[Post ini ditaip pada jam 12.45 pagi, 25 Februari 2012, dan
dipublish pada sebelah paginya]
Homaigod, pada malam ini, aku sedang sibuk menyiapkan beberapa
design yang perlu dipropose kepada boss aku. Menyelak jugak beberapa folder.
Then bila da tak ada idea, mula laaa melilau browse segala folder yang ada kat
laptop cap ofis aku nih yang baidewei tajaan daripada bajet APEX. Hek hek hek.
Sapa-sapa yang biasa membrowse laptop itu, pasti akan nampak
folder SYAHMI SAHAJA. Yeah, dalam folder tersebut ada beberapa subfolder, dan
salah satunya adalah Unit Latihan. Terkandung dalam Unit Latihan, ada PIMPIN
Siswa dan PIMPIN Siswa Lanjutan. Owh, damn, terbuka plak folder PIMPIN Siswa.
One thing leads to another, terbuka la plak lagi folder yang mengandungi
gambar-gambar kat kem.
Tiba-tiba malam yang seronok sambil ditemani oleh rakaman
konsert LMFAO, aku terbittom seketika. Apa taknya, memori duduk dalam kem
datang balik. Serious aku rindu kem PIMPIN Siswa. Aku rindu ngan semua orang
especially Haziq dan Eka yang tolong aku since dari lepas raya lagi (time tu
termasuk gak Effa dan Umi ada tolong jugak). Juga kat Yap yang da dua tahun
tolong aku buat sistem yang pelbagai (jangan ada sapa berani kaco sistem dia,
aku da turun kuasa kat dia). Of course Mark yang dah tiga tahun dok kem sekali.
Macam da xda muka lain da nak mengadap. Funny fact about me and Mark, even
though ktorang dok satu kem selama tiga tahun, ktorang tak pernah kongsi tempat
tido ka, tempat mandi ka, pinggan makan ka, kecuali satu kali dia pinjam baju
aku.
For sho, orang-orang penting yang banyak membagi nasihat kat
aku macam daddy (Dr.) Naza, Tok Wan, Kak Da, Cik Kak Fuzah (berleter tak
berenti nih) selama tiga tahun aku buat PIMPIN Siswa. Tenaga penggerak yang
lain yang sangat la banyaknya, rasanya kalau secara cumulative dari tahun
pertama sampai la tahun ketiga, aku rasa ada hampir 100 orang secara
keseluruhan yang tersangat banyak membantu aku.
Aku nak minta maaf andai kem aku tak semeriah kem orang
lain, atau ada saja benda-benda yang boleh menyebabkan penggeraknya berasa
uncomfortable, insyaAllah jika rezeki aku masih lagi mengendalikan PIMPIN
Siswa, aku akan baiki segala kelemahan yang lalu.
Jika ada mana-mana penggerak yang namanya tidak
disebut, bukan u guys tak penting, semua sama tara penting dengan sapa-sapa
sahaja. Sebab ada lebih 100 nama, so penat laa nak mention satu-satu kan.
Anyhoo, malam ni tido mesti mimpi korang semua. Dan seperkara lagi, what
happens in camp, stay in the camp except game A**iB***i . . . La La La. . . Pada kesempatan ini,
layan lah lagu POKOK. Hek Hek Hek
| Asyraf dan Asraf yang tak boleh duduk sekali. Ada jek benda nak gaduh, baek yang kecik baek yang besar, dua-dua tak mau mengalah. Penat tengok dorang nih gaduh. Hahaha |
| Kalo tahun lepas, gambar wajib aku tido ketika survival cooking tu adalah suatu kemestian. Yeah tahun nih aku tak tido dah macam tahun lepas. Hek hek hek. |
| Encik Nurse dan Tokey Bas |
| Ceritanya kelaparan sementara nak tunggu budak-budak merunut malam. Kitorang pun melantak saki baki ayam KFC tengah hari sebelumnya. Haziq kata "Tak mau makan ayam tu, ada ULAT". |
| Adik dan Kakak yang tak berapa nak menjadik. Yeah, tangan yang gagah perkasa tu, adalah tangan aku. Hohoho.. |
| Tok Wan dan koleksi topi-topinya yang pelik. Beliau dikelilingi oleh faci-faci yang vouge. Ada Umi, Shabi, Ical, Basri, Redza, Melah dan Mawar Berduri. Cuba carik, celah mana ada Melah?... Hehehe |
Ohoiy, nanti2 aku update lagi. Hehehe.
Buhbye
YZYZ

