Please Click Me

Menonton KASANOVA

Monday, May 7, 2012 § 0

Yorrhh, lepas berbulan-bulan dengar housemate no. 1 aku dok cerita tentang teater nih, dok taip skrip dan dok tak berjumpa lama sebab busy dengan training dan preparation. Juga lepas lebih seminggu tak nampak muka housemate no. 3 sebab beliau pun dok sebok berkabaret dalam KASANOVA, semalam aku tengok gak teater tersebut.

Dengan hanya berbekalkan tiket RM5.00, okey la aku bukan ada duit banyak sangat nak purchase tiket sampai RM50, aku pergi menonton. Plan awalnya aku nak tengok pada malam kedua, sebab biasanya malam pertama sure banyak choiy dan mistake, dan tayangan kedua dorang akan all out. Bila da malam ketiga nih, aku risau depa dok buat gila-gila terlebih plak, da last show katakan. Tapi weekend lepas, aku lak kena jaga satu aktiviti, so tak leh nak lari. Maka aku pun pergi mentengok pada malam terakhir lah sahaja.

Mulanya aku ingat nak bawak ramai-ramai gi tengok, sekali banyak orang xda, then ada yang da purchase tiket untuk tengok awal, maka tinggallah aku dengan my dongsaeng jek. Tapi ktorang decide nak beli tiga keping tiket, so nanti penontonan tersebut tak jadik men-date between ktorang. Prior to the event, ada lah kawan dongsaeng nak join gak, then 2 jam sebelum show pun, ada yang nak join lagi. Style aku, tak suka nak call sorang-sorang, sekampung datang tengok. Ajak sorang dua, then they will spread the news dan sapa nak tag along, dipersilakan. TAK PAYAH NAK SENTAP KALO TAK AJAK. Kita semua da dewasa kowt. Grow up, letih la kalo semua benda pun nak bagi invitation cards.

Aku bukan la kaki teater. Aku tak kejar pun teater ke sana ke sini. Sekali sekala kalo ada masa, aku gi tengok. Lebih-lebih lagi kalo teater housemate no. 1. Teater lain tu, kalo rasa nak tengok, aku pergi lah. Aku enjoy la tengok teater tuh, tapi aku bukan teater critics. Tak perlu la aku nak kata apa. Aku suka sangat dengar suara nyanyian semua orang dalam tuh.

Cuma yang buat aku menyampah dan meluat adalah, bila rupanya teater tu, dihadiri oleh RAMAI theatre critics dan fortune teller. Yaiy, perlu la segala benda yang Arja Lee buat, ko nak kritik SECARA NYARING. Bisik ke telinga member ko, sudah laaa. Ni nak habaq satu hall ka? Lagipun Arja Lee tu, pelakon TV, Filem, Teater dan ini adalah FYP dia. Lantak dia la nak buat apa. Syarat dia nak graduate, yang ko sebok nak mengajar pulak apa yang dia patut buat dan tak patut buat kepada audiens laen yang ko tak kenal, bakpe? Bincang sesama sendiri sudah.

Then ada plak fortune teller. Yesss, dia dah agak dah apa scene seterusnya. Apa lagu yang bakal keluar. Masa bila Farhan pregnant. Aku tau la ko tuh scriptwriter tersohor yang menang banyak awards, tapi tak payah laaaa nak habaq satu hall apa prediction ko. Ayork, baek ko tak payah datang tengok kat DB. Ko gi telek kat mangkuk tandas ko, then tengok jek la apa yang berlaku. Kata fortune teller.

Pastuh, aku tau la, ada beberapa orang bekas peserta Raja Lawak dalam tuh. Tapi tak kan laaa setiap scene pun ko nak gelak dik oiy. Ada ka, scene Arje Lee kena dera mak dia, ko boleh gelak? Ayork, aku punyalah merasai ketakutan Arja, then dia boleh gelak? Ingat BoBoi ape dalam tuh. BoBoi tengah main kejar-kejar dengan Tok Der. Ayork.
Farhan sangat cantik semalam. Suara pun sedap gak.

Tapi yang bestnya audiens semalam adalah, ramai yang dress up. Biasanya kalo teater kat USM nih, audiens datang selekeh jek. Pakai T-Shirt PIMPIN Siswa sambil bawak beg yang dapat time orientasi arituh. Tapi semalam, fuiyoh, da macam tengok teater kat KEIIY ELLL dah. Tapi pas abes teater, ramai-ramai gi minum kat Khaleel termasuk la ktorang. Hek Hek.

Anyway, it was a great show btw. Superb singing, penghayatan yang bagus dari student yang dinilai serta dancers yang meletop. Hehehe. Tengs kepada yang sudi menemani diri dan kepada dongsaeng yang dah ada 6-packs. Hehehe.

Buhbye. . .

YZYZ

What's this?

You are currently reading Menonton KASANOVA at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...