Please Click Me

Kisah Singa dan Manusia

Tuesday, May 15, 2012 § 0

Pinjam 30 menet nak tulis blog ini, dan pinjam 15 menet korang untuk baca.

Semalam aku telah mentidorkan diri dengan sangat awalnya. Tersangat awal sampai bangun-bangun tido, aku still pakai baju kerja lagi. Dan sebab tertidor awal itu jugalah aku telah mendapat dua mimpi yang sungguh ngeri dan pelik. Baeklah. Aku pergi kepada mimpi yang kedua dulu, memandangkan mimpi pertama itu, Super Duper Ngeri.

Aku dan beberapa orang member aku yang berbangsa orang putih telah pergi ke satu farm house. Macam kat kawasan ladang la. Tapi yang peliknya, semenjak bila laaa aku ada kawan ngan orang putih nih. Kalo Cina tu, banyak la jugak, tapi orang putih. Hmm.

Then masa nak balik tuh, kami nak naek satu kereta Mustang yang sangat old school. Pastu masa aku nak masuk keta, then aku tengok member aku ramai-ramai terkaku dan perhati kat belakang aku. Aku pun jadik cuak. Walaupun begitu, aku sedar yang hakikat aku sedang bermimpi. Maka aku dok imagine, apa benda laaaa yang akan muncul kat belakang aku. Kalih-kalih jah, noh, seekor Singa Perempuan. Singa tu cuba menerkam aku, tapi aku sempat tutup pintu. Then singa tu cuba gak sondol-sondol pintu sambil nak buka tingkap keta kami.
Lebih kurang macam ni lah keta Mustang yang ktorang naek tu
Dalam dok berdrama tuh, ada sorang member ktorang tertinggal kat luar. Owh, dia pun jerit  kat kami "Open the boot, open the boot!!!!!!!!!!!!". Aku sebeanrnya dok heran, pasaipa yang nak kena buka boot keta. Maybe dia nak bagi dramatik kowt scene tersebut. Bila dah terbuka boot kereta, dia pun melompat ke dalam boot tersebut. Dengan tak semena-mena, Singa tersebut pun melompat gak sekali dan mencederakan member ktorang itu. Dia geget-geget sampai berdarah-darah member ktorang tu.

After kejadian geget-geget tu, Singa tersebut duduk di dalam boot yang terbuka tersebut dalam keadaan yang sangat comel. Macam kucing jek. Then ktorang pun mendrive kereta tersebut sampai ke satu tempat yang bernama Santiago. Ayork, mimpi sangat sampai ke Santiago. Then kat sana, watak aku dah xda. Aku just macam memerhatikan dari jauh kejadian di antara member aku yang kena geget dengan Singa tersebut. Rupanya sepanjang perjalanan tersebut, member aku dah berkawan baik ngan Singa tersebut. Dan nak dijadikan cerita gak, kat Santiago tu, ada sebuah zoo. Member aku pun menyerahkan Singa tadi kepada pihak Zoo sambil ada babak-babak sedih bagai.
Aku siap dapat rasa bulu Singa nih masa dia nak serah kepada pihak Zoo.

Then keluar pulak suara narrator yang BTW bukan suara aku okeyh. Suara siapa entah. Aku suspek, member aku sendirik. Then rupanya mimpi aku tadi adalah pengisahan semula suatu kejadian sebenar. Ala-ala mimpi aku tu macam movie based on true story la. Kisah seorang manusia yang membantu seekor Singa yang telah mencederakan manusia tersebut.

Ending mimpi tu, rupanya lelaki yang diserang oleh singa tersebut merupakan seorang lelaki berkulit hitam. Selepas kejadian dia membantu Singa tersebut, dia pun berkahwin dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Dua perempuan dan yang paling kecik adalah lelaki. Hat yang sulung tu, ada pakai reben kaler biru kat kepala dia. Pastuh, ketika sebelum credits nak roll, anak-anak dia pun menari dengan gembira dan seriously, lagu yang dorang dok menari tu sangat la best. Abes jek dorang menari, terus aku tersedar dari mimpi sambil membaca mesej yang suruh aku bangun tido. Hohoho.
Aku suspek, bukan SANTIAGO, maybe SAN DIEOGO kowt. Sebab latar tempat mimpi aku, kat US. Santiago tu kat Chile.  Dan zoo yang famous tu plak memang San Diego kan.

Begitulah mimpi kedua aku yang sungguh ngeri. Hehehe.

Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Kisah Singa dan Manusia at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...