Please Click Me

Tribute Buat Seorang Minah yang Gelong

Saturday, April 30, 2011 § 1

Baeklah, post kali ini ditujukan khas buat seorang minah yang ting tong, gelong, sengal dan apa saja yang korang nak kutuk, dipersilakan. Haha. Sama macam penulisan aku yang mengutuk Lele, aku sangat harap beliau tidak menyaman aku bersempena penulisan ini.

Disclaimer: 16 PK (Paling Kutuk)

Haha, baeklah, aku mengenali minah yang bernama Mahfuzah Othman besempena PIMPIN Siswa Fasa II pada tahun 2009. Sebelum tu, nama minah ni seringkali meniti di bibir member2 aku macam Mark Jinmin. Kalau lepak ngan Mark dulu2, selalu jek mamat tu sebut nama minah gelong tuh. Aku pun dok pikiaq punya pikiaq, sapa dia laaa minah tuh.
Cik Kak Fuzah, Mark Jinmin dan Kak Mia. Antara orang2 awal yang menyebabkan ktorang jadik rapat

Then, kami diketemukan pada malam sebelum kami pergi ke kem PIMPIN Siswa untuk pelajar Antarabangsa. Dia ditugaskan menjadi Timbalan Kem Komandan, manakala aku merupakan PUGK (Pembantu Urusetia Gila Kuasa). Then dari situ la aku menjadi kenal dengan beliau. Tetapi belum rapat lagi.

Entah apa kimianya bila aku menjadi rapat dengan beliau. Aku pun menjadi lupa di mana titik mula kami menjadi rapat, tetapi pada aku, pemulanya adalah Mark. Bila naik HEP, kami dua orang selalu mengecoh ofis dan menghabiskan bekalan kerepek beliau.

Kami menjadi makin rapat bila aku dilantik menjadi staf BHEPP melaui skim Pekerja Khidmat Singkat (PKS). Okeh, kat sini laaaaa mulanya minah nih jadik agak penting dalam hidup aku. Dia nih laaa yang paling selalu tolong aku waktu aku susah. Antara yang paling mengharukan aku adalah bila dia sanggup tolong aku selesaikan beberapa perkara sebelum pengajian aku berakhir. Tak ramai yang tahu mengenai perkara tu. Hanya Kak Mia, TokWan dan Solihin ja yang tahu. Actually pertolongan yang dia bagi tu sangat berbahaya, sebab kami boleh bergaduh, worst case scenario tak kan bertegur antara satu sama lain. Tapi Alhamdulillah, aku dan dia mampu berpegang kepada apa yang kami katakan dan segalanya selesai mengikut masa yang ditetapkan. Tengs sangat sangat tau.
Aku memang saja nak letak muka dia yang nampak huduh-huduh jah dalam blog nih. Hahaha.

Then dia nih jugak telah menjadi fasi/KU/KUGK dalam kem aku di Cinta Alam Kelimat. Bersama beliau, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik, walaupun terdapat lompang di sana dan di sini. Tapi okey la jugak. Kem aku tu, tak ada la perfect tara mana pun, tapi sekurangnya menghampiri KPI yang terdapat di dalam modul, sekurang-kurangnya.

Selaen tuh, dia nih juga terlalu banyak kali da menolong aku. Tapi yang bestnya adalah, kalau dia rasa dia tak mao or tak dapat tolong dia akan say NO. Okey la kan, xda la kita rasa cam kita ni burden terhadap dia.

Baeklah, ada beberapa nilai tentang diri dia nih yang anda, anda dan anda kena tau. Dia nih suka membagi pendapat, walaupun kadang2 (and on some cases, everytime) pendapat yang dia bagi tu deviate dari tajuk asal yang kita cuba bincangkan. Banyak isu yang aku bangkitkan terhadap dia dan dia mampu untuk mengulas sebagaimana seorang Degree holder sepatotnya menjawab. Dia tak cuba melarikan diri atau tidak menunjukkan minat terhadap segala perbincangan ilmiah yang aku cuba lontarkan. Sepatotnya, sebegitulah seorang Degree holder bersikap. Bukan mencela orang2 yang ingin membagi pendapat atau cuba membawa sesuatu gaya pemikiran baru.

Dia nih jugak antara manusia yang rajin dan suka menegur aku dan juga mungkin orang lain secara direct jah. Tak da dah nak kias2 bagai. Kalau dia nak tegur, dia tegur jah. Tapi dalam politik tempat kerja, dia nih agak neutral jugak. Maybe kita dok kutuk staf tu, staf nih, tapi dia selalu mengambil jalan tengah dengan menjadi neutral. Okeyh la kan.

Banyak benda yang nak kutuk dia nih, tapi disebabkan dia nih selalu belanja aku makan, maka aku tak jadi kutuk. Hehehe. Susah nak mencarik kakak macam dia nih lagi dah. Semugah bila dah berada di tempat baru, nilai2 yang menjadikan dia nih unik tu tak hilang dan menjadi semakin baik. Bila bangkitkan argument, tolong pahami ekh isi argument tersebut. Tak la merewang sangat isi perbincangan kita. InsyaAllah, kalo ada jodoh kita jumpak lagi. Eleh, engineering campus ja pun. En. Rashid pun dok jumpak jah kan. Jangan lupak open table keyh. Hehehe.

Tengs tau akak ataih segala bantuan selama nih. Lepas nih doakan saya pulak ekh. Kekekeke.

YZYZ

What's this?

You are currently reading Tribute Buat Seorang Minah yang Gelong at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 1 Response to “Tribute Buat Seorang Minah yang Gelong”

  • fuzama says:

    adik..thanks 4 everythings...kamu banyak mengajar kakak tentang erti pengorbanan, kepercayaan dan kasih sayang. InsyaAllah, akak sentiasa doakan kejayaan & kebahagiaan kamu dunia & akhirat...jgn lupa pesan akak ni sampai mati jaga solat k!

    p/s:kutukan paling *meleps* pernah aku terima...ceh!

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...