Please Click Me

Sahur Terpenat

Monday, August 1, 2011 § 2

owh, memulakan cerita, aku baru mengembalikan diri daripada Langkawi pada Maghrib 1 Ramadhan 1432H. Yeah minit-minit pertama Ramadhan disambut di ofis, sambil bergossip buat kali terakhir terutama kepada Cik Winchester. Kemudian kembali ke rumah lebih kurang dalam kol 9++ lebih.

Setibanya di rumah, yess, tengok KPop Hitz kat Ch705, then tengok Spongebob Ch612, terus tertido. Sekejap2 terbangun, sekejap2 terbangun, rupanya aku terlelap atas lantai di ruang tamu, masih bersinglet dan memakai seluar jeans. Sakit badan kowt, then terus set alarm kol 5am.

Bangun kol 5am, snooze sampai 5.20am, terus terasa mamai. Masuk bilik tidur, buka seluar jeans dan jalan2 dalam rumah pakai boxer dan singlet sahaja. Ye la, sakit kowt bangun pagi2 sambil pakai seluar jeans. Seluar ketat dan keras. Then menggoreng harsh brown dan nugget, sambil membuat air milo campur beberapa ketul Whittaker's 72% Dark Chocolate. Makan, makan, makan. Minum, minum, minum sambil browsing channel TV, dah Subuh.

Mandi, sembahyang, bersiap-siap, tengok Simpson's terus gerak ke ofis. Begitulah cerita typical sahur terpenat aku pada Ramadhan pertama tahun ini. Owh, well, tiba2 terasa macam artis sebab nak ceritakan benda2 yang tidak perlu seperti post kali ini. Hehehe.

Owh well, happy Ramadhan olss.

Buhbye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Sahur Terpenat at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Sahur Terpenat”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...