Please Click Me

Abang Long Kasi Seeennnggg-Ngiiiaaattt

Tuesday, November 1, 2011 § 3

Ohoiy, sebelum pembahanan ini bermula, for the record, aku pernah jah menulis benda benda sebegini kepada banyak orang. Kalu tak caya cuba klik pada link di bawah ini:
  1. Ibu Mala
  2. Lele Madeven
  3. Hayam-hayaman
  4. Cik Kak Lestari
  5. dan sapa hentah lagi
Cuba klik, pastu klik sekali iklan-iklan ekh. Kasi up sikit pendapatan aku. Nak beli coffee table niiiihhh. Haha.

Baeklah, aku ekceli tak kenal sangat pun mamat Abang Long Kawasan nih. Selalu la jugak nama dia nih meniti di bibr kawan2 aku dulu masa tengah study. Tapi tak pernah nampak pun. Tup tup tau dia nak kawen ngan salah seorang senior yang memang aku kenal dan jugak mantan PKS pada ketika itu. Pastu kalut laaaa semua orang nak gi kenduri kawen dorang. Aku lak kalut nak carik hadiah nak pekena dorang. Hehe. Lawak la, aku bungkus apa entah dalam wedding gift dorang tuh. Tapi paling ingat letak Pampers dan Kad Selamat Hari Bapa. Itu bermakna, aku lah orang pertama yang membagi hadiah kepada Qaleesya. Ehe.
Cuba carik, mana satu Abang Long

Then April 2011, Kak Mala kembali semula ke USM, menjadik PKS selepas berenti jadik cikgu. Aku pun baru dua bulan kembali semula menjadik PKS, selepas dua bulan setengah sabatikal. Hehe, then projek pertama waktu tu adalah bengkel pembentukan modul PIMPIN Siswa Lanjutan. Selalu la jugak Abang Long nih datang menolong. Tapi time tu dia sibuk nak siapkan master dia. Dan aku pulak bahasakan Abang Long sebagai husband Kak Mala. Formal tak formal engkau.

Then kalau Kak Mala sakit ka apa kat ofis, selalu la Abang Long turun Penang. Teman wife dia, sebab time tu Kak Mala tengah pregnant. Waktu tu pun tak berapa rapat sangat ngan Abang Long. Segan lagi. BTW aku memang segan okeyh dengan orang yang aku jarang2 jumpa. Aku tak peramah okeyh.

Ceritanya aku menjadi baik dan rapat ngan Abang Long adalah selepas PIMPIN Siswa Lanjutan. Abang Long tak gi yang modul fizikal. Dia gi modul pembangunan kendiri ja, kat Langkawi. Masa siri pertama, Abang Long dan Kak Mala duduk kat Langkawi sampai sebelas hari, sebab continue dengan satu program Usahawan. Makanya Abang Long da start tolong PIMPIN Siswa Lanjutan dari mula mula lagi, ketika bengkel di Jerejak.

Hat ni kami kat Langkawi, masa PIMPIN Siswa Lanjutan. Me, Abang Mus and the burger besar di kedai Tun Mahathir
Sumpah seious, Abang Long nih seorang yang sangat lawak dan tak terduga-duga. Nampak jah macam orang2 skema dan alim warak, tapi haaaa, perangai dia. Satu perangai dia yang paling ktorang ingat adalah dia suka buat mimik orang lain. Pastu dia sangat la imaginatif. Dia nih banyak laaa frasa dan perkataan yang menjadik catchphrase dia. Antaranya:
  1. Boleh pengsan ni...
  2. Berdarah-darah
  3. Kasi sengattt
  4. Wuuu, jam teruk tuuu (setiap kali nak start ejin kereta)
  5. Heiy, kau mari sini (I notice this one kalau dia nak bercerita)
  6. Assalamualaikuuuummmmm
Dia nih pun ada hobi gak. Hobi dia adalah tukar nama orang lain. Antara nama2 yang lahir dari mulut dia adalah:
  1. Nirmala Bonat (bini dia laa)
  2. Adi Boulala (Adi yang btw pun da berenti gak jadik PKS)
  3. Koprot (Kupot)
  4. Qalee Qalee (Nama anak dia)
  5. R**** (Hat ni kontroversi sikit)
  6. Che Sayang-Menyayang (Kak Sayang)
  7. JayJay (Tokwan)
  8. dan macam-macam nama lagi, aku da lupa dah..
Okeyh, ni adalah Bola yang kami beli, dan bola nih la jugak hadiah convo untuk semua orang, atas nama Adi Boulala, nama yang Abang Mus kasik kat Adi.

Owh, btw, ada cerita macam mana nama Abang Long tu boleh naek. Ceritanya kami tengok cerita KL Gangster dalam feri otw pergi dan balik Langkawi untuk PIMPIN Siswa Lanjutan/ Program Usahawan. Terus dia lakonkan balik scene "Kasi sengat" tuh berulang-ulang kali. Semua orang dia nak sengat okeyh. Pastu kami pun gelar dia Abang Long Kawasan, dan antara kawasan yang dia dah langgar adalah Bazaar Ramadhan Bayan Baru (yang hat sebelah masjid tuh). Yeeesss, cempedak goreng, kucing goreng semua ada. Kepada PKS-PKS sekalian, mesti korang ingat kejadian "Membazir itu amalam syaittoooonnnnn". . . Haha. . .

Tak lupa juga okeyh, Abang Long ni seorang yang mesra rakyat. Semua orang dia nak tegur okeyh. Orang yang ktorang tak pernah tegur puuuun, dia buat macam da lama kenal dah. Tau tau ja dia da rapat ngan orang tu, orang nih. Semua staff kat HEP tu memang da dalam sengatan dia dah. Haha.
Sapa kata aku takut pegang baby. Relex ja pegang Qaleesya
Abang Long adalah antara yang selalu tolong aku jugak. Dia tak takut untuk menjadi rendah dan tidak meletakkan diri dalam kedudukan yang tinggi. Dia nih sangat la humble okeyh. Dia tak kisah pun kalau kena buat kerja-kerja buruh. Kalau tengok aku tengah angkat barang ka apa ka, dia selalu akan tanya "Syahmi, ada benda yang nak abang tolong ka?". Masa PIMPIN aritu, kami paling risau ngan Abang Long, tapi balik2 dari kem, Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar kat kem dia. Abang Long gak antara orang yang selalu bagi benda ikut spec yang kita nak. Memang tak susah la nak kerja ngan Abang Long. Kita mintak A, dia bagi A, kita mintak ayam masak kicap, ayam masak kicap la dia bagi. Tapi ada satu benda yang kritikal tentang Abang Long. Dia nih, sensitif sikit bab makan. Mesti kena laju dan tepat pada masanya. Haha, memang tak menyempat-nyempat haaa engkau.

Owh, Abang Long nih ada seorang baby girl yang dinamakan Qaleesya Nur Mawaddah (betui ka spelling nih, sorry kalo salah). Dulu, masa dalam perut, eh salah, dalam uterus, kami panggil baby nih Mia, dengan harapan dia akan lahir sekiut Mia Sara, pelakon Adamaya tuh. Tup tup keluar, lagi kiut dari Mia Sara, dan kalo emak Mia tu nampak Qaleesya, konfirm2 makan hati. Hehe. Teringat kejadian Kak Mala dapat false warning dalam feri otw balik dari Langkawi. Masa tuh, Abang Long memang tersengat sendirik lah. Nampak kecuakkan dan kepucatan di muka Abang Long. Tapi nak dijadikan cerita dan sangat lawaknya bila dia tolong kami angkut storage box pulak. Kalut dan ting tong punya pasal, terangkut storage box engkau. Bila Qaleesya da keluar, dia kata kat ktorang, dia nak ajak Kak Mala lumba lari. Haha.
Pasangan yang suuuuwwwiiittttt sangat, dan baby mereka yang comel

Abang Long memang nampak sangat sayang gila gila kat Qaleesya. Aku dan Naz sangat setuju dengan ini. Tapi dia dalam sayang2 tuh, hmmm, dia nak ajak Qaleesya bergusti okeyh. Mampu kaw? . . . Haha, korang dengar la macam mana planning dia nak membesarkan Qaleesya, tapi sure berbeza dengan ayah-ayah yang lain, dan sangat lawak. Haha.

Oh hoiy, rasanya setakat ni la dulu kowt, membahan Abang Long. Jumpak lagi ya.. Hehe.. Bubye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Abang Long Kasi Seeennnggg-Ngiiiaaattt at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 3 Response to “Abang Long Kasi Seeennnggg-Ngiiiaaattt”

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...