Please Click Me

Drama Melayu

Wednesday, August 22, 2012 § 0

Bila orang yang bekerja government bercakap tentang drama TV yang ditayangkan pada waktu bekerja, mesti ramai yang akan pandang serong. Begitu laaa. Penjawat awam sebenarnya sedang mengalami satu transformasi ke arah yang lebih baek. Cuma ada beberapa kerat jah yang suka buat choiy, dan beberapa kerat itulah yang biasa orang jumpa. Mereka-mereka yang buat dengan betol takde plak customer yang suka komplen tu nak jumpa kan.

Baeklah actually aku hanya nak update drama-drama yang aku tertarik untuk tertengok sepanjang Ramadhan yang lepas. Ya laah, xda dah kuar minum pagi, lunch pun stay kat ofis, so tertengok la dram ni semua. Tapi aku hanya tertarik dengan drama Malaysia sahaja. Mana yang hat Filipina ka, Thai ka aku tak layan. Sebabnya aku tak paham dorg ckp apa, maka aku kena la baca subtitle. Nanti tak jadik lak kerja. Kalo drama Melayu, at least aku paham dorang cakap apa. Tak tengok TV pun paham situasi yang berlaku dan boleh imagine.

Qari Junior (9.00 pagi)
Owh, ini bukan drama Melayu yaaaa, untuk pengetahuan. Karang tersalah anggap plak. Tapi ini merupakan satu racangan realiti yang mencari Qari dan Qariah muda. Aku layan okeyh cerita neh. Baru semangat sikit nak posa. Haaa

Diari Ramadan Rafique (9.30 pagi)
Ni cerita tentang seorang anak Melayu-Perancis yang menjalani ibadah puasa kat Malaysia. Kalo tak silap, tiap2 tahun dok tayang cerita neh. Aku pun sampai sekarang tak tau ending season 1 dan season dua walaupun da banyak kali dok ulang tayang.

Kasih Alia (10.30 pagi)
Pada mulanya aku kutuk cerita ni, sebab mempunyai lagu tema yang panjang. Biasa drama paling lama laaa lagu tema main 20 saat. Ni rasanya sampai berminit-minit kowt. Nak tayang semua pelakon termasuk laaa pelakon tambahan bagai. Dah la nyanyian tak sedap yang dinyanyikan oleh pelakon utama. Dah tu cerita plak drama sangat. Pas sorang, sorang yang mati, macam cerita CHINTA dulu. Last-last semua anak Mama Anis mati. Aku pun tak sempat nak tengok ending dia macam mana. Ada meeting kowt time tu

Takdir Qismah (4.00 petang)
Ni pun satu. Buat sakit hati jek follow. Rasa macam nak masuk dalam TV dan bongkarkan segala rahsia yang dok simpan. Haisshh. Tapi dalam cerita ni, ada watak jahat yang bernama ROS. Memang bangsa ROS ni jahat ekh. (applies only at our office)

Perasan tak persamaan semua drama ni (tolak Qari Junior). Semua menggunakan nama watak utama sebagai tajuk drama. Pastu boleh plak time tengah hari ada plak drama nama SAHARA yang juga menggunakan nama watak utama iaitu Sahara sebagai tajuk. Aku mula suka ngan Tasha Shilla melalui drama nih la. Bukan sebab aku follow cerita ni, tapi bila ktorang bukak TV time lunch hour tuh, tiba2 kuar scene Tasha Shila tengah bitching. Terus tersuka sebab dia BITCHY sangat. Hehe. Itu compliment ya by the way

Baeklah, setakat ini sahaja. Pasnih dah tak ada Qari Junior dan Diari Ramadan Rafique. Kasih Alia pun dah abeh. Satunya yang tinggal adalah Takdir Qismah. Tu pun rasanya da nak abeh dah tuh. Baeklah. Buhbye

YZYZ

What's this?

You are currently reading Drama Melayu at Hook Up with Syahmi.

meta

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...