Please Click Me

Kek Raya Favorite Mak Aku

Sunday, August 28, 2011 § 0

Hah, ceritanya bermula bila aku baru lepas berbuka. Arinih berbuka McD jek. Kononnya nak beli sushi bagai kat Tesco, sekali tersalah masuk corner, tercorner ke exit. Hmm, malas nak patah balik, keluar terus. Lantak la. Esok esok la nak Sushi bagai. Haha. Sedap ke sushi Tesco tuh. Haha.

Then lepas solat bagai, pergi la memotong kek pemberian Uncle Lim. Masa nak potong kek coklat, tiba2 aku teringat Kek Negro yang mak aku selalu kukus dulu-dulu bila nak raya. Maka aku terasa mahu menulis post tentang kuih raya favorite mak aku bila nak raya.

KEK NEGRO
Actually kek nih macam brownies la sebab dia kukus guna gula perang. Lepas kukus, sepatutnya warna kek nih akan jadik hitam legam seakan-akan negro la. BTW Negro tuh dalam bahasa apa ntah, maksudnya HITAM. Tapi sepanjang mak aku kukus, tak pernah jadik warna hitam legam merelit. Pasti jadik kaler brown gelap. Nak dijadikan cerita, pada kali terakhir mak aku kukus kek tu, kalau tak silap waktu raya haji kowt, finally mak aku berjaya menegrokan kek tersebut. Hmm, cam tau2 jek tu kali terakhir dia bake terus jadik kaler seperti yang sepatutnya.

KEK LAPIS INDONESIA
Kek ni plak, tak tau la pasal apa nama Indonesia. Struktur kek ni actually lapis guna satu atau dua warna jah. Lapis lak nipis nipis. Then kalau guna dua warna untuk lapis, nanti bila da siap, akan ada tiga warna lapisan (dan sangat nipis). Warna ketiga adalah warna brown hasil daripada pertukaran warna kat layer atas setiap lapisan. Aku rasalah maybe sebab orang Indonesia suka buat kek lapis macam ni yang nama kek nih jadik Lapis Indonesia. Selalunya kalau kek dari Indonesia, dorang lapis camni lah.
Yeah, this exactly how it looks like. Haha..

KEK PROTON SAGA
Owh, kek ni plak, tak tau apa signifikan namanya proton saga. Berbanding tekstur lapis Indonesia yang kering, tekstur kek nih adalah sangat moist dan lembik. Bahan utama yang menjadikan kek nih lembut dan moist adalah seri kaya. Tapi kek nih rasanya tak tahan lama. Ye lah, kek moist nih senang ditumbuhi kulat.
Owh No No No. Jangan gambarkan kek ini dalam bentuk seperti ini. Haha...

KEK BUAH
Ye kowt nama kek nih kek buah. Sebab dalam kek nih akan ada banyak buah-buahan yang bercampur. Hat ni takda la lapis lapis. Just ada buah-buahan macam prune, kismis, dan macam-macam lagi la yang mak aku suka letak. Selalunya, kek nih adalah least favorite aku. Hehe

KEK MASAM MANIS
Hah, kek nih plak mak aku akan lapis ngan satu jenis asam yang rasanya masam manis. Aku tak la apa nama asam tuh. Tapi dia sekeping-sekeping dan sebesar duit 2 kupang. Hiris benda tuh, then letakkan dalam setiap lapisan secara horizontal. Kalau datang rajin mak aku, dia buat la lapisan dalam bentuk diagonal.

BISKUT SARANG SEMUT
Hat ni memang favorite mak aku. Base color adalah kuning dan ditabur dengan coklat rice yang warna hitam saja.
Haish, asal lak chocolate rice dia warna-warni. Tak menepati spec mak aku. Haha.

POPIA
Mak aku serious rajin gulung popia dulu2. Dah tu bukannya dia gulung kecik2. Mesti dia gulung besar-besar. Tu yang suka makan. Xde la rasa kedekut sangat. Biasanya ktorang la jadik mangsa menggulung popia. Ehe.

Actually banyak lagi yang mak aku selalu buat, tapi aku dah lupa banyak. Kacang-kacang laa, biskut-biskut laaa dan beberapa resipi kek lapis yang dia belajar dari kekawan, pasti kena praktik tiap2 tahun. Tapi tu lah, maklumlah mak aku pun dah lama tak ada, so da mula lupa sikit-sikit dah. Raya pun dah tak berapa nak ada seri. Hmmmm...

Okeyh, takat tu ja la kowt.

Buhbye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kek Raya Favorite Mak Aku at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...