Please Click Me

TOT PIMPIN Siswa 2012

Friday, July 20, 2012 § 0


Oh damn. Pada post yang sebelum ini, aku berjanji nak post segala maknika cerita. Tapi sudahnya, hareeee, aku tak tertulis pun. Owh, biarlah. Aku pun tak tau paseipa aku jarang dah nak blogging. Mungkin sebab orang da kurang nak bercerita tentang blog aku kowt.

Kali ni, tema warna TOT adalah PURPLE. Yeah!!!
Anyhoo, sepanjang bulan Julai nih, aku banyak terlibat dengan banyak aktiviti pejabat. Salah satunya adalah TOT PIMPIN Siswa. Yeah, Training of Trainers yang ketiga di bawah kendalian aku. Kali pertama di Kem Perik (2010) then di Bris (2011) dan tahun ni, kembali semula ke Perik. Ada seramai 93 orang peserta, 50 lelaki dan 43 perempuan. Jarang-jarang sebenarnya nak jumpa program yang disertai oleh ramai lelaki. Biasanya pompuan yang dominating.
Aku bukan buat 'Tangan Di Bahu' yeeee....
Banyak benda yang dipelajari kali ni, dan TOT sudah semakin strict. Bentuk-bentuk tenaga penggerak yang ingin dicari sudah semakin jelas. Pemilihan semakin ketat bagi mengelakkan sebarang isu-isu bodoh arise. On behalf of my office, I don’t have rights to divulge much information. Me myself sebenarnya mengharapkan student memahami situasi kami. That’s why setiap kali ada kawan-kawan dalam kalangan pelajar bertanyakan tentang tenaga penggerak, aku suka untuk menarik mereka untuk berfikir lebih dalam dan bukan hanya membuat konklusi base on their side. Kadang perlu untuk melihat side kami. I’m glad if our students could think and analyzing issue on a bigger scale, including others in their opinion and have abilities to control their emotion. However, each and everyone have their own principle. Stop sampai di sini bercerita tentang ini.

Gambar pilihan yang wajib kalo PIMPIN Siswa
Aku sentiasa ingin belajar. Meskipun ini tahun keempat aku terlibat dengan PIMPIN Siswa, masih jauh lagi untuk aku mengatakan aku sudah mampu menguasai PIMPIN Siswa. Setiap kali kem, setiap kali itu jugalah aku akan belajar banyak benda yang baru. I always see this as the opportunities for me to learn new things, expand my networks, studying human behavior and sometimes understanding your friends and foes. Who knows?

Ni dia tengah gembira tau, bukan nanges
TOT kali ini sebenarnya agak meletihkan aku. Namun ini adalah hakiki. Tidak perlu untuk aku mengungkit, jauh sekali mengira setiap tugas yang dibuat. Dibayar gaji untuk menjalankan tugas ini juga sudah satu kesyukuran. Meminta atas kerja lebih malah lebih teruk jika meminta tapi tidak menunjukkan apa-apa persembahan adalah jauh dari niat diri. Aku terlalu menyayangi PIMPIN Siswa untuk mengira setiap peluh yang mengalir, setiap masa yang dicurahkan. Siapalah aku untuk menilai prestasi orang lain. Tiada hak aku untuk menghukum atas kelekaan kami. Jika dipaksa untuk melakukan seorang diri, aku juga sanggup kerana sayang aku pada PIMPIN Siswa. Tapi aku percaya, perasaan sayang ini dikongsi oleh ramai lagi orang. Aku tidak akan pernah keseorangan dan bantuan akan sentiasa tiba.  Walau aku difitnah, dihukum atau dituduh sekalipun, perasaan sayang ini tidak akan pernah berkurang, malah akan semakin bertambah. Aku tak boleh nak bayangkan, macam mana lah USM dan BHEPP tanpa adanya PIMPIN Siswa nanti. Aku berharap, setiap penggerak yang terlibat dengan PIMPIN Siswa nanti, janganlah menyimpan perasaan yang buruk. Kita semua sayangkan PIMPIN. Sama banyaknya sayang antara kita. Meskipun kau terpaksa berjaga tanpa tidur selama tiga hari, penatnya pasti sama dengan semua kerana perasaan sayang dan kasih itu dikongsi bersama. PIMPIN Siswa is already part of us. Don’t let it down. Ever.

Cukup lah sampai sini sajia. Tulis panjang pun bukan orang nak baca. Hehe. 

Buhbye.





YZYZ

What's this?

You are currently reading TOT PIMPIN Siswa 2012 at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...