Please Click Me

Archive for September 2012

Facebook Deactivate

Monday, September 24, 2012 § 0

Saja nak membuat announcement bahawa aku telah deactivate Facebook aku buat seketika. Reasons:

1. Aku sentap
2. Banyak post merapu
3. Cliche semua nak cerita benda yang sama
4. Gangnam shitty

Sekian, terima kasih.


Buhbye

YZYZ

Minggu Terakhir

Wednesday, September 19, 2012 § 1


Setahun ditunggu, dua bulan persiapan dibuat yang melibatkan gangguan kitar tidur, makan dan sosial. Tiga minggu pelaksanaan, kini sudah hampir tiba ke penghujungnya. Tapi minggu terakhir bukan bermakna sudah wrap up. Banyak lagi kerja perlu dibuat. Laporan, pembaikan peralatan, inventori, kewangan semua perlu diambil kira.

Setelah empat tahun dilaksanakan, malah rezeki yang aku makan sekarang pun puncanya daripada program ini, banyak perkara telah berlaku. Setiap tahun pasti ada perbezaan dan ada keunikan yang tersendiri. Ia bergantung kepada pelaksana pada tahun tersebut. Semestinya saban tahun program akan menjadi semakin teratur dan lancar dengan komplen yang paling kurang.
Selama mengendalikan PIMPIN Siswa, tahun ini pecah rekod. Pertama kali mengalir. Setelah sekian lama dengan karakter seorang lelaki yang kuat ada masanya aku pun akan jadi sangat vulnerable. Itu cerita pada minggu pertama. Aku merasakan aku sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan yang terbaik dalam kerja aku.

Sebahagian daripada #TeamPeter. Memang sengaja mengambil gambar mereka ini, kerana hampir separuh daripada mereka tidak akan dapat beraksi pada minggu terakhir
Pada minggu kedua, keadaan sudah berubah sedikit. Memang ada satu dua masalah, namun itu semua dapat dibendung sebaiknya. Memang tugas kita, jika terdapat masalah dalam pentadbiran haruslah dilakukan penyelesaian masalah (problem solving) bukannya menghebahkan masalah tersebut di laman sosial. Ramai adik-adik kita yang baru nak naik (kadang yang dah naik pun sama gak) suka menghebahkan pekung yang terdapat dalam organisasi mereka kepada dunia luar. Kiranya apa yang ditweet dan di’post’ di facebook itu tidak dibaca. Malah ada yang dengan terang-terang sengaja menggossipkan masalah rumah tangga mereka kepada semua orang. Dicanang sana sini. Tidak sepatutnya begitu. Seeloknya diamkan sahaja.

Kini datang pula minggu ketiga, minggu terakhir pelaksanaan. Semestinya sindrom minggu terakhir. Ia tidak pernah berubah, 2009, 2010, 2011 dan sekarang juga sama. Aku tiada hak nak menghalang mereka, baik di bahagian pentadbiran, fasilitator ataupun urus setia untuk datang dan pergi. 2010 serius aku akui, memang aku berasa sebak dan terlalu sedih. 2011 pula aku cuba menyimpan segalanya sebaik mungkin serta datang dengan segala penyelesaian. Kini 2012, aku sudah terlalu bersedia. Aku sudah menjangka ini  akan berlaku. Namun bezanya aku tidak menyiapkan apa-apa back-up plan. Aku biarkan segalanya berlaku sendiri dan menggunakan segala kekuatan yang ada. Aku berusaha untuk tampak tenang, namun siapa yang tidak sedih. Apa-apa pun mereka juga ada komitmen lain. Harus dilepaskan mereka kerana ada masanya nanti kita juga akan berada di dalam kasut mereka. Sebelum kita meminta orang memahami kita seharusnya terlebih dahulu kita memahami mereka.
Inilah sebahagian daripada clan kami minggu ini. Ada clan LANTRY, ada clan CHAN, CHONG malah ada jugak persendirian

Antara batch #TeamPeter yang terbaek

Terima kasih kerana mereka lah yang banyak mengurangkan beban SU selama dua minggu.  Buat pertama kalinya dalam sejarah SU mampu untuk berehat sebaiknya. Paling penting semua mereka berfungsi dengan baik tanpa banyak pertikaian

Sejujurnya memang aku sedih, memang aku sebak tapi itu semua tidak perlu. Objektif asal yang dipertaruhkan. Itu sepatutnya memacu kita untuk terus bergerak bukannya kehilangan satu dua ahli kumpulan akan membantutkan perbuatan. Jikapun hanya tinggal dua orang sahaja untuk menjalankan keseluruhan program itu sudah memadai jika dua orang itu mempunyai semangat yang kental dan pemikiran yang terfokus. Pada mereka yang tidak boleh berkhidmat pada minggu terakhir ini, terima kasih atas bantuan yang diberikan selama ini. Terima kasih banyak-banyak. Antara mereka yang paling akan diingati semestinya my dongsaeng, Haziq Asyraf yang sentiasa membantu abangnya ini membuat kerja. Telatah dongsaeng akan sentiasa diingati dan terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang diberikan. Hyung memang dah anggap dongsaeng macam adik sendiri.
Budak gedik yang kelaparan pagi-pagi. Abangnya yang gedik ini pun ikut sama lapar gak. Nanti mesti abangnya ini akan rindu perangai mengada budak boboy ini.

Dalam kepala mesti akan terbayang gelak tak berapa ikhlas dongsaeng aku nih. Sorry ya, post kali ini  sedikit ditujukan kepada dongsaeng saya yang seorang ini. Dongsaeng lain nanti akan dibuat post lain. Ini minggu terakhir dia terlibat dalam PIMPIN Siswa.

Kerja harus dilakukan. Ketepikan segala emosi serta pemikiran yang negatif. PIMPIN Siswa bukan masanya untuk bersedih. Ini adalah satu peperangan yang bermatlamatkan untuk menyemaikan perasaan cinta pelajar baru kepada universiti. Satu perjuangan pihak pentadbiran, kakitangan sokongan serta pelajar-pelajar senior untuk memastikan proses pembentukan jati diri pelajar baru dapat dipacu. Lumrah jika satu peperangan itu akan ada askar dan pemimpin yang terkorban. Namun itu bukanlah alasan untuk kita berundur kerana akhirnya kita harus memenangi peperangan ini dan membawa kejayaan yang akan memanfaatkan seluruh komuniti USM. Walaupun yang terkorban itu adalah saudara kandung serahim seibu susuan sekalipun kerana jika kita membenarkan emosi bermain, fokus kita akan lari dan akan melemahkan kita.
No matter how many people come in my life, this one is irreplaceable. We have so much love n gut for each other and we don't even need world to approve or acknowledge it. It's just take a mutual understanding and a lil bit of Bluetooth. Seperti kata Zizan, tiada siapa boleh pisahkan JoZan . . . My one and only Bro.

Buhbye

YZYZ

Please Click Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...