Please Click Me

Archive for February 2012

Ber'60s TV' Pada Tengah Malam

Saturday, February 25, 2012 § 0


[Post ini ditaip pada jam 12.45 pagi, 25 Februari 2012, dan dipublish pada sebelah paginya]

Homaigod, pada malam ini, aku sedang sibuk menyiapkan beberapa design yang perlu dipropose kepada boss aku. Menyelak jugak beberapa folder. Then bila da tak ada idea, mula laaa melilau browse segala folder yang ada kat laptop cap ofis aku nih yang baidewei tajaan daripada bajet APEX. Hek hek hek.

Sapa-sapa yang biasa membrowse laptop itu, pasti akan nampak folder SYAHMI SAHAJA. Yeah, dalam folder tersebut ada beberapa subfolder, dan salah satunya adalah Unit Latihan. Terkandung dalam Unit Latihan, ada PIMPIN Siswa dan PIMPIN Siswa Lanjutan. Owh, damn, terbuka plak folder PIMPIN Siswa. One thing leads to another, terbuka la plak lagi folder yang mengandungi gambar-gambar kat kem.

Tiba-tiba malam yang seronok sambil ditemani oleh rakaman konsert LMFAO, aku terbittom seketika. Apa taknya, memori duduk dalam kem datang balik. Serious aku rindu kem PIMPIN Siswa. Aku rindu ngan semua orang especially Haziq dan Eka yang tolong aku since dari lepas raya lagi (time tu termasuk gak Effa dan Umi ada tolong jugak). Juga kat Yap yang da dua tahun tolong aku buat sistem yang pelbagai (jangan ada sapa berani kaco sistem dia, aku da turun kuasa kat dia). Of course Mark yang dah tiga tahun dok kem sekali. Macam da xda muka lain da nak mengadap. Funny fact about me and Mark, even though ktorang dok satu kem selama tiga tahun, ktorang tak pernah kongsi tempat tido ka, tempat mandi ka, pinggan makan ka, kecuali satu kali dia pinjam baju aku.

For sho, orang-orang penting yang banyak membagi nasihat kat aku macam daddy (Dr.) Naza, Tok Wan, Kak Da, Cik Kak Fuzah (berleter tak berenti nih) selama tiga tahun aku buat PIMPIN Siswa. Tenaga penggerak yang lain yang sangat la banyaknya, rasanya kalau secara cumulative dari tahun pertama sampai la tahun ketiga, aku rasa ada hampir 100 orang secara keseluruhan yang tersangat banyak membantu aku.

Aku nak minta maaf andai kem aku tak semeriah kem orang lain, atau ada saja benda-benda yang boleh menyebabkan penggeraknya berasa uncomfortable, insyaAllah jika rezeki aku masih lagi mengendalikan PIMPIN Siswa, aku akan baiki segala kelemahan yang lalu.

Jika ada mana-mana penggerak yang namanya tidak disebut, bukan u guys tak penting, semua sama tara penting dengan sapa-sapa sahaja. Sebab ada lebih 100 nama, so penat laa nak mention satu-satu kan. Anyhoo, malam ni tido mesti mimpi korang semua. Dan seperkara lagi, what happens in camp, stay in the camp except game A**iB***i  . . . La La La. . . Pada kesempatan ini, layan lah lagu POKOK. Hek Hek Hek

Asyraf dan Asraf yang tak boleh duduk sekali. Ada jek benda nak gaduh, baek yang kecik baek yang besar, dua-dua tak mau mengalah. Penat tengok dorang nih gaduh. Hahaha

Kalo tahun lepas, gambar wajib aku tido ketika survival cooking tu adalah suatu kemestian. Yeah tahun nih aku  tak tido dah macam tahun lepas. Hek hek hek.

Encik Nurse dan Tokey Bas

Ceritanya kelaparan sementara nak tunggu budak-budak merunut malam. Kitorang pun melantak saki baki ayam KFC tengah hari sebelumnya. Haziq kata "Tak mau makan ayam tu, ada ULAT".

Adik dan Kakak yang tak berapa nak menjadik. Yeah, tangan yang gagah perkasa tu, adalah tangan aku. Hohoho..

Tok Wan dan koleksi topi-topinya yang pelik. Beliau dikelilingi oleh faci-faci yang vouge. Ada Umi, Shabi, Ical, Basri, Redza, Melah dan Mawar Berduri. Cuba carik, celah mana ada Melah?... Hehehe

Haaa, minah ni, adalah minah wajib CAPAP. No No No, bukan Kak Nisa, tapi yang hat sorang lagi tuh, yang tengah berdiri. Kalo tak capapkan kang, makin laaa dia bising. Info terkini, geran motor beliau yang hilang masa kat kem arituh dah jumpa balik. Tapi di kala kegembiraan itu, enset plak ilang.
Ohoiy, nanti2 aku update lagi. Hehehe.

Buhbye

YZYZ

Kaktus

Tuesday, February 21, 2012 § 0

Yeah, bilik aku semakin berseri dengan adanya pokok Kaktus. Pasnih kalo kentut pun, sure udara akan segar balik. Hehehe.


Aku tak beli barang sangat kat Cameron. Aku beli benda alah ni sahaja. Ha Ha Ha.

Bubye

YZYZ

Episode 78: Confuse

§ 4


Owh, aku telah mendonlod episode Running Man ke-78 lama dah. Tapi hanyalah berkesempatan menengok pada malam semalam. So far, ini merupakan episode yang paling rumit pernah aku tengok. Susah nak paham okeyh. Nae dongsaeng pun kata episode ni complicated dan Kwang Soo akan jadik spotlight dalam episode nih.

Yeah, pada awal episode ada mention tentang dorang ni semua dapat award. Yaiy. Pada year-end lepas, aku telah gigih membuka Allkpop.com untuk menunggu announcement award nih. Kalau tak silap, Running Man dapat Daesang award kan? Entahlah, silalah mencari semula maklumat tersebut.
Excellence Award: Song Jihyo and Kim Jong Kook

Seriously, idea untuk membuat ChoHanJi tu sangat la brialliant, tapi, my God aku tak paham. Dari mula-mula lagi aku da konfius, mana satu team Cho, mana team Han. Lepas tu, bila dah tiba ke tempat final mission, actually dorang carik apa? Carik royal pieces. Then apa significant pieces yang ada pada Kwang Soo dan Gary?

After that, bila pieces Kwang Soo dan Gary dirampas, dorang dapat satu lagi secret pocket. Dalam tuh ada maklumat tentang final destination dan kunci. Lepas menkonfiuskan, apa role Gary dan Kwang Soo. Supposedly dorang kena buat apa? Simpan maklumat ka, untuk satukan kedua-dua team ka, atau apa? Then kenapa last sekali kedua-dua team still berebut pieces? Lepas tu, in what condition team Gray-Kwang Soo boleh menang? Serious tak paham.
Quiz challenge between the two thinkers.

Tapi credit la untuk PD dan writers sebab berjaya naikkan Kwang Soo sebagai the important character after all. In my opinion, it took an enormous effort untuk naikkan Kwang Soo, since dia antara player yang paling lemah. For me, it is a good choice untuk padankan dia dengan Gary. Since Suk Jin another the weakest player, will only makes the plan goes to failure and ends up dengan disappointment dan players lain yang sangat sharp dan kuat, boleh over-shadow Kwang Soo.
Best Excellence Program. If I'm not mistaken, tengah cakap tu Spy PD kan? Dan yang pegang bunga tu, Cho PD merangkap Grab-Collar PD kan?

However, it took me sometime jugaklah nak memahami episode 78. Congrats Running Man. Variety ni memang layak dapat Daesang. PD, writers, players dan staffs mampu untuk hasilkan idea permainan di luar dugaan and very the unsangkarable. I am proud to be one of the hard core of Running Man. Kepada semua Running Man maniac out there, I hope kita semua akan jadik lebih analytical sebab variety ni teach us to analyze things dengan sangat teliti. 

Happy watching alls.

Buhbye

YZYZ

Aku Sangat Cepat Terharu

Monday, February 20, 2012 § 0

Yeah, aku sangat cepat terharu okeyh. Aku sebenarnya jarang dapat hadiah-madiah nih.Tersangat-sangat laaaaa jarang. So, kalau dapat hadiah, aku jadik super excited. Lantak la orang nak kata apa. Aku simpan elok-elok semua benda yang aku dapat. Ye laaah, aku kan tak HOT, tak ensem, tak faymes. Sekali orang bagi hadiah, mesti la appreciate gila babey. Tak semua orang dilahirkan HOT macam seseorang tuh okeyh. Perangai aku yang suka menyimpan nih memang diakui oleh housemate aku sekarang. Sampai dia dok ajar aku, cara-cara untuk membuang benda yang dah tak perlu. Huih.

Ceritanya, masa PIMPIN Siswa dulu, ada seorang student dari Indonesia. Perempuan. Actually dia da lama dok Penang. Dia nak sangat join PIMPIN Siswa, tapi family dia berat nak kasi. Family dia pun orang ada-ada kat Penang. Ala-ala macam orang penting dari Indonesia. Dia pun dok hari-hari pergi ofis jumpa aku, minta explain program ni macam mana. Last-last sekali, aku bagi dia duk kat kem Bris sekali ngan semua geng-geng dia dari Indonesia. Ada 2 ka 3 orang lagi student Indonesia yang duk kat kem Bris. Maka dia pun thankful gila-gila kat aku.

Then arini merupakan ari buka sem. Dia datang ofis dan kasi brownies dan juga kacang dari Bandung. Hohoho. Terharu gila okeyh. Terlebar panjang aku senyum. Thanks banyak-banyak. Tak sangka dia masih ingat kat aku, dan siap bagi hadiah lagi. Terharu okeyh, serious senyum lebar ke telinga. Terubat jugak hatiku yang lara ari nih. Hohoho.



Buhbye

YZYZ

Mari Mengenal Saya

Wednesday, February 8, 2012 § 0

Owh ya, seperkara lagi tentang aku, yang mungkin ramai tak tau, aku seorang yang sangat laaaaaaa kuat NERVOUS. Lebih-lebih lagi kalau aku tengah buat sesuatu yang berada di luar kepakaran aku, atau pun meletakkan expectation yang terlalu tinggi terhadap kerja-kerja aku.

Weah, aku kalau drive, sangat nervous okey. Boleh mati enjin. Tambah lagi kalau jalan yang aku drive tu, jalan yang tidak biasa dilalui. Mampos engkau. Nak corner pun teragak-agak. Signal, sebatu lagi aku dah bagi.

Pastu, jantung aku cukup suka berdegup kencang tak tentu pasal. Compare kalau aku work out dengan aku nervous, jantung aku lagi kuat berdegup kalau nervous. Lagi satu kalau nak naikkan heart beat aku, cuba korang buat2 sentuh badan aku. Serious, kadang boleh berpeluh okeyh, bila terasa ada anggota badan orang lain terasa di atas mana-mana bahagian badan aku. Kadang kalau orang letak tangan kat bahu pun, aku boleh amek nafas panjang-panjang, sebab nervous. Haha.

Walaupun aku nampak tenang, dan konfiden, tapi di dalam ya Allah. Aku sangat gementar. Tersangat-sangat. Sebab tu la, when the package is this pretty, no one cares what's inside. Hahaha.

Buhbye...

YZYZ

HONESTLY

Tuesday, February 7, 2012 § 0

1. Honestly, whats on your mind right now?
= The owner of this survey might sue me of plagiarism...
  
2. Honestly, what color is your underwear?
= Grey. Hehe. I'm wearing a nice one today.
  
3. Honestly, what are you doing right now?
= Duh, for sure, answering this survey
  
4. Honestly, what did you do today?
= Waking up, then goin to Queensbay, n blah blah blah...
  
5. Honestly, do you think you are attractive?
= I'm very confident to say that I AM ATTRACTIVE...
  
6. Honestly, have you done something bad today?
= I spent too much money.
  
7. Honestly, do you watch disney channel?
= Yeargh. What's to hate about that channel?
  
8. Honestly, are you jealous of someone right now?
= Nope, even though my housemate keep telling me some of the successful story of his old colleague.
  
9. Honestly, what makes you happy most of the time?
= Knowing that somebody love me.. ehek...
  
10. Honestly, do you bite your nails?
= It's a lie if I say NO. So, yeah, sometime.
  
11. Honestly, what is your mood right now?
= Full with flowers bloom... Hak Hak Hak...
  
12.Honestly, have you had an eating disorder?
= I'm consuming too much caffeinated beverages.
    
13. Honestly, do you want to see someone this very minute?
= Heck, no. No, but since you ask this, I'm keep on thinking who I'm gonna meet soon. Haha
  
14. Honestly, do you have a deep dark secret?
= Owh yearh.. That's a MUST. MUST I tell you.
  
16. Honestly, do you hate someone right now?
= Hik hik, me so naughty. SURE. You want me to mention the name(s)???
  
17. Honestly, who/what do you want to hug right now?
= Owh, I need a hug. Please somebody, hug me now. Please please please...
  
18. Honestly, are you loyal?
= NOPE. I can't measure that, so I'm just saying that I AM NOT.
  
19. Honestly, are you in denial?
= Yeah, a big big denial.
  
20. Honestly, wouldn't you rather be having sex right now?
= Well, not the entire sex. I just wanna have the foreplay only. The kisses, cuddles n fooling around without involving any sexual organs. Yeah, touching a lil bit could be okey, I guess.
  
21. Honestly, who is your best friend?
= I rather to keep this a secret. But my BEST FRIEND would know that they are mine. No need for any declaration. Aite?
  
22. Honestly, have you ever consumed alcohol?
= Owh, well. Consciously, I haven't. Unconsciously, I'm not very sure.
    
23. Honestly, do you like someone?
= Define LIKE?
  
24. Honestly, does anyone like you?
= Refer to the above answer.
  
25. Honestly, is it going anywhere with them?
= Refer to the above answer
  
26. Honestly, did you answer all these questions honestly?
= I really wanna answer it directly, but still I am being honest. As far as I concern, yeap, I am being honest. Hehehe

Silap Taktik Kowt

§ 2

Ramai dah kowt yang terjangkit dengan virus Running Man sekarang. Semua berlumba-lumba nak download the latest episode. Well, pada sesiapa yang da biasa tengok Running Man atau mana-mana variety show Korea, sure korang akan perasan dorang selalu sebut perkataan PD. Aku tak sure la PD tu merujuk kepada apa. Maybe adakah Producer, atau Program Director atau apa2. Tapi apa yang aku paham, PD ni merupakan antara orang yang penting dalam kalangan staff belakang tabir variety show.

Dong Wan PD: The Master of Impersonation

Kalau u guys memang betul-betul die hard fan Running Man, sure da boleh kenal dengan beberapa orang PD dorang, macam Dong Wan PD, Cho PD dan PD yang selalu explain kalau ada aktiviti Spy dalam sesuatu episode. Since aku tak tau apa nama hat yang sorang tuh, aku panggei dia Spy PD. Boleh la.

Dah tengok belum episode 76, The Killers Episode. Dalam episod tu, dorang panggil empat orang actors yang sangat macho dan salah sorangnya adalah Lee Chun Hee (Family Outing) untuk eliminate kesemua Running Members. Sebelum sampai ke final location, Killers ni diberi privilege untuk recruit dua orang SPY. Strategi yang digunakan adalah, Killers ni berpecah kepada dua kumpulan yang terdiri daripada dua killers dan setiap kumpulan ni akan recruit sorang spy. Makanya even spy ni pun tak kan tau ada berapa orang killers yang datang dan berapa orang spy yang terlibat. Plannya setakat ini sangat la cantik dan salah seorang spy yang dorang recruit adalah Song JiHyo, the ace of Running Men. Segalanya nampak sangat lancar. Tapi kesilapan besar dalam plan ni adalah, bila spy yang seorang lagi itu adalah Lee Kwang Soo. Pemain paling lemah dan paling tidak berstrategi dalam Running Man.
Trailer Poster. Killers Episode. Asal aku rasa Chun Hee sangat hensem dan cool argh? He's nothing like Kwangsoo except selalu kena buli. Haha.

Setelah tengok balik episod tu, aku merasakan tujuan utama kenapa perlunya Killers recruit SPY adalah supaya spy tu betray Killers dan bukan members. Maybe ni merupakan tujuan asal Spy PD. Maybe Spy PD mengharapkan agar spy yang direcuit tersebut akan betray Killers dengan memberi maklumat kepada members. Memandangkan mission Killers adalah untuk eliminate semua members, dan ada empat killers datang serentak,untuk eliminate tujuh orang members, pastu tambah pulak dengan dua Spy. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jihyo dan Kwangsoo pergi betray member sendiri dan finally dorang pun kena eliminate oleh killers.

Aku beranggapan kalau spy yang kedua bukan Kwangsoo dan diberi kepada HaHa atau JoongKook, maybe permainan akan berubah. Maybe Jihyo dapat memahami tujuan asal kenapa perlunya ada Spy. Tak kan laaaa, empat orang serentak tak boleh kalahkan tujuh orang? Melampau sangat la kan. Dan perlu diingat, Running Man sangat unpredictable. Segalanya boleh berlaku. Kejadian seperti they know that we know they know atau betray you to betray us adalah sesuatu yang tak boleh diduga. Atau kadang, in the middle of mission, there are other mission to solve the previous mission. Berapa banyak mission datang serentak.

Oleh itu, bagi episode 76, pada pandangan aku, aktiviti SPY adalah kegagalan, tetapi dorang dapat cover balik dengan One vs One between JongKook dengan Killer Boss. Aku merasakan battle tu, merupakan Plan B untuk elakkan perjalanan cerita jadik hambar. Mati engkau, dorang dah panggil ramai star turun, sekali plan tak menjadik dan final battle pun tak menarik. Mau jatuh rating. Tapi pada aku, PD-PD yang terdapat dalam Running Man merupakan antara PD yang genius yang paham akan kehendak penonton. Hohoh.
Lelaki bertopi yang aku bulatkan itulah Spy PD. Cuba perhatikan, biasanya dia yang akan explain sebarang aktiviti yang melibatkan SPY.

Setakat ni dulu ulasan aku. Nae dongsaeng (Haziq) sila komen okeyh. Hahaha...

Buhbye

YZYZ

Kedai Makan Pelik

§ 0

Finally aku terpanggil jugak untuk mengupdate story ini. Owh, baeklah, actually, kedai ni maybe dah faymes kowt dalam kalangan student USM, aku jah yang baru nak tau. Wooppss, aku merupakan alumni. Hohoho. Biarlah, fakta-fakta itu tidaklah penting sebenarnya. Lagipun aku still lagi duduk dalam USM kan. Hoho.

Maka memulakan cerita. Sebelum itu, Happy Thaipusam kepada sesiapa yang menyambutnya (gila cliche ayat).. Haha. Baeklah, makanya, aku telah diperkenalkan dengan satu kedai makan nuuu di Penang Road. Kedai ni dekat dengan area Sup Hameed, Line Clear, dekat dengan kelab-kelab malam kat Penang nih. Dekat jugak dengan Penang Bowl. Tapi nak mencariknya, haram jadah susah. Sebab kedai ni terperosok jauh nuuuun haaaaa. Kami berpusing-pusing mencari (termasuk perjalanan dari rumah aku, ke USM, ke menunggu orang) jah dah dekat sejam. Salah masuk simpang bagai la.

Setibanya di kedai itu, ternampak pulak classmate aku masa kat USM dulu. ter'reunion' seketika. Then pada malam itu, ahli-ahli rombongan pun start laaaa mengorder benda-benda yang pelik yang terdapat di kedai tersebut. Hidangan kat kedai tu seriously berbeza dengan kedai mamak yang laen okeyh.

Tapi untuk post kali nih, aku just tunjuk satu jah menu dalam kedai itu, iaitu Bandung Rock n Roll. Air bandung tapi ada milo tabur.
Gambar kurang jelas, pasai pencahayaan kedai tersebut sangat laaaa kurang. Hohoho.

Satu lagi keunikan kedai nih, adalah, dia punya waiter, yang tersangat laaa mesra alam. Dan mengira duit dengan cara yang sangat unik. Tapi kalo u guys nak tau lebih lanjut, boleh request aku bawak korang ke kedai tersebut. Hohoho. Baca banyak pun tak guna. Kena laaaa datang experience sendiri, ye tak?.. Hahaha

Baeklah, buhbye,..

YZYZ

Coti 4-Hari

Sunday, February 5, 2012 § 0

Rasanya minggu ni merupakan kali ketiga berlakunya cuti empat hari selepas dari New Year arituh. Woah, satu permulaan yang sangat laaaa tidak produktif.

Seperti biasa, aku akan mengalami masalah pada hari-hari cuti sebegini. Pasalnya, aku akan jadik sangat laaaaaaa pemalas. Sampai makan pun, malan nak jenguk dapur. Oh sebelum itu, Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Typical aktiviti yang aku akan buat adalah pertama....

RUNNING MAN
Flower Boy Joong Ki still with 'em. Miss him in every episode of RM

FAMILY OUTING
Sorga for Hyori.

DELIVERY

READING

SUPER JUNIOR

YEAH, TIDOQ

Inilah cara aku sekarang untuk mendapat hiburan, dan aku sangat suka dengan hidup aku sekarang [avoid to read in sarcasm tone]. Hahahah

Buhbye...

YZYZ

PERGI

Thursday, February 2, 2012 § 2


PERGI - Aizat/ Pete Teo

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi


YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...