Please Click Me

Archive for May 2012

Rutin Harian yang Diidamkan

Monday, May 21, 2012 § 0

mencuba untuk menulis blog pada waktu rehat
Aku mengidamkan rutin harian yang sebegini. Bangun seawal 6.00 pagi. Lepas bangun tu, terus solat Subuh. Then membuat senaman pagi, terus dengan menyediakan sarapan. Selesai sarapan, terus laa kemas rumah, bagi cantik dan elok.

Terus bersiap nak pergi kerja. Mandi bagai, pakai baju. Sapu bedak ka apa kaaa, terus tiba di ofis pada jam 7.30 pagi. Setiba di ofis, terus kemas-kemas, amek air kosong letak dalam tumbler. Senang kalo haus, leh minum-minum. Lagipun, kita kan memerlukan banyak air dalam badan.

Tanpa berlengah, terus membuat checklist, kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam sehari. Tak nak buka Facebook, just tweet a lil bit ketika bekerja. Dalam jam 9.00 pagi, ketika orang lain sedang sibuk breakfast, aku akan buat job hunting. Jam 10.00 pagi, terus kembali membuat kerja sehinggalah lunch hour.

Semasa lunch hour plak, tak kecoh nak makan kat mana. Just makan kat ofis jek. Sama ada bawa bekal, atau makan jek makanan yang berlambak kat ofis tuh. Solat Zuhur lak sebelum lunch hour abes. Siap selesai segala yang wajib, jam 2.00 terus ke desk kembali.

Dari jam 2.00 petang terus membuat kerja-kerja yang telah disenaraikan di dalam checklist tadi. Fokus, tweet sikit-sikit jek. Then bila da masuk waktu Asar, terus solat. Tak berlengah. Jam 5.00 plak da start buat wrap up. Tengok balik checklist, apa yang tak siap lagi. Terus membuat catatan perkara yang perlu disambung pada esoknya.

Sharp 5.10 terus balik. Start enjin kereta dan balik ke rumah. Sampai jek kat rumah, terus masak nasik, defrost apa yang patut. Sementara menunggu semua itu, bersenam sikit2. Working out. Angkat besi ka apa yang patut. Siap jek, terus mandi-mandi, menyegarkan diri.

Memasak pulak. Masak simple jek dan rendah lemak. Makan-makan plak semestinya before maghrib. Masuk waktu, terus solat. Sementara itu, buatlah apa-apa amal ibadat sementara menunggu waktu Isya'. Bila da masuk waktu, terus solat.

Sebelah malam plak, berehat sahaja. Tengok TV, browse apa yang patut. Then dalam jam 10.00 pm, mula membuat susu panas. Selesai minum susu, berus gigi sudah, terus pergi ke bilik tidur, sambil membelek buku bacaan. Membaca sekejap, dalam 10-20 pages sebelum tidur.

Masuk tidur dalam keadaan selesa, menunggu ketibaan hari esok. Dan rutin ini akan diulangi selama lima hari berturut-turut. . .
Tapi ini hanya impian. Apa yang sebenarnya aku lakukan adalah.... [bersambung post seterusnya]. . .



Buhbye


YZYZ

Kisah Singa dan Manusia

Tuesday, May 15, 2012 § 0

Pinjam 30 menet nak tulis blog ini, dan pinjam 15 menet korang untuk baca.

Semalam aku telah mentidorkan diri dengan sangat awalnya. Tersangat awal sampai bangun-bangun tido, aku still pakai baju kerja lagi. Dan sebab tertidor awal itu jugalah aku telah mendapat dua mimpi yang sungguh ngeri dan pelik. Baeklah. Aku pergi kepada mimpi yang kedua dulu, memandangkan mimpi pertama itu, Super Duper Ngeri.

Aku dan beberapa orang member aku yang berbangsa orang putih telah pergi ke satu farm house. Macam kat kawasan ladang la. Tapi yang peliknya, semenjak bila laaa aku ada kawan ngan orang putih nih. Kalo Cina tu, banyak la jugak, tapi orang putih. Hmm.

Then masa nak balik tuh, kami nak naek satu kereta Mustang yang sangat old school. Pastu masa aku nak masuk keta, then aku tengok member aku ramai-ramai terkaku dan perhati kat belakang aku. Aku pun jadik cuak. Walaupun begitu, aku sedar yang hakikat aku sedang bermimpi. Maka aku dok imagine, apa benda laaaa yang akan muncul kat belakang aku. Kalih-kalih jah, noh, seekor Singa Perempuan. Singa tu cuba menerkam aku, tapi aku sempat tutup pintu. Then singa tu cuba gak sondol-sondol pintu sambil nak buka tingkap keta kami.
Lebih kurang macam ni lah keta Mustang yang ktorang naek tu
Dalam dok berdrama tuh, ada sorang member ktorang tertinggal kat luar. Owh, dia pun jerit  kat kami "Open the boot, open the boot!!!!!!!!!!!!". Aku sebeanrnya dok heran, pasaipa yang nak kena buka boot keta. Maybe dia nak bagi dramatik kowt scene tersebut. Bila dah terbuka boot kereta, dia pun melompat ke dalam boot tersebut. Dengan tak semena-mena, Singa tersebut pun melompat gak sekali dan mencederakan member ktorang itu. Dia geget-geget sampai berdarah-darah member ktorang tu.

After kejadian geget-geget tu, Singa tersebut duduk di dalam boot yang terbuka tersebut dalam keadaan yang sangat comel. Macam kucing jek. Then ktorang pun mendrive kereta tersebut sampai ke satu tempat yang bernama Santiago. Ayork, mimpi sangat sampai ke Santiago. Then kat sana, watak aku dah xda. Aku just macam memerhatikan dari jauh kejadian di antara member aku yang kena geget dengan Singa tersebut. Rupanya sepanjang perjalanan tersebut, member aku dah berkawan baik ngan Singa tersebut. Dan nak dijadikan cerita gak, kat Santiago tu, ada sebuah zoo. Member aku pun menyerahkan Singa tadi kepada pihak Zoo sambil ada babak-babak sedih bagai.
Aku siap dapat rasa bulu Singa nih masa dia nak serah kepada pihak Zoo.

Then keluar pulak suara narrator yang BTW bukan suara aku okeyh. Suara siapa entah. Aku suspek, member aku sendirik. Then rupanya mimpi aku tadi adalah pengisahan semula suatu kejadian sebenar. Ala-ala mimpi aku tu macam movie based on true story la. Kisah seorang manusia yang membantu seekor Singa yang telah mencederakan manusia tersebut.

Ending mimpi tu, rupanya lelaki yang diserang oleh singa tersebut merupakan seorang lelaki berkulit hitam. Selepas kejadian dia membantu Singa tersebut, dia pun berkahwin dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Dua perempuan dan yang paling kecik adalah lelaki. Hat yang sulung tu, ada pakai reben kaler biru kat kepala dia. Pastuh, ketika sebelum credits nak roll, anak-anak dia pun menari dengan gembira dan seriously, lagu yang dorang dok menari tu sangat la best. Abes jek dorang menari, terus aku tersedar dari mimpi sambil membaca mesej yang suruh aku bangun tido. Hohoho.
Aku suspek, bukan SANTIAGO, maybe SAN DIEOGO kowt. Sebab latar tempat mimpi aku, kat US. Santiago tu kat Chile.  Dan zoo yang famous tu plak memang San Diego kan.

Begitulah mimpi kedua aku yang sungguh ngeri. Hehehe.

Buhbye

YZYZ

Kecurian

Thursday, May 10, 2012 § 0

Pinjam 30 menet untuk aku menulis post ini. Huhuhu.

Owh well, actually aku da lama nak luahkan perasaan ini. Kadang kala pernah tak korang rasa yang cara hidup, lifestyle korang dicuri oleh orang laen. Well, maybe orang itu not intended to do so. Maybe it's just a mere coincident. Or maybe you just being too analytical, then ko rasa segala benda yang ko buat ada yang nak copy. IDK. Aku tak pernah nak confront. Bukan cara aku nak confront pada ketika aku masih panas. Later on, bila aku dah cool down and the issue is no more an issue, baru aku akan buka balik, to clear things up.
Lana Del Rey. Please listen to her music.
Well, seperti yang aku kata, aku tak tau apa motif dan tujuan beliau. Maybe saja-saja kebetulan yang berkali-kali menjadi kebetulan. Lepas satu, satu. Dari peralatan peribadi kepada social life ko nak dijadikan kebetulan sama. Owh well. Kadangkan, aku jadik tak selesa bila ko tengah jalan-jalan, then tiba-tiba ada strangers yang pakai baju sama macam baju yang kau pakai. Serious aku x comfortable. Memang serious aku akan slowly xkan purchase dah baju kat kedai tu. Buatnya yang pakai baju tu nampak hodoh. Ayork.

Kadang, bukanlah aku nak kata, my possession tu kena exclusive untuk aku jek. Memang la kedai baju tu, buat baju selai jek, untuk aku. Tapi tak comfortable kalo nak berpakaian seragam. Perlu laaaa nak makan kat kafe jek tapi pakaian nak sama?.. Ayork . . . So memang aku tak comfortable.

Begitu juga dengan social life aku. Memang aku publickan facebook aku, twitter aku. Then suddenly bila sembang, there's someone yang membuka cerita kat wall aku yang tak ada kena-mengena pun dengan dia. Hmm. What do you expect. You are making an enormous effort untuk berenti from scrolling  ur news feed at my news, then ko klik plak link "show previous comment", then ko ingat every details apa yang aku dan kawan aku cakapkan yang btw xde kaitan sikit pun ngan kaw serta bukan untuk perhatian umum juga dan finally ko gunakan itu di untuk dijadikan topik perbualan kita. My God. 

Then my friends semua bukanlah exclusive to me only. Serious aku suka kalau kawan-kawan aku saling berkawanan. Semakin ramai kawan akan terjalin. Aku pun selalu introduce kawan aku kepada kawan yang lain. Network belah mana pun aku suka introduce. Then aku akan cari similarity between both network untuk dijadikan topik perbualan. Nanti xde la silent awkward kan. Tapi aku jadik tak selesa bila every of my network has to be your network too. Every of memories with 'em must be yours too. Please laaa. Aku tak tegah nak campor pun. Silalah mingling around. But sometime my memories with 'em is exclusive. And it is not a competition. Tak perlu nak buat pertandingan who spent their time the most with our friends. Who the one being the best among the besties. Ayork. Kawan for fun, then end up menjadik satu competition.
Sekarang ni aku dok suka vintage pasaipa tak tau
Well, aku bukanlah nak bashing sesiapa pun. Tapi more kepada luahan perasaan. Kalau nak terasa, silalah. Aku tak pernah halang. Masing-masing da besar kan. Da grow up to make own decision. So terima ja lah.

Buhbye

YZYZ

Menonton KASANOVA

Monday, May 7, 2012 § 0

Yorrhh, lepas berbulan-bulan dengar housemate no. 1 aku dok cerita tentang teater nih, dok taip skrip dan dok tak berjumpa lama sebab busy dengan training dan preparation. Juga lepas lebih seminggu tak nampak muka housemate no. 3 sebab beliau pun dok sebok berkabaret dalam KASANOVA, semalam aku tengok gak teater tersebut.

Dengan hanya berbekalkan tiket RM5.00, okey la aku bukan ada duit banyak sangat nak purchase tiket sampai RM50, aku pergi menonton. Plan awalnya aku nak tengok pada malam kedua, sebab biasanya malam pertama sure banyak choiy dan mistake, dan tayangan kedua dorang akan all out. Bila da malam ketiga nih, aku risau depa dok buat gila-gila terlebih plak, da last show katakan. Tapi weekend lepas, aku lak kena jaga satu aktiviti, so tak leh nak lari. Maka aku pun pergi mentengok pada malam terakhir lah sahaja.

Mulanya aku ingat nak bawak ramai-ramai gi tengok, sekali banyak orang xda, then ada yang da purchase tiket untuk tengok awal, maka tinggallah aku dengan my dongsaeng jek. Tapi ktorang decide nak beli tiga keping tiket, so nanti penontonan tersebut tak jadik men-date between ktorang. Prior to the event, ada lah kawan dongsaeng nak join gak, then 2 jam sebelum show pun, ada yang nak join lagi. Style aku, tak suka nak call sorang-sorang, sekampung datang tengok. Ajak sorang dua, then they will spread the news dan sapa nak tag along, dipersilakan. TAK PAYAH NAK SENTAP KALO TAK AJAK. Kita semua da dewasa kowt. Grow up, letih la kalo semua benda pun nak bagi invitation cards.

Aku bukan la kaki teater. Aku tak kejar pun teater ke sana ke sini. Sekali sekala kalo ada masa, aku gi tengok. Lebih-lebih lagi kalo teater housemate no. 1. Teater lain tu, kalo rasa nak tengok, aku pergi lah. Aku enjoy la tengok teater tuh, tapi aku bukan teater critics. Tak perlu la aku nak kata apa. Aku suka sangat dengar suara nyanyian semua orang dalam tuh.

Cuma yang buat aku menyampah dan meluat adalah, bila rupanya teater tu, dihadiri oleh RAMAI theatre critics dan fortune teller. Yaiy, perlu la segala benda yang Arja Lee buat, ko nak kritik SECARA NYARING. Bisik ke telinga member ko, sudah laaa. Ni nak habaq satu hall ka? Lagipun Arja Lee tu, pelakon TV, Filem, Teater dan ini adalah FYP dia. Lantak dia la nak buat apa. Syarat dia nak graduate, yang ko sebok nak mengajar pulak apa yang dia patut buat dan tak patut buat kepada audiens laen yang ko tak kenal, bakpe? Bincang sesama sendiri sudah.

Then ada plak fortune teller. Yesss, dia dah agak dah apa scene seterusnya. Apa lagu yang bakal keluar. Masa bila Farhan pregnant. Aku tau la ko tuh scriptwriter tersohor yang menang banyak awards, tapi tak payah laaaa nak habaq satu hall apa prediction ko. Ayork, baek ko tak payah datang tengok kat DB. Ko gi telek kat mangkuk tandas ko, then tengok jek la apa yang berlaku. Kata fortune teller.

Pastuh, aku tau la, ada beberapa orang bekas peserta Raja Lawak dalam tuh. Tapi tak kan laaa setiap scene pun ko nak gelak dik oiy. Ada ka, scene Arje Lee kena dera mak dia, ko boleh gelak? Ayork, aku punyalah merasai ketakutan Arja, then dia boleh gelak? Ingat BoBoi ape dalam tuh. BoBoi tengah main kejar-kejar dengan Tok Der. Ayork.
Farhan sangat cantik semalam. Suara pun sedap gak.

Tapi yang bestnya audiens semalam adalah, ramai yang dress up. Biasanya kalo teater kat USM nih, audiens datang selekeh jek. Pakai T-Shirt PIMPIN Siswa sambil bawak beg yang dapat time orientasi arituh. Tapi semalam, fuiyoh, da macam tengok teater kat KEIIY ELLL dah. Tapi pas abes teater, ramai-ramai gi minum kat Khaleel termasuk la ktorang. Hek Hek.

Anyway, it was a great show btw. Superb singing, penghayatan yang bagus dari student yang dinilai serta dancers yang meletop. Hehehe. Tengs kepada yang sudi menemani diri dan kepada dongsaeng yang dah ada 6-packs. Hehehe.

Buhbye. . .

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...