Please Click Me

Silap Taktik Kowt

Tuesday, February 7, 2012 § 2

Ramai dah kowt yang terjangkit dengan virus Running Man sekarang. Semua berlumba-lumba nak download the latest episode. Well, pada sesiapa yang da biasa tengok Running Man atau mana-mana variety show Korea, sure korang akan perasan dorang selalu sebut perkataan PD. Aku tak sure la PD tu merujuk kepada apa. Maybe adakah Producer, atau Program Director atau apa2. Tapi apa yang aku paham, PD ni merupakan antara orang yang penting dalam kalangan staff belakang tabir variety show.

Dong Wan PD: The Master of Impersonation

Kalau u guys memang betul-betul die hard fan Running Man, sure da boleh kenal dengan beberapa orang PD dorang, macam Dong Wan PD, Cho PD dan PD yang selalu explain kalau ada aktiviti Spy dalam sesuatu episode. Since aku tak tau apa nama hat yang sorang tuh, aku panggei dia Spy PD. Boleh la.

Dah tengok belum episode 76, The Killers Episode. Dalam episod tu, dorang panggil empat orang actors yang sangat macho dan salah sorangnya adalah Lee Chun Hee (Family Outing) untuk eliminate kesemua Running Members. Sebelum sampai ke final location, Killers ni diberi privilege untuk recruit dua orang SPY. Strategi yang digunakan adalah, Killers ni berpecah kepada dua kumpulan yang terdiri daripada dua killers dan setiap kumpulan ni akan recruit sorang spy. Makanya even spy ni pun tak kan tau ada berapa orang killers yang datang dan berapa orang spy yang terlibat. Plannya setakat ini sangat la cantik dan salah seorang spy yang dorang recruit adalah Song JiHyo, the ace of Running Men. Segalanya nampak sangat lancar. Tapi kesilapan besar dalam plan ni adalah, bila spy yang seorang lagi itu adalah Lee Kwang Soo. Pemain paling lemah dan paling tidak berstrategi dalam Running Man.
Trailer Poster. Killers Episode. Asal aku rasa Chun Hee sangat hensem dan cool argh? He's nothing like Kwangsoo except selalu kena buli. Haha.

Setelah tengok balik episod tu, aku merasakan tujuan utama kenapa perlunya Killers recruit SPY adalah supaya spy tu betray Killers dan bukan members. Maybe ni merupakan tujuan asal Spy PD. Maybe Spy PD mengharapkan agar spy yang direcuit tersebut akan betray Killers dengan memberi maklumat kepada members. Memandangkan mission Killers adalah untuk eliminate semua members, dan ada empat killers datang serentak,untuk eliminate tujuh orang members, pastu tambah pulak dengan dua Spy. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jihyo dan Kwangsoo pergi betray member sendiri dan finally dorang pun kena eliminate oleh killers.

Aku beranggapan kalau spy yang kedua bukan Kwangsoo dan diberi kepada HaHa atau JoongKook, maybe permainan akan berubah. Maybe Jihyo dapat memahami tujuan asal kenapa perlunya ada Spy. Tak kan laaaa, empat orang serentak tak boleh kalahkan tujuh orang? Melampau sangat la kan. Dan perlu diingat, Running Man sangat unpredictable. Segalanya boleh berlaku. Kejadian seperti they know that we know they know atau betray you to betray us adalah sesuatu yang tak boleh diduga. Atau kadang, in the middle of mission, there are other mission to solve the previous mission. Berapa banyak mission datang serentak.

Oleh itu, bagi episode 76, pada pandangan aku, aktiviti SPY adalah kegagalan, tetapi dorang dapat cover balik dengan One vs One between JongKook dengan Killer Boss. Aku merasakan battle tu, merupakan Plan B untuk elakkan perjalanan cerita jadik hambar. Mati engkau, dorang dah panggil ramai star turun, sekali plan tak menjadik dan final battle pun tak menarik. Mau jatuh rating. Tapi pada aku, PD-PD yang terdapat dalam Running Man merupakan antara PD yang genius yang paham akan kehendak penonton. Hohoh.
Lelaki bertopi yang aku bulatkan itulah Spy PD. Cuba perhatikan, biasanya dia yang akan explain sebarang aktiviti yang melibatkan SPY.

Setakat ni dulu ulasan aku. Nae dongsaeng (Haziq) sila komen okeyh. Hahaha...

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Silap Taktik Kowt at Hook Up with Syahmi.

meta

§ 2 Response to “Silap Taktik Kowt”

  • Hahazeex says:

    Haha, dlm running man ni kan bende unpredictable

    guest tu xtau kwang soo tu lemah, and tros amek dia sbg spy

    tpi kalau dia out awal2, mesti team member sume dpt tau, ade guest spy time awal2, jalan crite jadi x menarik plak

    tp guest spy ni pon bagus jgk, deowang eliminate kwang soo ngan ji hyo time last2 game, smpai kwang soo pelik knape deowang bwat camtu

    ape pon episode ni bole tahan jgk la

    tapi x best sbb panggil semua yg hebat2, tp xde guest prmpuan, xde tarikan utk bwat jalan crita lagi menarik

  • Syahmi says:

    First of all, Hahazeex? Seriously.. Hahaha..

    Sebab tu la, kalau SPIES ni betray Killers tu, mesti jadik lagi menarik. Setakat ni, semua SPIES yang dilantik atau terlantik, jalankan kerja dorang dengan penuh ketaatan. Xda seorang pun yang betray alliance dorang.

    Actually jadik curious nak tengok macam mana kalau ada SPIES yang x pegang janji dan betray. Dan Killers episode adalah peluang yang baek, sebab ada 4 orang Killers. Semuanya bermula dengan curiosity.. Hahaha..

    Anyhoo, banyak assumptions ktorang. Tu tak kira lagi ulasan ktorang untuk episode THE GARY SHOW.. hahaha..

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...