Please Click Me

Rutin Harian yang Diidamkan

Monday, May 21, 2012 § 0

mencuba untuk menulis blog pada waktu rehat
Aku mengidamkan rutin harian yang sebegini. Bangun seawal 6.00 pagi. Lepas bangun tu, terus solat Subuh. Then membuat senaman pagi, terus dengan menyediakan sarapan. Selesai sarapan, terus laa kemas rumah, bagi cantik dan elok.

Terus bersiap nak pergi kerja. Mandi bagai, pakai baju. Sapu bedak ka apa kaaa, terus tiba di ofis pada jam 7.30 pagi. Setiba di ofis, terus kemas-kemas, amek air kosong letak dalam tumbler. Senang kalo haus, leh minum-minum. Lagipun, kita kan memerlukan banyak air dalam badan.

Tanpa berlengah, terus membuat checklist, kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam sehari. Tak nak buka Facebook, just tweet a lil bit ketika bekerja. Dalam jam 9.00 pagi, ketika orang lain sedang sibuk breakfast, aku akan buat job hunting. Jam 10.00 pagi, terus kembali membuat kerja sehinggalah lunch hour.

Semasa lunch hour plak, tak kecoh nak makan kat mana. Just makan kat ofis jek. Sama ada bawa bekal, atau makan jek makanan yang berlambak kat ofis tuh. Solat Zuhur lak sebelum lunch hour abes. Siap selesai segala yang wajib, jam 2.00 terus ke desk kembali.

Dari jam 2.00 petang terus membuat kerja-kerja yang telah disenaraikan di dalam checklist tadi. Fokus, tweet sikit-sikit jek. Then bila da masuk waktu Asar, terus solat. Tak berlengah. Jam 5.00 plak da start buat wrap up. Tengok balik checklist, apa yang tak siap lagi. Terus membuat catatan perkara yang perlu disambung pada esoknya.

Sharp 5.10 terus balik. Start enjin kereta dan balik ke rumah. Sampai jek kat rumah, terus masak nasik, defrost apa yang patut. Sementara menunggu semua itu, bersenam sikit2. Working out. Angkat besi ka apa yang patut. Siap jek, terus mandi-mandi, menyegarkan diri.

Memasak pulak. Masak simple jek dan rendah lemak. Makan-makan plak semestinya before maghrib. Masuk waktu, terus solat. Sementara itu, buatlah apa-apa amal ibadat sementara menunggu waktu Isya'. Bila da masuk waktu, terus solat.

Sebelah malam plak, berehat sahaja. Tengok TV, browse apa yang patut. Then dalam jam 10.00 pm, mula membuat susu panas. Selesai minum susu, berus gigi sudah, terus pergi ke bilik tidur, sambil membelek buku bacaan. Membaca sekejap, dalam 10-20 pages sebelum tidur.

Masuk tidur dalam keadaan selesa, menunggu ketibaan hari esok. Dan rutin ini akan diulangi selama lima hari berturut-turut. . .
Tapi ini hanya impian. Apa yang sebenarnya aku lakukan adalah.... [bersambung post seterusnya]. . .



Buhbye


YZYZ

What's this?

You are currently reading Rutin Harian yang Diidamkan at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...