Please Click Me

Archive for December 2011

Voodoo

Wednesday, December 28, 2011 § 1

Owh, ceritanya semalam di ofis kami telah menerima Astroview untuk Januari punya. Untung laa, kat umah tak payah purchase Astroview. Tengok dan baca kat ofis jah.

Selak-selak, tiba-tiba terbaca satu artikel tentag voodoo. Yoh, banyak rupanya fakta yang salah tentang voodoo. Banyak yang kata voodoo tu sebenarnya untuk tujuan kejahatan. Well, kalau kita ada membaca buku tentang comparison budaya dan bias-bias, kadang kita boleh fikir kenapa tanggapan ni selalunya wujud.

Mungkin, mungkinlah. Aku tak tau, tapi ini just opinion aku jah. First time aku tau tentang voodoo kalau tak silap dari cerita X-Files kowt, lama-lama dulu. Masa tu aku kecik lagi. Sekolah rendah lagi. Maybe dorang* ni cuba nak downgrade kan budaya penduduk dunia yang lain. Kenapa dorang* nak buat macam tu, well, uoll boleh buat tanggapan sendiri kowt. Kata share segala macam benda kat FB, tak kan laaaaa tak tau. Kaa masa share tu saja jah nak share sebab orang lain pun share. CHOIIYYYY...

Well, ni apa yang aku dapat daripada Astroview. Meh baca:

Orang kata: Voodoo fokus sepenuhnya kepada black magic (sihir yang jahat laaa)
Sebenarnya: Voodoo melibatkan kedua-dua good and black magic

Orang kata: Orang yang praktis voodoo sebab nak kasi sakit orang lain
Sebenarnya: Voodoo digunakan untuk sembuhkan sakit

Orang kata: Pengorbanan manusia adalah biasa dalam voodoo
Sebenarnya: Pengorbanan manusia adalah berlawanan dengan kod moral voodoo "tidak mencederakan orang lain". Tapi dorang korbankan haiwan (aiyoo, mampos lah kalo pelindung haiwan tau)

Well, banyak kan benda yang kita tak tau. Tu belum lagi cerita tentang budaya kita sebagai masyarakat Melayu. Huh, lagi banyak yang nak kena selongkar. Apa yang kita rasa kita tak buat, actually benda tu lah yang kita paling selalu buat. Nasib sinar Islam datang cepat, kalau tak sampai ke sudah masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan.

Ni la artikel yang original

Ni Voodoo Thursday. Dia appear dalam video clip Black Eyed Peas,
Don't Phunk With My Heart

Nota kaki (Foot note):
Actually sumber daripada Astroview saja pun belum cukup. Maybe kita boleh tengok documentary yang betul dan baca lebih banyak tentang kebudayaan Afrika. Damn, aku tak purchase plak Crime & Investigation channel dan Discovery

Perkataan dorang (yang diletakkan tanda asterisk *) sebenarnya tidak merujuk kepada mana-mana pihak, sebab salah tanggapan dan peng'downgrade'an boleh berlaku kepada sesiapa. Even masyarakat melayu sendiri selalu memberi tanggapan salah dan men'down'kan sesama sendiri.

Baeklah...

Buhbye

YZYZ

I Use My Face To Get Free Food

Tuesday, December 27, 2011 § 0


One of my tagline adalah “I Use My Face To Get Free Foods”. Ehek. Well, aku tiba-tiba tertrigger untuk menulis tentang sikap flirtatious aku di depan cashier. Hehe. Okeyh, most of the contoh yang aku guna merupakan self-experience okeyh. Bukan made up, saja-saja nak buat. Ahaks. Perlu la aku nak bercerita cerita yang bukan cerita aku. So not me okeyh. Haha.

Baeklah, tahukah kita sebenarnya kita boleh mendapat harga yang murah dengan hanya memberi senyuman dan bercakap sikit-sikit dengan cashier. Tapi maksud aku murah, bukanlah harga nasi goreng kampung tu RM3.50, kita balun jadik RM2.00, tu melampau-lampau la. Murah yang aku maksudkan di sini, adalah rounding adjustment.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda perlu membayar harga makanan sebanyak RM6.10. Seluk seluk poket, tak jumpa plak sekupang. Maka kita terpaksa menghulur tujuh keping bill RM1.00 dan menerima kembali sembilan keping duit sekupang. Troublesome kan?

Imagine juga setiap kali anda makan, anda dapat membuat penjimatan sebanyak RM0.10. Sehari anda makan dua kali. Maka RM0.10 x 2 kali x 365 hari = RM73.00. HUH, tujuh puloh tiga hengget!!!!... Tu kalau dapat jimat sekupang, buatnya dapat jimat sampai sepuluh kupang, sure tiap tiap end year uoll boleh pergi melancong dalam negara. Nampak tak kekuatan penjimatan yang cuba aku sampaikan tu. Macam mana nak capai? Hah melalui flirting laaaahhh. Tambah lagi kalau pompuan dan cashier tu plak jantan, combi yang sangat la menguntungkan.

Antara mangsa aku adalah kakak kedai kuih. Kedai mana? Haaa, kena rahsiakan. Mampus aku kalau ada orang dengki kat aku, buatnya dia tunjuk kat owner kedai tuh post nih, hancur laa harapan aku untuk melancong dalam negara. Kalau tak dapat kurangkan harga, pergi la minta kuih free satu dua bijik. Pastu, sambil pilih pilih tuh, bolehla minta nak merasa sikit. Kowt kowt ada racun kaaa, apa kaaa alasannya. Tapi ekceli nak merasa kuih free.

Kalau susah sangat nak kurang harga, buat seperti yang aku lakukan kat makcik laici kang kat bazaar Ramadhan RST. Pada adik-adik pesyer yang tak tau, dulu terdapatnya bazaar Ramadhan kat depan RST tu, dan bazaar tu sangat meriah. Round pertama nak cuci mata, round kedua baru tengok tengok kuih. Hehe, rindunyaaaa kat bazaar tuh. Baek, makcik laicikang. Hari pertama bazaar:

Aku: Makcik nak laicikang satu
Makcik: Adik nak apa? (Kita boleh pilih isi laicikang tuh)
Aku: Saya nak semua, pastu setiap satu ni extra, tapi harga sama.
Makcik: Errrrrr…. Baek.

Hari kedua bazaar.

Aku: Makcik, nak laicikang macam semalam, nak semua, extra, tapi harga sama
Pakcik (suami makcik kowt): YEEE!!!! NAK APA????!!!!!
Aku: Errr, nak laicikang biasa satu.. hehehe

Sumpah pastu aku terus tak beli dah laicikang kat makcik tuh. Punya la seronok minta barang free, sekali the next day, laki dengan garangnya tanya aku nak apa. Terus diam engkau.

Kadang sebab utama kita nak rounding harga ni, bukan sebab nak pergi melancong dalam negara pun sangat. Tapi lebih kepada malas nak pegang duit syiling (change). Kalau RM0.40 dan ke bawah tu normal lah. Tapi aku pernah try kat kedai mamak, harga makanan aku RM6.60, aku cakap aku nak bayar RM6.00 ja, terus dia kata, okey laa okey laaa. Sekali percubaan okeyh. Kat kedai mamak lak tuh. Sangap apa mamak tuh. Sekali lagi kat kedai mana, tak leh gtau.

Kadang kala kita tak boleh terlalu lembut jugak kalau nak minta kurang harga. Kadang kena disulami dengan makian sikit. Hamboiyh, dah la minta kurang harga, siap pi maki plak tuh. Aku jarang buat okeyh. Maki kedai makan selalu, tapi maki untuk dapat harga murah jarang arr. Aku selalu tengok, especially kat kedai-kedai runcit, even kat kedai runcit bawah umah aku nih. Nak bayar rokok puuuun, owner kedai boleh kena maki sebab harga mahal. Sian lak kat cahsier-cashier tersebut.

Owh, sapa kata kat kedai seperti McD, Domino’s (sampai ke sudah aku tak mau tulis restoran haram bernama PIZZA HUT), atau mana-mana restoran yang menetapkan harga fix, teknik ini tidak boleh dilakukan. Setiap kedai ada caranya. Paling koman adalah minta air minuman yang kurang ais. Dengan itu, kita akan dapat lebih minuman dan bukan ais. Atau boleh minta topping extra. Atau minta dorang boh fries banyak-banyak. Banyak benda yang boleh kita amik balik dari kedai-kedai macam ni. Jangan pi bawak lari botol sos dah la. Tiap kali cerita tentang get back kedai-kedai macam nih, top story mesti cerita “Aku bawak balik botol sos KFC”… aiyyoo.. grow up laa. Tak pun selalu aku buat kat kedai-kedai pizza, aku akan tanya berapa lama. So biasanya reply adalah 20 minit. Then aku akan stress aku mesti dapat something in return kalau masa ni tak dipatuhi. Kalau pergi Domino’s, sila jangan lupa “Sorry we are late coupon” okeyh. Be specific. Lambat seminit jah, terus minta kupon. Kalau kat pizza hut, haaa, pergi minta breadstix kaaa. Air refill ka. Biasanya dorang akan bagi air segelas. Minum cepat-cepat, then minta refill. Jangan malu. Kalau dorang tak bagi, ko pergi berdiri sebelah orang yang buat pizza sambil maki maki. Aku biasa buat okeyh. Memang seronok maki-maki dalam restoran haram jadah macam PIZZA HUT. Tapi ikut pengalaman, hanya PIZZA HUT jah yang bagi servis haram jadah nih. Domino’s setakat ni okey lagi. In fact dinner malam tadi pun aku beli dari Domino’s jugak.


Adakah di kedai makan sahaja? Oh no no no. Kadang kat kedai jahit pun boleh jugak okeyh. “Abang seluar ni koyak laaa kat sini, tolong jahitkan ekh, boleh? Alaaarrhh, free ja lah, sikit ja nih”. Atau “Ayoo tokey, potong sikit jah, tak kan laaa kena sampai RM23, bagi murah la sikit”. Boleh jadik juga “Eh, apa benda tu, free gift ka?? Minta satu. (Setelah dapat satu) Hamboiyh, kedekutnya, bagi la lebih-lebih sikit”. Kadang seperti ini juga boleh terjadi “Tak ada barang free ka? Meh la satu dua”, owner kedai menjawab “Hampeh ko tak beli pun nak barang free ka???”.

Hek hek, ekceli banyak lagi contoh sampai member pun malu nak kuar ngan aku. Kerja nak minta free jah. Pernah juga berlaku kejadian kat wayang. Situasinya movie tu dah full dah dan reserved seat hanya boleh dibeli 30 minit sebelum tayangan. Aku pergi berpakat ngan kakak jaga kaunter untuk bagi aku seat reserved tuh. Aku pergi tunggu kat sebelah kaunter, dan taddaaa, aku dapat seat tersebut. Hah. Lantak la langgar peraturan kaaa. Hak Hak.

Baeklah sampai sini sahaja kowt. Merepek repek dah nih.

Buhbye

YZYZ

A Thousand Years

§ 0

Ohoiy, masa  mula dengar lagu nih, sumpah aku tak minat okeyh. Tapi ada satu kejadian yang tiba-tiba membuatkan aku terminat lagu nih. Hehe.

Pada satu petang yang damai, aku sedang baring-baring kat living room rumah aku. Pastu turn on la MTV. Banyak laaa MV yang latest dorang play, ada lagu The One That Got Away, T.H.E (The Hardest Ever) dan macam-macam lagi. Tengah dok layan tu, mata makin layu. Tak pasal-pasal aku tertido.

Tengah tido tuh, aku bermimpi. Aku nampak seorang pompuan pakai dress kaler putih tengah nyanyi. Aku cuba la sedaya upaya nak dengar dia nyanyi lagu apa. Stage tu sangat laaa cantiknya, kaler biru dengan lampu dok suluh sana sini.

Then tiba-tiba ada sebuah piano kaler putih (piano okeyh). Rupa-rupanya aku tengah duduk atas piano tuh. Damn, kalau laaa mana-mana pianist nampak keadaan aku tuh, konfirm konfirm kena maki on the dot. Aku cuba nak tengok muka pompuan tuh. Makin dekat aku ngan pompuan tuh, baru aku dapat tangkap, lagu yang dia nyanyikan tu adalah lagu A Thousand Years.

Bila sampai moment aku nak tengok muka pompuan tu, terus aku ternampak muka Christina Perri dalam TV. Rupanya lagu A Thousand Years tu masuk dalam mimpi aku. Since then aku terus terminat lagu tuh dan mendownload dan terus dimasukkan dalam folder 2011 Songs. Damn.

Buhbye

YZYZ

Lelaki Manja

§ 0


(Post ini pada mulanya telah ditulis sangaaattt lah lamanya. Then, tergantung tengah jalan. Hanya hari ini aku berjaya menyiapkannya, Ohoiy)

Huiy, banyak sungguh janji aku nak buat post itu dan post ini. Sudahnya, harem. Memang aku tak buat laaa. Makanya pada malam yang sungguh indah ini, aku bertekad untuk membuat jugak post yang telah dijanjikan. BTW aku nak mempromote satu lagi resipi baru yang aku cipta. Instead of susu diary milk, aku telah menggantikan susu soya untuk dicampurkan dalam cereal. Mula2 aku makan Nestle punya corn flakes. Sekarang da tukar kepada Kellogs, like my mom used to like. Ehe. Aku kan sayang emak aku. Mesti la aku ikut kesukaan beliau. Ehe.

Speaking of a son that love his mom, sure post kali ni ada kaitannya. Ehe. There’s a ton of guy out there. Ada yang macam tu, ada yang macam ni. Species yang paling famous, for sure adalah kasanova. Lelaki mesti dikaitkan dengan ke’womanizer’an. Put aside segala label, actually ada lagi sejenis lelaki yang wujud dalam alam maya ini, iaitu lelaki manja. Ohoiy. Perlu dinyatakan, lelaki manja tidak semestinya lembut, gay atau bisexual. Sometime (mention here, kadangkala) mereka ni adalah 100% purely straight. Tapi most of them portraying themselves manja dan sangat la super duper sopan.

Alright berikut merupakan antara typical mereka:

       1.       Gentle tetapi bukan lembut
          2.       Menggunakan kata ganti diri atau honorific ketika bercakap
          3.       Concern more about their appearance
          4.       Sangat ramah dan disenangi
          5.       Selalunya ingin menjadi highlight dan spotlight always menyuluh mereka
          6.       Bercakap menggunakan tone yang agak lembut dan kadang gedik
          7.       Hand gesture is a must
          8.       Banyak lagi la kowt. Tak tau la…

Actually ada beberapa perbincangan mengapa dorang ni berkelakuan manja. Ni merupakan perbincangan between aku dan seseorang laa. Siapakah beliau, tak perlu la kowt aku nak bagitau. Private okeyh. Hasilnya, taddaaa…

Kalau susah, ada orang nak tolong. Yeap. Ni maybe merupakan antara sebab utama. Ye la kowt, kalau da bawa perwatakan yang ceria dan easy going, sapa yang tak nak tolong kan. Senang la sikit. Antara pertolongan yang biasa dihulurkan sama ada dalam bentuk fizikal mahupun emosi. Dari segi fizikal, contoh kalau nak gi makan Nando’s kat Queensbay. Malas nak gi sorang naek bas, apa salahnya bermanja sikit-sikit kat kawan pompuan ka, kat kawan laki kaa minta bawakan gi Queensbay. 

Secondly, kalau sesak-sesak, bagi yang pangkat hadek-hadek boleh laa minta tolong kat abang kasi pinjam sikit duit. Kalau yang pangkat abang-abang pun selalu jugak pinjam duit kat hadek-hadek nih. Kadang tak kira jantina y’ll nak pinjam asal boleh jek. Nak confess, dulu aku pun selalu gak sesak dan selalu gak meminjam. Tapi nasihat aku, once da pinjam tu, jangan laaa liat nak bayar balik. Alhamdulillah aku tak pernah lagi liat nak bayar balik segala yang aku pinjam dulu-dulu. Pastu kalau nak pinjam tu, jangan la dari banyak-banyak source. Nanti mampos dorang tagih balik. Juga satu lagi nasihat daripada seorang peminjam yang telah bertaubat, jangan la pinjam duit orang lain sebab nak bayar hutang lama. Berangkai dah tu. Paling teruk bila sanggup curi duit member sendiri sebab nak bayar hutang. Aku dah pernah kena weah, member seluk wallet aku sebab takde duit nak makan. Seksa okeyh. Nak maki, member sendiri, nak biar kesian plak. Hutang sana sini, sampai nak makan pun terpaksa jenguk wallet member (yang BTW aku da tolong dia banyak kali). Biarlah cerita lama. Dah berlalu. Harap la dia bertaubat dah sekarang. [Ini bukan point yang utama, tapi asal aku tulis panjang-panjang. Diulangi, ini bukan point yang utama, hanya point sampingan]

Hokeyh, back to topic, selain itu berkelakuan manja dan flirtatious juga boleh menyebabkan kita dapat potongan harga dan maybe barang free. Ngaku la aku selalu flirt dengan cashier untuk dapat barang free, dan most of the time selalu dapat okeyh. Walaupun muka tidak berapa hensem, tapi dengan gesture macam tu pun boleh jadik okeyh. Hak hak.

Dari segi emosi plak, biasanya lelaki manja nih akan dapat kasih dan sayang yang lebih daripada member dorang. So kalau down ka, apa ka, ada lah bahu yang sudi untuk ditadahkan. Hak Hak. Lelaki, walau apa jua jenis mereka, juga sensitive okeyh. They also need somebody to listen to them okeyh.

Kadang dorang nih saja suka manja-manja ngan semua orang. Eh, seronok okeyh kalau kita bermanja ngan member. Ada orang pay attention, ada orang nak tolong kita, ada orang nak tengok kita. Cuba bayangkan kalau kita nih loner. Dok sorang-sorang tak da sapa pun nak care, hah, mampos engkau. Biasanya (aku ulang, BIASANYA) maknusia-maknusia manja nih laaa yang biasa dapat attention lebih. Sapa yang tak suka attention, sapa yang tak suka berada at the top of the world? Sapa? Sapa?

Baeklah, perlu dinyatakan di sini, segala yang aku tulis merupakan hasil perbincangan aku dengan sorang member aku. Bukan self experience (except bab duit tu). Maka kalau ada member aku yang happens to read this post yang merasakan diri dorang manja (atau aku pernah menggelarkan dorang manja), bukan intention aku nak tuduh atau kata korang macam tu atau macam ni okeyh. Ini hanya pandangan secara umum. Hehe, sebelum dorang nak hentam aku, better aku defend siap-siap. Haha.

Yeah, siap juga post ini. Yeah. Makanya, boleh lah dipost nanti.

Buhbye


YZYZ

The New Craze: Running Man

Wednesday, December 14, 2011 § 0

Yeap, sekarang dah terjumpa satu lagi kegilaan baru. FRIENDS laaa, Super Junior laaa, Spongebob laaa, Lisa Kudrow laaa, sekarang terminat plak dengan Running Man.
Running Man.
Standing from left: Gwang Soo, Jae Suk, Joong Ki, Suk Jin, Jung Kook
Bending from left: Ji Hyo, Gary, Lizzy, HaHa

Actually Running Man merupakan variety show yang berasal dari Korea. Beberapa tipikal variety show dari Korea includes:

  1. MC biasanya akan join sekali team dan turut sama bermain
  2. Ada beberapa punishment yang memalukan dan kadang menyakitkan (physically and emotionally)
  3. Mempunyai beberapa orang regular guest yang akan appear setiap minggu
  4. Guest of the week akan appear dalam keadaan yang mengejutkan (surprise)
  5. Through out the broadcasting, akan ada caption kat skrin untuk menerangkan apa yang berlaku
  6. Airing time bukan sejam macam tipikal US atau Malaysian punya variety
  7. Pembahanan merupakan perkara biasa
  8. Variety show merupakan a very huge competition. So dorang kena sentiasa memastikan variety show dorang sentiasa best
Sebelum ni, aku tengok la jugak beberapa variety macam Oh! My School, Super Junior Exploration of Human Bodies, Intimate Note, Family Outing dan macam-macam lagi. Then suddenly aku terintroduce dengan Running Man.
Ni logo Oh! My School

Ni plak Super Junior Exploration of Human Bodies

Ceritanya aku terbaca satu review tentang variety show kat Korea, then tersuggest untuk tengok Running Man. Then bila aku tengok, boleh tahan jugak show nih. MC dia pun lawak. Regular dia consist of penyanyi, pelakon, MC, rookie of variety show. Memang dorang gabungkan dari pelbagai background. HaHa, Gary dan Jung Kook tu penyanyi. Gwang Soo, Joong Ki dan Ji Hyo plak adalah pelakon, dan Joong Ki tu rupanya bekas MC untuk Music Bank pada tahun 2009.

Tapi walaupun aku suka tengok, ada beberapa part yang aku tak berapa nak berkenan. Pertamanya bila ada sesetengah regular tu over acting. Buat sikit-sikit dah la. Kedua, kadang aku rasa plot dorang ni dah macam well structured. Dah susun elok dah macam tu akan berlaku dan macam ni. Ala2 macam program realiti kat Malaysia laaa. Tapi kadang rasa, maybe sebab dorang tak mau satu group atau satu orang jah yang dominate, maka sebab tu kowt dorang slow kan sesetengah pihak. Nak bagi nampak competition la kowt. Ketiga, bila dorang dah start membahan dengan sangat teruk sampai aku lost dan jadik tak paham. Aku benci bila dalam TV dorang gelak-gelak, tapi aku yang tengok ni tak paham. Kadang susah okeyh nak paham apa yang dorang cuba sampaikan.
A very famous punishment: The Hot Pants

Kalau nak cerita kenapa aku minat plak, huiy, kena jadik beberapa post macam yang aku buat untuk Super Junior. Maka, ilek2 dulu arrhh. Haha

Baeklah, berenti jap hapdet.

Buhbye...

YZYZ

Penemuan Baru

Monday, December 12, 2011 § 0

Well, thanks to YouTube, sekarang, aku terjumpa dengan satu lagi penemuan baru. Owh, ceritanya aku membrowse tutorial untuk buat Faux Hawk dengan jayanya. Aku selalu curious, ada tak cara yang lebih best utuk buat Faux Hawk, other than cara yang biasa kita nampak. 

BTW, kalau sapa2 yang tak tau apa itu Faux Hawk, ia merupakan sejenis style rambut yang berasaskan Mohawk. Mohawk merupakan rambut yang dicukur nipis pada bahagian tepi dan dibiarkan panjang pada bahagian depan, tengah dan belakang. Stylenya pula adalah, bahagian yang panjang tersebut akan dicacakkan seperti duri-durian yang tajam, seperti gambar di bawah:

Makanya, perkataan Faux tu bermaksud False (kowt). Then maknanya, Faux Hawk adalah rambut yang macam Mohawk, tapi bukan Mohawk. Bahagian tepi yang dicukur nipis tu, tak semestinya dicukur. Kadang hanya diratakan menggunakan wax atau rubber supaya nampak macam disukur nipis. Celebrity yang paling faymes dengan Faux Hawk adalah David Beckham. Contoh adalah seperti di bawah:
Okeyh salah. Ini bukan Faux Hawk. Ini Bieber.

Ini Faux Hawk. Tirus kat tengah, nipis kat tepi.

Instead of mencukur nipis, biasanya kat tepi tu just nipis biasa sahaja.

Bila aku membrowse tu, aku terjumpa dengan satu interesting method. Biasanya stylist akan menyuruh kita mengeringkan rambut menggunakan hair blower terlebih dahulu sebelum mengapply apa-apa hair product. Tapi dalam YouTube tu, dia ajar, apply dulu foam, atau hair mousse (betui ka spelling nih) atas kepala, biar nampak macam basah. Then lepas tu baru blow rambut. The tricky part is, untuk memblow rambut mengikut style yang kita inginkan. Kalau messy, maka blow la messy. Kalau Bieber, maka blow la Bieber. Then last sekali kemaskan dengan wax, rubber atau apa-apa hair product yang bukan water base. Then finishing adalah menggunakan hair spray untuk rambut tu tahan buat beberapa ketika.
Ni foam yang biasa aku guna

Aku beli murah jah, RM40 kowt kalau tak silap. Boleh la tahan blower nih, tapi takda nozzle yang boleh bagi rambut lurus tu. Apa ntah nama dia,

Rubber nih, aku beli mahai sikit. RM24, tapi tahan lama. The last time aku beli tahan sampai lapan bulan.  Sekarang dah 4 bulan setengah dah aku beli, tak habeh-habeh lagi.

Aku dah try dah foam and blow dan aku memang puas hati sebab teknik ni bagi more volume kepada rambut dan kusut dapat dikurangkan. Tapi apa-apa hal pun, penjagaan rambut pun penting jugak. Kalau cuci rambut sebulan sekali tu, tak yah nak volume volume sangat laa. Kaaann.

Baeklah, takat ni dulu. Makanya, nanti akan update semula.

Buhbye...

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...