Please Click Me

Benci Aku

Tuesday, July 19, 2011 § 5

Serius aku benci. Benci gila2. Bila orang bagi nama kat aku untuk join program. Then cancel last minute. Kalau sorang, dua takpa lagi. Ni kadang beramai2 lak tuh. Kalau bagi alasan munasabah, aku boleh terima. Antara alasan yang aku boleh digest adalah:

  1. Keluarga tak restu
  2. Supervisor bagi projek last minute
  3. Cuti tak diluluskan
  4. Apa sahaja yang aku boleh accept
Alasan yang paling aku benci adalah:
  1. Tiba-tiba sakit
  2. Hal yang tidak dapat dielakkan
  3. Tiba-tiba kena attend kenduri
  4. Balak/awek tak bagi pergi
  5. Apa sahaja yang aku tak boleh accept
Kan, memang menyakitkan hati gak bila ada yang kata, "Eh, nak sangat2 join program anjuran korang, tapi selalu tak dapat nak pergi". Kalau dah tak nak pergi tuh, cakap je la tak mau gi. Toksah nak kipas2 bontot ktorang dah.

Pastu ada jugak satu lagi spesies yang aku paling benci. Bila call call tak berangkat. Heiy, ingat aku nak ngorat ko ke? Aku call sebab nak follow up la weah. Secara terus dan terang, aku paling benci call MPP. Tak pernahnya nak berangkat. Call kol 7.55 malam pun meeting lagi ke? Pastu siap kata, "Ehh, korang tak call pun", haaaa, memang nak kena hanjeng laaaaa....

Apa lagi yang aku benci haaa, yess, bila ada sejenis makhluk yang tanya banyak2 soalan yang takda kaitan dan boleh diletakkan dalam satu kategori yang sama. Contohnya:

Dia: Eh, nak join la program tu. Boleh join lagi ke?
Saya: Boleh, bagi nama, IC, nombor telefon segera. Nanti kami uruskan
Dia: Sure boleh join lagi ke? Da lewat gila dah nih..
Saya: Boleh, bagi nama, IC, nombor telefon segera. Nanti kami uruskan
Dia: Eh, nanti kalau join, nak daftar kat mane?
Saya: Boleh, bagi nama, IC, nombor telefon segera. Nanti kami uruskan
Dia: Ada kawan saya yang nak join gak, boleh ke dia bagi nama?
Saya: Boleh, bagi nama, IC, nombor telefon segera. Nanti kami uruskan
Dia: Kalau dia join, maksudnya nanti saya pun tetap terpilih ke?
Saya: HEIY MANGKOK, CEPAT LA BAGI NAMA KO. DAH KOL 4.55 PETANG NIH. OFIS NAK TUTUP LAGI 15 MINIT!!!!

Haaaaa... macam2... nanti nak buat bedah siasat lagi, perangai2 pelik pelajar dan peserta.. Hahaha...

Buhbye..

YZYZ

What's this?

You are currently reading Benci Aku at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 5 Response to “Benci Aku”

  • This comment has been removed by the author.
  • alhamdulillah setakat ini saya masih menjawab setiap phone call yg saya dpt, kecuali laa kalau betul2 tak perasan, hp silent etc.. huhu terima kasih kepada staf2 dan PKS BHEPP USM, banyak cabaran dalam nak berurusan dengan student, kita takkan memahaminya melainkan kita berada di tempat mereka.. :)

    -- Izzah Syahmina :)

  • Syahmi says:

    hehehe.. bagos bagos.. so far izzah memang menyokong padu program2 anjuran BHEPP. panggil jek konfirm datang. jangan jadik MPP yang tau komplen dan berjanji jah. tapi buatnya, haram tak... (dan jadiklah seperti sebahagian kecil MPP yang masih menjawab phone).. hehehe

  • ello says:

    hahahahahaha.. ak menjawab phone..kan kan.. hahahaha..

    thanx for the post.. ko wat aku tergelak.. :)

  • Syahmi says:

    SU Kerja zaman pemerintahan Shafiq pun jawab phone gak... hahahah....

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...