfikir-fikir dah nak masak apa tengah hari nanti. Sungguh over kan.

Okeyh, itu sahaja la kowt... Buhbye...

YZYZ

SyahmiPedia: TOK PAH

Thursday, March 10, 2011 § 0

Owh, segalanya bermula tatkala aku verangan-rangan nak menonton Mentor 5 katanya. Ada la 6 orang mentor kesemuanya dan salah seorangnya adalah Dato’ Sharifah Aini. Aku tak sure la spelling Dato’ tu macam tu, atau DATUK. Mana2 la. Beklah, maka, melihatlah aku dengan bersungguhnya Journal Mentor pada satu petang Ahad yang serba damai itu. Tiba2 datang turn Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah atau TOK PAH untuk mengannounce Protégé nya, naaahhhh, drama air mata. Okeyh, setel satu bab.

Maka, pada Ahad next weeknya pulak, telah menonton Konsert Pengenalan Mentor. Okeyh la kaaaan. Pastu tiba la plak turn TOK PAH punya anak murid nyanyi. Maka sebelum nak nyanyi tuh, sekali lagi, drama air mata. Hadoiyh. Pas abes drama tak berapa nak swasta tersebut, maka menyanyilaaaa si protégé tersebut. Sekali dengar macam TOK TI, Nampak macam Rossa. Memang aku n housemate nomor dua dok kutuk2 kowt. Abes sahaja perf, pergi menerjah backstage, sekali naaaaaahhhhhhh, TOK PAH telah mendefend siap2, kot2 laaaa ada mangkok hayun dok kata perf pompuan itu ala2 Rossa. Okeyh setel bab kedua.

Bab ketiga plak, housemate aku telah mengeluarkan spekulasi, mengatakan TOK PAH nih nak mencelen TOK TI katanya. Hamboiyh, aku puuuun, ada la jugak instinct sebegitu. Saja saja la kowt dia nak lahirkan sorang artis yang katanya boleh membuatkan TOK TI nangeh. Artis sangat kaaaannnn. Drama lagi. Bab tiga pendek jah, sebab point tak banyak sangat.

Masuk bab keempat pulak, sempat lagiiiiiii buat babak drama air mata antara sorang peserta yang konon2 frust tak dapat jadik protégé TOK PAH. Pastu panggei mak dia nyanyi berduet ngan TOK PAH. Dah tu, siap buat statement, sebelum dia mati, dia nak tunaikan satu hasrat iaitu nak berduet ngan Sharifah Aini. Kalau x boleh pun, dapat bertentang mata puuuuun tak pa la. Hmmm, biasak laaa, drama Melayu, mesti leeeh ada babak air mata lagi. Murah sangat.
Memandangkan ini merupakan filem hantu Kak Limah, maka babak sebegini dimaafkan. Hantu Tok Pah Balik Ke Pentas. Haaa, meletop

Maka, pada kesempatan tak seberapanya ini, di kala post ini ditaip, aku sedang baring2 mahu tdo dan jam menunjukkan 1230am, 10 Mac 2010. Post ini akan auto publish pada satu tarikh yang korang puuuun akan tahu jugak nanti, aku telah mencipta SyahmiPedia. Sebutan PEDIA tuh sama jah macam PEDIA dalam Wikipedia atau nak sebut dalam bunyik Penang pun tak pa. Kalau nak memPenangkannya boleh sebut Syahmi-PADIYYYA (Hapa dia???). Haaa, oleh itu, daftar kata atau frasa pertama yang aku register adalah TOK PAH, yang membawa maksud orang yang suka membuat drama dan melimpah ruahkan air mata umpama paip yang tidak dipanggil plumber untuk dibaiki.

Contoh ayat, “Senah memang suka berTOK PAH untuk menarik perhatian suaminya”, atau “Cukup-cukup la berTOK PAH nih, macam aku tak tau niat kau. Bagitahu ja terang-terangan”. Haaa, boleh. Dari semasa ke semasa aku akan mengupdate lagi daftar kata dalam SyahmiPedia okeyh. Hahaha… 

Bubyeeee…

YZYZ

Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby

Tuesday, March 8, 2011 § 8

Owh, aku rasa, aku terminat la plak ngan lagu nih. Dan rasanya, ni la satu-satunya lagu SNSD atau So Nyeo Shi Dae atau nama English dorang, Girl's Generation (hamboiyh, banyak la plak nama kan) yang aku minat. Aku dengar jah Run Bitch Devil Run, Oh!, Poot, eh salah Hoot, tapi serious aku tak berapa nak berkenan sangat. Gee jah yang aku berkenan kowt. Gee ni bukan macam GHEE, minyak sapi tu tau. Over la kau...

Pada Super Show 2 tahun lepas, Super Junior ada bawak cover version lagu nih. Dorang bawak original version okeyh, including choreography, attitude, rambut dan warna seluar yang ahli2 ni pakai dalam original clip video. Ko ada? Ni sebenarnya adalah idea Heechul dan dia siap jadi director untuk performance nih. Buat audition, tentukan sapa adalah sapa, practice suma di bawah penyelarasan dia okeyh. Meletop Heechul. Sebelum apa2, meh kita menengok lirik lagu dia okeyh. Jom.


GEE - SNSD


[Tiffany] Ah! Listen Boy My First Love Story
[Jessica] My Angel and My Girls
My sunshine
Oh! Oh! let's go!

[Seohyun] Neomu neomu meotjyeo nooni nooni busyeo
Sumeul moht shigesseo tteollineun geol

Gee gee gee gee baby baby baby
Gee gee gee gee baby baby baby

[Tiffany] O neomu bukkeureoweo chyeodabol su eobseo
Saranghae ppajyeosseo sujubeun geol

Gee gee gee gee baby baby baby
Gee gee gee gee baby baby baby

[Sunny] Eotteoke hajyo [Yoona] (eotteokhajyo)
[Sunny] Tteullineun maeum [Yoona] (ddeuleeneun maeum)
[Sunny] (Dugeun dugeun dugeun dugeun) [Yoona] dugeundugeun georyeo
[Sunny & Yoona] bamen jamdo mot eerujyo

[Jessica] Naneun naneun babongabwayo
Geudae geudae bakke moleuneun BABO
Geulaeyo geudael boneun nan

Neomu banjjak banjjak nooni booshuh no no no no no
Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun oh oh oh oh oh
Neomu jjarit jjarit momi ddeullyuh gee gee gee gee gee
O juhjeun nunbit (oh yeah~) oh joeun hyanggee (oh yeah yeah yeah~)

[Sunny] O neomu neomu yeppeo mami neomu yeppeo
Cheot nune banhaetseo kkok jjipeun gul

Gee gee gee gee baby baby baby
Gee gee gee gee baby baby baby

[Sooyoung] Neomuna ddewguhwuh manjil suga eopseo
Saranghae tabeoryeo hookkeunhan geol

Gee gee gee gee baby baby baby
Gee gee gee gee baby baby baby

[Seohyun] Eojjeomyeon joa [Hyoyeon] (eojjeomyeon joayo)
[Seohyun] Soojoobeun naneun [Hyoyeon] (soojoobeun naneunyo)
[Seohyun] (Molla molla molla molla) [Hyoyeon] mollahamyeo maeil
[Seohyun & Hyoyeon] geudaeman geurijyo

[Taeyeon] Chinhan chingudeureun malhajyo
Jeongmal neoneun jeongmal motmalryeo BABO
Hajiman geudael boneun nan

Neomu banjjak banjjak nooni booshuh no no no no no
Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun oh oh oh oh oh
Neomu jjarit jjarit momi ddeullyuh gee gee gee gee gee
O juhjeun nunbit (oh yeah~) oh joeun hyanggee (oh yeah yeah yeah~)

[Yuri] Maldo mothaet geol
Neomu bukkeureoweo haneun nan

[Taeyeon] Yongiga eopneun geolkka
Eotteokhaeya joeun geolkka
[Taeyeon & Jessica] Dugeun dogeun mam jorimyeo barabogo itneun nan (ya~)

Neomu banjjak banjjak nooni booshuh no no no no no
Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun oh oh oh oh oh
Neomu jjarit jjarit momi ddeullyuh gee gee gee gee gee
O juhjeun nunbit (oh yeah~) oh joeun hyanggee (oh yeah~)


Okeh, sesudah menengok lirik, moh le plak kite berknai-kenai ngan ahli2 SNSD nih. Actually aku pun tak kenal lagi sapa adalah sapa. Bersama gambaq2 ni jugak, aku sekalikan la uolsss, gambar bebudak SuJu nih verangan menjadik SNSD. Alah, adik beradik dorang jugak uols, satu kompeni. SNSD selalu appear dalam MV SuJu, SuJu pun pernah appear dalam MV SNSD. Henjoy uolss...

Ni la line up untuk performance nih. Saja nak bagi gamaq belakang sahaja

Meletop, rambut sama okeyh

Melampau la dia nih. Over sangat okeyh

Ni la dia tokey perf nih, Heechul menjadi Heesica the Ice Princess. Orang kata perangai Jessica nih sama macam Heechul dan dia merupakan ornag kedua tertua lam SNSD. Orang kata la, aku tak tau. BABO. Haha
Rambut x sama pun, setakat pasang reben jah, x mencabar laaaa...

Okeyh, yang ni serius mirip. Bentuk muka, rambut dan jugak jari dorang. Sungmin nih buat kajian ke? Nama pun lebih kurang nak sama jugak

Owh, rambut sama okeyh, tapi Sooyoung nih nanyi, best ka macam Kyuhun?

Aku x sure sapa Dance Machine SNSD, dia ni ka? Entah la. X berapa nak rajin mencarik. Eunhyuk ni pun sama,pakai la wig yang panjang. Ni just klip rambut jah.

Who is the rite person untuk mengajuk leader SNSD, harus laaa leader SuJu jugak kan. Khabarnya dorang nih ada gossip cintan cintun, betui ka? Dorang da deny dah, tapi kalau betui pun okey apa?
Satu-satunya ahli yang x buat transformation, sekali keluar dengan sangat macho plak tuh. Okeyh la kowt. Yuri nih, Jepun ka uols? X sure la, serius tak tau.
Okeyh la, sebelum blah, nak tinggalkan satu gambar dan serius aku rasa sangat lawak melihat gambar tersebut. Tak tau pasai pa. Haha.
Haha, Heechul very very the Kak Nab Radio the Kampung Gossipers kan uolsss... Hahaha...
Bye...

YZYZ


Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...