Please Click Me

Dulha Mil Gaya

Monday, March 7, 2011 § 0

Owh, yes, pada Sabtu yang lepas, aku telah menjanjikan diriku sendiri untuk mentengok wayang gamaq Hindustan di kaca TV sahaja. Tak main da tengok wayang kat cinema hall sekarang. Membazir, maklumla, ari demi ari aku da semakin hidup guna duit sendiri. So terpaksa laaa mengkedekutkan diri. Takdak dah zaman JPA yang serba boros itu. Huh, kalau aku tau dok kat luar lagi jimat, dari first year dah aku dok kat luar sahaja. Haha,baeklah, termerapu sekejap, terus kepada intention. Haha.

Intention kali nih sebenaqnya untuk mengreview satu gamaq Hindustan yang aku tengok kat TV3 aritu. Pelakon2 gamaq nih adalah Shah Rukh Khan,Sushmita Shen, Fardeen Khan dan Ishita Sharma. Aku guna nama watak dorang sahaja la okeyh, uols. Alkisah bermula bila Shimmer nih berkawan ngan sorang anak jota-jotawan yang bernama Tej Dhanraj ataupun nama samaran beliau Donsai. Pastu bapak si Donsai ni pun mati dan bagi tinggal satu wasiat yang si Donsai nih kena kawen ngan sorang pompuan bernama Samarpreet di Punjab kalu dia nak inherit harta bapak dia yang bernilai 5 billion dollars uols. Atas kegeligaan hotak lawyer bapak dia nih, maka Donsai pun kawen ngan Samarpreet, dan tipu la family Samarpreet nih kununnya dia ada urusan bisnes dan kena balik la la tu jugak after dorang kawen. Maka ditinggalkannya Samarpreet gantong tak bertali selama tiga bulan dan pada masa yang sama Donsai nih dapat la inherit harta ayah dia. Then Samarpreet nih pun mentravelkan diri pergi ke tempat Donsai untuk mencarik jugak hasben dia tuh. Dalam perjalanan tu laaa, Samarpreet nih terjumpak ngan Shimmer. Maka Samarpreet ni pun bercerita la apa yang dah berlaku dan si Shimmer nih berhasrat nak menuntut bela ke atas Samarpreet. Maka Shimmer pun mengmake over Samarpreet jadik Samara, kunun2 member yang dia jumpak kat Miami. Meletop. Maka berlaku laa adegan2 pancing2 antara Donsai dan Samara dan tiba2 muncul la watak PRG sebagai kekaseh hati Shimmer. Ada la jugak konflik uols antara dua orang nih. Last last, happy ending laaa, macam biasak.

Why I Like This Story-Mory

Owh, pes op oll sebab aku tak sempat tengok cerita Mujhe Dosti Karoge minggu lepas. Sebab tu aku pun mengdeclare aku minat cerita nih, walaupun aku tak tengok lagi. Boleh?.. Haha.. Lantak laaa.

Keduanya, cerita nih sebenaqnya gamaq lawak, tapi bukan lawak bodo macam ‘Aku Kaya The Movie’ tuh. Hampeh tol TV3 dok tayang cerita tuh ja setiap petang Ahad. Dia tak tau ka aku nak tengok cerita Melayu yang betol2 berkualiti time2 cuti camnih. Hih. Mula2 aku pun tak perasan ni cerita lawak, sampai laaa si Shimmer tu dok menangis-nangis dengar cerita Samarpreet. Aku dah ada instinct da ni cerita lawak bila part nanges2 pun dorang buat aksi ntah apa2 waktu Samarpreet nekad nak pi carik hasben dia tuh.

Ketiganya, aku suka ngan gabungan moden dan tradisional lam cerita nih. Best sangat tengok suasana kampong kat Punjab tuh. Siap dorang kutuk kowt kerajaan India, bila si Samarpreet tu kata, finally kat kampong dorang tuh ada juak cyber café. Boleh.

Keempat, lagu2 dan nari2 dalam nih tak da over sangat. Okeyh la, tiba2 dorang dah nyanyi2. Aku ingat part cakap2 lagi, sekali da nyanyi da puun. Hadoiy. Koreografi pun simple tapi best. Tak perlu da nak buat scene guling2 atas gunung bagai, atau panggil sebatalion askar menari sama. Dorang buat simple dan nice jah.

Kelima, Shah Rukh Khan kuar sangat lewat. Yes lepas kol 3.30pm baru la mamat tuh keluar. Boleh. Aku da siap meragui da, betol ka cerita ni ada Shah Rukh Khan. Meletop sangat kan. Fashionably late beliau. Haha.

Keenam, scene centa-centadury tak la cliché sangat. Memang ada la jugak elemen2 hindustan, tapi tak da laaa terlalu Hindustan sangat. Boleh la jugak nak melayan. Aku pun tak da la geli sangat nak melayan.

Owh, boleh, aku termelayan hisdustan. Biarlah. Malamnya pulak melayan Cerekarama pulak. Wah, sukanya ngan hidup sekarang. Da tak perlu layan drama yang real. Kita layan drama TV sahaja. Haha. Adakah ini escapism, yes it is. After been too deep in the wind up, I finally free dari drama2 swasta yang sebenarnya tidak perlu pun kan. Haha.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Dulha Mil Gaya at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...