Please Click Me

Lelaki Manja

Tuesday, December 27, 2011 § 0


(Post ini pada mulanya telah ditulis sangaaattt lah lamanya. Then, tergantung tengah jalan. Hanya hari ini aku berjaya menyiapkannya, Ohoiy)

Huiy, banyak sungguh janji aku nak buat post itu dan post ini. Sudahnya, harem. Memang aku tak buat laaa. Makanya pada malam yang sungguh indah ini, aku bertekad untuk membuat jugak post yang telah dijanjikan. BTW aku nak mempromote satu lagi resipi baru yang aku cipta. Instead of susu diary milk, aku telah menggantikan susu soya untuk dicampurkan dalam cereal. Mula2 aku makan Nestle punya corn flakes. Sekarang da tukar kepada Kellogs, like my mom used to like. Ehe. Aku kan sayang emak aku. Mesti la aku ikut kesukaan beliau. Ehe.

Speaking of a son that love his mom, sure post kali ni ada kaitannya. Ehe. There’s a ton of guy out there. Ada yang macam tu, ada yang macam ni. Species yang paling famous, for sure adalah kasanova. Lelaki mesti dikaitkan dengan ke’womanizer’an. Put aside segala label, actually ada lagi sejenis lelaki yang wujud dalam alam maya ini, iaitu lelaki manja. Ohoiy. Perlu dinyatakan, lelaki manja tidak semestinya lembut, gay atau bisexual. Sometime (mention here, kadangkala) mereka ni adalah 100% purely straight. Tapi most of them portraying themselves manja dan sangat la super duper sopan.

Alright berikut merupakan antara typical mereka:

       1.       Gentle tetapi bukan lembut
          2.       Menggunakan kata ganti diri atau honorific ketika bercakap
          3.       Concern more about their appearance
          4.       Sangat ramah dan disenangi
          5.       Selalunya ingin menjadi highlight dan spotlight always menyuluh mereka
          6.       Bercakap menggunakan tone yang agak lembut dan kadang gedik
          7.       Hand gesture is a must
          8.       Banyak lagi la kowt. Tak tau la…

Actually ada beberapa perbincangan mengapa dorang ni berkelakuan manja. Ni merupakan perbincangan between aku dan seseorang laa. Siapakah beliau, tak perlu la kowt aku nak bagitau. Private okeyh. Hasilnya, taddaaa…

Kalau susah, ada orang nak tolong. Yeap. Ni maybe merupakan antara sebab utama. Ye la kowt, kalau da bawa perwatakan yang ceria dan easy going, sapa yang tak nak tolong kan. Senang la sikit. Antara pertolongan yang biasa dihulurkan sama ada dalam bentuk fizikal mahupun emosi. Dari segi fizikal, contoh kalau nak gi makan Nando’s kat Queensbay. Malas nak gi sorang naek bas, apa salahnya bermanja sikit-sikit kat kawan pompuan ka, kat kawan laki kaa minta bawakan gi Queensbay. 

Secondly, kalau sesak-sesak, bagi yang pangkat hadek-hadek boleh laa minta tolong kat abang kasi pinjam sikit duit. Kalau yang pangkat abang-abang pun selalu jugak pinjam duit kat hadek-hadek nih. Kadang tak kira jantina y’ll nak pinjam asal boleh jek. Nak confess, dulu aku pun selalu gak sesak dan selalu gak meminjam. Tapi nasihat aku, once da pinjam tu, jangan laaa liat nak bayar balik. Alhamdulillah aku tak pernah lagi liat nak bayar balik segala yang aku pinjam dulu-dulu. Pastu kalau nak pinjam tu, jangan la dari banyak-banyak source. Nanti mampos dorang tagih balik. Juga satu lagi nasihat daripada seorang peminjam yang telah bertaubat, jangan la pinjam duit orang lain sebab nak bayar hutang lama. Berangkai dah tu. Paling teruk bila sanggup curi duit member sendiri sebab nak bayar hutang. Aku dah pernah kena weah, member seluk wallet aku sebab takde duit nak makan. Seksa okeyh. Nak maki, member sendiri, nak biar kesian plak. Hutang sana sini, sampai nak makan pun terpaksa jenguk wallet member (yang BTW aku da tolong dia banyak kali). Biarlah cerita lama. Dah berlalu. Harap la dia bertaubat dah sekarang. [Ini bukan point yang utama, tapi asal aku tulis panjang-panjang. Diulangi, ini bukan point yang utama, hanya point sampingan]

Hokeyh, back to topic, selain itu berkelakuan manja dan flirtatious juga boleh menyebabkan kita dapat potongan harga dan maybe barang free. Ngaku la aku selalu flirt dengan cashier untuk dapat barang free, dan most of the time selalu dapat okeyh. Walaupun muka tidak berapa hensem, tapi dengan gesture macam tu pun boleh jadik okeyh. Hak hak.

Dari segi emosi plak, biasanya lelaki manja nih akan dapat kasih dan sayang yang lebih daripada member dorang. So kalau down ka, apa ka, ada lah bahu yang sudi untuk ditadahkan. Hak Hak. Lelaki, walau apa jua jenis mereka, juga sensitive okeyh. They also need somebody to listen to them okeyh.

Kadang dorang nih saja suka manja-manja ngan semua orang. Eh, seronok okeyh kalau kita bermanja ngan member. Ada orang pay attention, ada orang nak tolong kita, ada orang nak tengok kita. Cuba bayangkan kalau kita nih loner. Dok sorang-sorang tak da sapa pun nak care, hah, mampos engkau. Biasanya (aku ulang, BIASANYA) maknusia-maknusia manja nih laaa yang biasa dapat attention lebih. Sapa yang tak suka attention, sapa yang tak suka berada at the top of the world? Sapa? Sapa?

Baeklah, perlu dinyatakan di sini, segala yang aku tulis merupakan hasil perbincangan aku dengan sorang member aku. Bukan self experience (except bab duit tu). Maka kalau ada member aku yang happens to read this post yang merasakan diri dorang manja (atau aku pernah menggelarkan dorang manja), bukan intention aku nak tuduh atau kata korang macam tu atau macam ni okeyh. Ini hanya pandangan secara umum. Hehe, sebelum dorang nak hentam aku, better aku defend siap-siap. Haha.

Yeah, siap juga post ini. Yeah. Makanya, boleh lah dipost nanti.

Buhbye


YZYZ

What's this?

You are currently reading Lelaki Manja at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...