Please Click Me

Juadah-juadah Buka Puasa Terakhir 1432H

Sunday, August 28, 2011 § 0

Owh, sepanjang ingatan aku, semakin nak berakhir puasa, semakin marvelous menu buka puasa aku. Haha, hmm, nak ingat apa yang aku buka puasa tahun2 lepas, kenalah aku belek2 balik post yang lama-lama. Bagi memudahkan untuk aku mengingati apa yg aku makan tahun ni pada tahun depan, maka aku telah membuat keputusan untuk menulis post ini. Hehehe.
Berikut merupakan juadah berbuka aku pada hari2 terakhir puasa kali nih.

25 Ramadhan
Lokasi: Ivory Bukit Gambier
Owh aku telah makan nasi Arab yang banyak sambil ada lamb. Nama apa ntah, Mendi Lamb with Rice kowt. Minum lak air yang dorang import dari Arab gak kowt. Air tu campuran oren dan mango. Nasi tu harga dia RM12.00 dan air tu plak harga dia RM2.00. Tapi aku tak bayar la, ada orang yang belanja. Hehe, tengs tau sbab belanja.

26 Ramadhan
Lokasi: Queensbay
Kali nih aku telah mengeluarkan diri bersama Nazira n Kupot. Mulanya nak makan Domino's, tapi telah tertukar plan. Kami telah makan di SubWay. Ni merupakan kali pertama Kupot memakan SubWay. Makanya aku telah memperkenal satu lagi kedai kepada Kupot. Lepas makan SubWay, kami telah memergikan diri ke JCo plak untuk makan frozen Yogurt. Nasib hujan. Kalo tak, mesti ktorang dah seberang jalan untuk makan frozen Yogurt di Tutti Fruitti,


27 Ramadhan
Lokasi: Taman Jade View
Memandangkan ramai dah balik, maka aku malas la nak berbuka di luar. Tapi kol 6.30 petang aku g Domino's yang dekat ngan rumah aku tuh. Lama la jugak nak tunggu queue. Then beli dua keping regular Pizza, Garlic Stix dan sebotol Sprite. Yeah, sampai kol 11 baru la berjaya habiskan semua tuh. Hidangan untuk 5 orang, aku bantai sorang.

28 Ramadhan
Lokasi: Taman Jade View (lagi kowt)
Arrh, yang ni tak tau nak makan apa lagi. Macam nak beli Burger King pun ada. Nak makan sushi pun ada. Tengok la nanti aku makan apa. Haha, tapi kemungkinan besarnya adalah Burger King kowt. Hohoho.

Okeyh, setakat nih saja dulu. Nak kumpul mood untuk cerita sebab musabab aku tak mau balik kampung. Tapi cerita tu sedih, sekarang aku tengah happy. Tak kena mood lak. Haha.

Okeyh,

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Juadah-juadah Buka Puasa Terakhir 1432H at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...