Please Click Me

The One With 300th

Tuesday, March 29, 2011 § 0

Yeah, tidak disengajakan aku telah menyimpan post kali ke-300 ini dengan cerita inih. Hahaha, anyway biarlah. Cepat cepat baca.

As uols don't know (most of u, only certain people yang sadar) bahawa tarikh keberanakkan aku adalah pada 28 Mac. Yeah, sama seperti nombor Maxis aku yang berakhir dengan 2803, signifikan to my birthday. As many of you don't know jugak, aku memang tak sambut besdei mesdei nih. Sori sikit. Nak ucap kat orang pun payah, inikan plak nak sambut sendirik punya. Leceh laaa. Okeyh. Let's get to da story.

Owh, pada 28 Mac tersebut, aku telah memergikan diri aku ke Pusat Tuisyen Cekal yang terletak nuuuuun di Sungai Ara. Memang maha jaohnya okeyh, tapi tak la sampai Balik Pulau. Over la tuh kalo da sampai sana. Mulanya aku bersama side kick aku yang paling loyal iaitu Ciken Melur AJ mahu mentravelkan diri menggunakan bas sahaja. Maka bersungguh lah aku mencarik route apa yang akan menterpergi ke destinasi berhampiran Pusat Tuisyen tersebut. Setelah hampir sejam menunggu bas, yes sejam okeyh, bukan mahu menganjing RapidPenang yang sangat la RAPID nya mahu sampai, tapi memang kenyataannya kami telah menunggu hampir sejam. Kata putus akhirnya dibuat, maka kami telah meminta ibu ayam di Saujana menghantar kami sahaja ke sana. Surrender dah. Kelas start jam 6, Puan Pengurus dah gelisah dah, siap antar mesej bagai sebab kol 5.55 baru kat SMK BJ. Hamboiyh.

Setelah mengharungi perjalanan yang mencabar tersebut sambil terjumpak dengan kereta rosak yang turut memburukkan kesesakkan jalan raya, kami menibakan diri ke pusat tuisyen pada jam 6.15pm. Agak rasa bersalah gak la ngan Puan Pengurus. Hoho. Okeyh, apa yang berlaku di Pusat Tuisyen okeyh la kowt, biasak-biasak sahaja.

Okeyh the journey bermula bila masa kami mahu membalikkan diri. Yesss. Bermula jalan kaki dari pusat tuisyen menuju ke satu kedai uncle yang sangat laaa lamanya. Memang menarik la rupa kedai tersebut. Sangat usang. tak tersangka di Penang ada lagi rupanya kedai-kedaian yang sebegitu. Okeyh bertanya uncle di mana perhentian bas. Kami pun tak berapa nak pasti, maka jalan-jalan menuju jalan besar. Di kanan kami dah ada dah Pak Hussin Tom Yam. Meletop, jalan kaki sahaja sudah jumpa dengan Pak Hussin. Ko ada? Kami pun jalan sambil membelah laluan jalan yang teramat la lebaqnya dan dibanjiri dengan kereta-keretaan plat Penang, iaitu teramat la lajunya.
Pembohong tol gambar nih, awat ada sebijik keta jah?... Sepatotnya ada banyak keta keyh

Then dengan row row, row your boat, kami meniba di hadapan Hospital Pantai. Yesss, di sini kami seperti dilanda ribut yang amat kuat, sampai aku rasa mahu terbang melayang. Nasib baru 5 hari berjalan. Kalau dah 10 hari, memang dah melayang dah ditiup angin. Tunggu sampai la angin kuat tersebut berenti, dah pun berjalan kembali dan berjalan. Tetiba terpikiaq mahu ke AskMe Burger. Yesss, sekali pasar malam la pulak. Sesampai di AskMe Burger, naaaah, totop. Tapi takpa sebab kami dihidangkan dengan pasar malam. Haaa, ko ada?
Ni adalah Hospital Pantai Penang

Nih la tempat kami dilanda ribut tersebut. Okeyh, nampak tak GIANT?

Owh, masa berjalan-jalan tuh, sangat excited sebab dapat jumpak dengan Mak Cik Yong Tau Foo yang hebat. Owh owh, mak cik pun buka kedai jugak kat sini. Excited excited excited. Okeyh, menyetel.
Excited jumpak Mak Cik
Owh, nih la Kompleks Bukit Gedong yang mengandungi AskMe Burger.. Hahah...

Sesudah dari jam 4.45pm mahu berjumpa dengan Bas RapidPenang, akhirnya pada jam 8.50pm dapat jugak bertemu dengan beliau. Owh sungguh excited. Kami menaiki bas yang bernombor 304. Lalu Queensbay uols.




Then setibanya di Queensbay, nahhhaaariiiaammm, rasa macam reunion la plak. Dok jumpak budak2 USM sambil bertegur-teguran sesama sendiri. Hamboiyh, hengat nih bas komuter USM ka?

Owh, akhirnya kami pun selamat tiba di USM pada jam 9.30pm gtuh gtuh. Aku terus berlari ke ofis sebab mahu tengok GEMILANG. Pastuh siapkan kerja, jam 1245am baru balik rumah. Haaa, ko ada?

Begituh la kejadian post ke-300 inih. Ha ha ha, best tak?.. Hehehe..

Owh, owh ada lagi. Sebelum tidoq, member aku di USMKK anta mesej ucap selamat besday. Katanya supposely dia anta mesej tu tepat jam 12am the previous day, tapi bila check check outbox, rupanya sending fail. Haaa, ko ada? Begituh la...

Anyway tengs kepada Side Kick ku yang setia menemani aku berjalan2 pada hari keberanakkan aku. Hehehe. Sangat seronok. Itulah besday yang paling seronok, sebab paling sikit orang wish dan paling orang tak sedar dan buat benda2 merapu dan mengarut macam tuh. Hehehe, tak la macam dua tahun lepas. Kena pox ayam okeyh. Hahaha..


Okeyh, buhbye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading The One With 300th at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...