Please Click Me

The One With 299th

Wednesday, March 23, 2011 § 0

Owh, sudahpun meniba post yang ke-299. Tidak ku sangka ya akhirnya sudahpun mahu mencecah 300 post. Apa ya mahu ditulis dalam post ini. Owh, maybe cerita apa yang berlaku pada pagi hari Isnin lepas.

Yeah, aku telah meniba di ofis dengan sangat awalnya. Begituh. Best okeyh, meniba di ofis awal. Memandangkan aku tak membeli botol ayaq lagi, maka aku telah mengambil beberapa botol ayaq mineral kat stor untuk minuman aku. Sabaq sat naah, nanti aku da beli botoi seniri, aku isi ayaq ja lah lam botoi tu.

Nak dijadikan cerita, pada satu selekoh ni, aku telah terjumpak dengan seekor kucing yang x berapa nak comel, sebab beliau amatlah kurusnya. Aku memerhatikan apakah yang digendong oleh beliau. Rupa-rupanya adalah seketul kepala ikan yang masih belum dimasak. Kepala ikan tuh serupa macam yang kita biasa nampak orang buat kari kepala ikan tuh okeyh. Bukan kepala ikan kembong tau. Mesti kucing nih telah menjenayahkan dirinya dengan mencurik ikan tersebut. Meleps uols.

Okeh, makanya aku pun mengambil air mineral yang diidam-idamkan. Setibanya aku di tangga mahu menaik ofis aku tuh, aku telah ternampak kucing tersebut memberi kepala ikan tersebut kepada beberapa ekor kucing yang masih bertitle kitten. Owh, rupanya dia mahu memberi anak-anak beliau makan. Malatop, anak-anak kucing tersebot memakan breakfast kari kepala ikan yang masih belum dikarikan lagi. Gtuh.

Baeklah, pada hari Selasanya pulak, aku telah dibelanja oleh pegawai terhebat Sektor Kesejahteraan di BJ (jah). Pasainya dia takot jam kat Queensbay atau Sg. Ara. Maka choice yang ada (dan terdekat) hanyalah di celah-celah BJ jah. Okeh nasib sedap.

Makanya setelah membalikkan diri ke rumah, aku tarsadar bahawa aku tertinggal kunci rumah kat ofis. Malatop. Then calling2 Ezzah, uhh nasib baek dia tak busy. Makanya aku telah mengeluarkan diri bersama beliau pergi ke ofis untuk mengambil kunci tersebut. Owh owh, bersama-sama hujan yang maha lebatnya.

Okeyh, nak balik tuh, kununnya mahu memakan fastfood macam MekDi atau Kehepsi sahaja la pun, sekali tarsabut pulak Burger King, hadoiy, terkona la plak ke Jelutong Expressway tuh. Naaah, tak pasal2 terubah plan ke Subway plak. Malatop, dengan basah tak berapa nak kuyupnya, pakai selekeh dan berselipar jamban, kami pergi ke E-Gate untuk memakankan diri di Subway. Aiyooo.

Ohooo, dah lama gila tak berSubway. Serious sangat sedap olive, cili dan vinegar dorang... Hahaha

Kan betol, kami guna selipar jamban jah. Haa, aku siap sinsing kaki suar agi okeyh...

Orang yang da biasa berSubway mesti kenal kan signboard dorang macam mana... Hahaha....


Makanya, begitulah ceritanya post ke-299 nih. Tak tau la best ka bohsan ka, lantak la ampa. Hehehe..
Buhbye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading The One With 299th at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...