Please Click Me

Mari Masak Spaghetti

Monday, November 7, 2011 § 0

Yeah, aku telah pun terliur nak makan spaghetti for a very very long time. Saja la nak habaq kat Kak Zati waktu makan-makan kat umah dia. Tak paham hint ka apa. Bagitau la jugak kat Naz dan Koprot, pun xda hasil. Gtau kat Kak Mala, lewat sikit baru leh masak. Kalau Mak Cik Siti, lagi la tak kan berhasil. Makanya aku telah membuat langkah derastik untuk memasak sendirik y'll.

Okeh, meminta la resipi daripada Naz, Koprot dan Kak Mala. Memula membeli barangan di TESCO Sungai Dua jah. Antara benda yang essential untuk memasak spaghetti bolognaise ni adalah, of course spaghetti, tomato puree, bawang putih, onions, rosemary, oregano. Then boleh la pilih nak lauk dan sayur apa. Biasanya dicadangkan lauk, amek minced meat atau meatball, tapi on my case aku tambah udang. Hehe. Then untuk sayur lak leh amek capsicum dan cendawan.

Sebelum memasak, kena la ada pre-cooking preparation. Onion dan garlic haruslah dipotong secara halus. Cendawan plak, selepas direndam, dipotong secara nipis, ikut selera la. Capsicum tadi pun haruslah di'slice' juga.

Then ketika mahu memasak, boilkan air, masukkan garam, minyak dan kiub pati daging dan masak spaghetti lebih kurang dalam 10 ke 12 minit macam tu. Ikut seberapa tender yang kita mahu laa. Then, pada satu dapur yang lain, panaskan minyak dan tumis laa garlic bersama onion. Campurkan sekali rosemary dan oregano. Okeyh, di sini ada satu tricky part. Selepas menumis tu, sila letak air okeyh, untuk mengelakkan kuah spaghetti kita menjadi kering. Hehe, lesson learned.
Okeyh, ni adalah satu contoh kuah spaghetti yang kering. Hehehe...

Then letak la segala lauk pauk yang kita pilih tadi, minced meat ka, meatballs ka, udang ka, kucing goreng ka. Tunggu sampai benda2 ni separa masak, masukkan pula tomato puree. Then last sekali masukkan segala sayur-sayuran. Tunggu hingga mendidih, tadaaaaa, da siap. Owh sebelum tu, jangan lupa plak untuk membubuh garam dan segala perasa lain macam gula, kiub pati daging, pepper dan sebagainya. Ikut keseleraan laaa.
Yang ini baru betol. Hehehe.

Hehe, okeyh. Nanti aku share lak cara-cara membuat carbonara. Hohoiy.. hehe..
Selepas dihidangkan. Hohoiy...
Buhbye...

YZYZ

What's this?

You are currently reading Mari Masak Spaghetti at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...