Please Click Me

I Use My Face To Get Free Food

Tuesday, December 27, 2011 § 0


One of my tagline adalah “I Use My Face To Get Free Foods”. Ehek. Well, aku tiba-tiba tertrigger untuk menulis tentang sikap flirtatious aku di depan cashier. Hehe. Okeyh, most of the contoh yang aku guna merupakan self-experience okeyh. Bukan made up, saja-saja nak buat. Ahaks. Perlu la aku nak bercerita cerita yang bukan cerita aku. So not me okeyh. Haha.

Baeklah, tahukah kita sebenarnya kita boleh mendapat harga yang murah dengan hanya memberi senyuman dan bercakap sikit-sikit dengan cashier. Tapi maksud aku murah, bukanlah harga nasi goreng kampung tu RM3.50, kita balun jadik RM2.00, tu melampau-lampau la. Murah yang aku maksudkan di sini, adalah rounding adjustment.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda perlu membayar harga makanan sebanyak RM6.10. Seluk seluk poket, tak jumpa plak sekupang. Maka kita terpaksa menghulur tujuh keping bill RM1.00 dan menerima kembali sembilan keping duit sekupang. Troublesome kan?

Imagine juga setiap kali anda makan, anda dapat membuat penjimatan sebanyak RM0.10. Sehari anda makan dua kali. Maka RM0.10 x 2 kali x 365 hari = RM73.00. HUH, tujuh puloh tiga hengget!!!!... Tu kalau dapat jimat sekupang, buatnya dapat jimat sampai sepuluh kupang, sure tiap tiap end year uoll boleh pergi melancong dalam negara. Nampak tak kekuatan penjimatan yang cuba aku sampaikan tu. Macam mana nak capai? Hah melalui flirting laaaahhh. Tambah lagi kalau pompuan dan cashier tu plak jantan, combi yang sangat la menguntungkan.

Antara mangsa aku adalah kakak kedai kuih. Kedai mana? Haaa, kena rahsiakan. Mampus aku kalau ada orang dengki kat aku, buatnya dia tunjuk kat owner kedai tuh post nih, hancur laa harapan aku untuk melancong dalam negara. Kalau tak dapat kurangkan harga, pergi la minta kuih free satu dua bijik. Pastu, sambil pilih pilih tuh, bolehla minta nak merasa sikit. Kowt kowt ada racun kaaa, apa kaaa alasannya. Tapi ekceli nak merasa kuih free.

Kalau susah sangat nak kurang harga, buat seperti yang aku lakukan kat makcik laici kang kat bazaar Ramadhan RST. Pada adik-adik pesyer yang tak tau, dulu terdapatnya bazaar Ramadhan kat depan RST tu, dan bazaar tu sangat meriah. Round pertama nak cuci mata, round kedua baru tengok tengok kuih. Hehe, rindunyaaaa kat bazaar tuh. Baek, makcik laicikang. Hari pertama bazaar:

Aku: Makcik nak laicikang satu
Makcik: Adik nak apa? (Kita boleh pilih isi laicikang tuh)
Aku: Saya nak semua, pastu setiap satu ni extra, tapi harga sama.
Makcik: Errrrrr…. Baek.

Hari kedua bazaar.

Aku: Makcik, nak laicikang macam semalam, nak semua, extra, tapi harga sama
Pakcik (suami makcik kowt): YEEE!!!! NAK APA????!!!!!
Aku: Errr, nak laicikang biasa satu.. hehehe

Sumpah pastu aku terus tak beli dah laicikang kat makcik tuh. Punya la seronok minta barang free, sekali the next day, laki dengan garangnya tanya aku nak apa. Terus diam engkau.

Kadang sebab utama kita nak rounding harga ni, bukan sebab nak pergi melancong dalam negara pun sangat. Tapi lebih kepada malas nak pegang duit syiling (change). Kalau RM0.40 dan ke bawah tu normal lah. Tapi aku pernah try kat kedai mamak, harga makanan aku RM6.60, aku cakap aku nak bayar RM6.00 ja, terus dia kata, okey laa okey laaa. Sekali percubaan okeyh. Kat kedai mamak lak tuh. Sangap apa mamak tuh. Sekali lagi kat kedai mana, tak leh gtau.

Kadang kala kita tak boleh terlalu lembut jugak kalau nak minta kurang harga. Kadang kena disulami dengan makian sikit. Hamboiyh, dah la minta kurang harga, siap pi maki plak tuh. Aku jarang buat okeyh. Maki kedai makan selalu, tapi maki untuk dapat harga murah jarang arr. Aku selalu tengok, especially kat kedai-kedai runcit, even kat kedai runcit bawah umah aku nih. Nak bayar rokok puuuun, owner kedai boleh kena maki sebab harga mahal. Sian lak kat cahsier-cashier tersebut.

Owh, sapa kata kat kedai seperti McD, Domino’s (sampai ke sudah aku tak mau tulis restoran haram bernama PIZZA HUT), atau mana-mana restoran yang menetapkan harga fix, teknik ini tidak boleh dilakukan. Setiap kedai ada caranya. Paling koman adalah minta air minuman yang kurang ais. Dengan itu, kita akan dapat lebih minuman dan bukan ais. Atau boleh minta topping extra. Atau minta dorang boh fries banyak-banyak. Banyak benda yang boleh kita amik balik dari kedai-kedai macam ni. Jangan pi bawak lari botol sos dah la. Tiap kali cerita tentang get back kedai-kedai macam nih, top story mesti cerita “Aku bawak balik botol sos KFC”… aiyyoo.. grow up laa. Tak pun selalu aku buat kat kedai-kedai pizza, aku akan tanya berapa lama. So biasanya reply adalah 20 minit. Then aku akan stress aku mesti dapat something in return kalau masa ni tak dipatuhi. Kalau pergi Domino’s, sila jangan lupa “Sorry we are late coupon” okeyh. Be specific. Lambat seminit jah, terus minta kupon. Kalau kat pizza hut, haaa, pergi minta breadstix kaaa. Air refill ka. Biasanya dorang akan bagi air segelas. Minum cepat-cepat, then minta refill. Jangan malu. Kalau dorang tak bagi, ko pergi berdiri sebelah orang yang buat pizza sambil maki maki. Aku biasa buat okeyh. Memang seronok maki-maki dalam restoran haram jadah macam PIZZA HUT. Tapi ikut pengalaman, hanya PIZZA HUT jah yang bagi servis haram jadah nih. Domino’s setakat ni okey lagi. In fact dinner malam tadi pun aku beli dari Domino’s jugak.


Adakah di kedai makan sahaja? Oh no no no. Kadang kat kedai jahit pun boleh jugak okeyh. “Abang seluar ni koyak laaa kat sini, tolong jahitkan ekh, boleh? Alaaarrhh, free ja lah, sikit ja nih”. Atau “Ayoo tokey, potong sikit jah, tak kan laaa kena sampai RM23, bagi murah la sikit”. Boleh jadik juga “Eh, apa benda tu, free gift ka?? Minta satu. (Setelah dapat satu) Hamboiyh, kedekutnya, bagi la lebih-lebih sikit”. Kadang seperti ini juga boleh terjadi “Tak ada barang free ka? Meh la satu dua”, owner kedai menjawab “Hampeh ko tak beli pun nak barang free ka???”.

Hek hek, ekceli banyak lagi contoh sampai member pun malu nak kuar ngan aku. Kerja nak minta free jah. Pernah juga berlaku kejadian kat wayang. Situasinya movie tu dah full dah dan reserved seat hanya boleh dibeli 30 minit sebelum tayangan. Aku pergi berpakat ngan kakak jaga kaunter untuk bagi aku seat reserved tuh. Aku pergi tunggu kat sebelah kaunter, dan taddaaa, aku dapat seat tersebut. Hah. Lantak la langgar peraturan kaaa. Hak Hak.

Baeklah sampai sini sahaja kowt. Merepek repek dah nih.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading I Use My Face To Get Free Food at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...