Please Click Me

SyahmiPedia: TOK PAH

Thursday, March 10, 2011 § 0

Owh, segalanya bermula tatkala aku verangan-rangan nak menonton Mentor 5 katanya. Ada la 6 orang mentor kesemuanya dan salah seorangnya adalah Dato’ Sharifah Aini. Aku tak sure la spelling Dato’ tu macam tu, atau DATUK. Mana2 la. Beklah, maka, melihatlah aku dengan bersungguhnya Journal Mentor pada satu petang Ahad yang serba damai itu. Tiba2 datang turn Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah atau TOK PAH untuk mengannounce Protégé nya, naaahhhh, drama air mata. Okeyh, setel satu bab.

Maka, pada Ahad next weeknya pulak, telah menonton Konsert Pengenalan Mentor. Okeyh la kaaaan. Pastu tiba la plak turn TOK PAH punya anak murid nyanyi. Maka sebelum nak nyanyi tuh, sekali lagi, drama air mata. Hadoiyh. Pas abes drama tak berapa nak swasta tersebut, maka menyanyilaaaa si protégé tersebut. Sekali dengar macam TOK TI, Nampak macam Rossa. Memang aku n housemate nomor dua dok kutuk2 kowt. Abes sahaja perf, pergi menerjah backstage, sekali naaaaaahhhhhhh, TOK PAH telah mendefend siap2, kot2 laaaa ada mangkok hayun dok kata perf pompuan itu ala2 Rossa. Okeyh setel bab kedua.

Bab ketiga plak, housemate aku telah mengeluarkan spekulasi, mengatakan TOK PAH nih nak mencelen TOK TI katanya. Hamboiyh, aku puuuun, ada la jugak instinct sebegitu. Saja saja la kowt dia nak lahirkan sorang artis yang katanya boleh membuatkan TOK TI nangeh. Artis sangat kaaaannnn. Drama lagi. Bab tiga pendek jah, sebab point tak banyak sangat.

Masuk bab keempat pulak, sempat lagiiiiiii buat babak drama air mata antara sorang peserta yang konon2 frust tak dapat jadik protégé TOK PAH. Pastu panggei mak dia nyanyi berduet ngan TOK PAH. Dah tu, siap buat statement, sebelum dia mati, dia nak tunaikan satu hasrat iaitu nak berduet ngan Sharifah Aini. Kalau x boleh pun, dapat bertentang mata puuuuun tak pa la. Hmmm, biasak laaa, drama Melayu, mesti leeeh ada babak air mata lagi. Murah sangat.
Memandangkan ini merupakan filem hantu Kak Limah, maka babak sebegini dimaafkan. Hantu Tok Pah Balik Ke Pentas. Haaa, meletop

Maka, pada kesempatan tak seberapanya ini, di kala post ini ditaip, aku sedang baring2 mahu tdo dan jam menunjukkan 1230am, 10 Mac 2010. Post ini akan auto publish pada satu tarikh yang korang puuuun akan tahu jugak nanti, aku telah mencipta SyahmiPedia. Sebutan PEDIA tuh sama jah macam PEDIA dalam Wikipedia atau nak sebut dalam bunyik Penang pun tak pa. Kalau nak memPenangkannya boleh sebut Syahmi-PADIYYYA (Hapa dia???). Haaa, oleh itu, daftar kata atau frasa pertama yang aku register adalah TOK PAH, yang membawa maksud orang yang suka membuat drama dan melimpah ruahkan air mata umpama paip yang tidak dipanggil plumber untuk dibaiki.

Contoh ayat, “Senah memang suka berTOK PAH untuk menarik perhatian suaminya”, atau “Cukup-cukup la berTOK PAH nih, macam aku tak tau niat kau. Bagitahu ja terang-terangan”. Haaa, boleh. Dari semasa ke semasa aku akan mengupdate lagi daftar kata dalam SyahmiPedia okeyh. Hahaha… 

Bubyeeee…

YZYZ

What's this?

You are currently reading SyahmiPedia: TOK PAH at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...